Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Thursday, October 17, 2013

Kisah Lama Menyepi...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Nerves jugak nak tulis blog kali ni. Lama tak menulis, takut format untuk blogger dah berubah. Alhamdulillah masih sama... Lama kan saya tak update blog? Laaammaaaa sangat... Macam-macam-macam cerita ada dalam tempoh yang sangat lama ni.

Mula-mula nak bagi tau, saya sudah berada di tanah air sekarang. Sejak pertengahan Mei yang lalu. Sebaik saja touch down bumi Malaya ni saya melapor diri untuk bertugas semula di Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Suami saya posting di Tangkak. Tapi saya paling dekat pihak JPNJ bagi di Parit Sulong Batu Pahat. Kisahnya sebenarnya seperti saya balik kampung saya sungguh la ni. Masalah besarnya di sini ialah tempat posting kami yang berjauhan di samping tiada tempat penginapan yang sesuai. Rumah ada, tapi rumah nenek yang sudah ditinggalkan sejak tahun 2007. Boleh bayangkan kan macamana?

Jenuh kami mencari rumah sewa di sekitar pekan Parit Sulong tapi eemmm... Ada.. tapi rasanya rumah-rumah yang ada sangat tidak selesa dan sesuai untuk kami. Bukan terlalu memilih, tetapi biarlah selesakan... Kebanyakan rumah sewa yang ada di sini. dua bilik. Biliknya bila bubuh tilam double tu dah penuh seluruh bilik. Satu lagi bilik of cos la kecik lagi dari bilik mula-mula tu. Tak boleh bernafas saya dalam rumah yang sempit macam tu...

Dengan Aisyah yang sedang membesar dan lasak, saya perlukan rumah yang lebih luas dan selesa. Rumah nenek memang sangat besar. Tapi sudah rosak banyak di sana sini. Juga boleh dikategorikan kurang selesa dan kurang selamat untuk kami duduki. Memandangkan kami belum mempunyai rumah, saya menyambung cuti tanpa gaji saya lagi sehingga cuti pertengahan tahun. Cari punya cari rumah akhirnya kami buat keputusan tinggal di rumah nenek. Masa ni baby sitter pun dah dapat kat sini.

Hari pertama datang bertugas saya ditugaskan pada sesi pagi. Esoknya pulak sesi petang. Lepas tu GPK tukar balik sesi pagi. Mula-mula saya mengajar menengah rendah. (dua tiga hari )Lepas tu tingkatan enam (seminggu kot...) dan akhir sekali tingkatan 4 (tak sampai seminggu...) Lepas tu saya terpaksa cuti semula. Sebab apa? Sebab saya bleeding... Oppss lupa nak bagi tau saya pregnant sebenarnya. Dan dijangka bersalin pertengahan bulan September.

Bila bleeding saya di tahan di wad tiga hari. Lepas tu saya disuruh balik tanpa diberikan cuti oleh pihak hosp. Pelik jugak kan. Macamana saya nak pergi kerja dalam keadaan macam ni? Jadi keluar dari Hosp saya terus ke Klinik Kesihatan Parit Sulong. KK Parit Sulong beri cuti seminggu. Tak sampai seminggu, tiga hari selepas tu bleeding saya makin teruk. Saya call husband saya di Tangkak untuk bawa saya ke hospital tengah hari tu. Petang tu keadaan saya makin kronik. Setiap pergerakan saya akan menyebabkan darah keluar tanpa henti. Jadi saya cuma mampu baring diam-diam dan berdoa supaya kandungan saya selamat. Masa ni kandungan saya cukup-cukup 29 minggu.

Malam tu doktor kata dia sudah tidak boleh tunggu lagi sebab saya sudah kehilangan terlalu banyak darah. Lebih kurang 2.5 liter (gitulah katanya...) Jadi saya perlu segera dioperate bagi menyelamatkan nyawa saya. Dan dr beritahu risiko yang mungkin saya dan baby akan hadapi. Dalam keadaan macam ni saya cuma pasrah. Dan menyerahkan diri saya dan baby sepenuhnya pada Allah.

Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Tepat jam 10.37 malam pada tarikh 3 Julai yang lalu saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Tetapi baby saya sangat kecil. Beratnya cuma 1.44kg. Jadi baby saya di tempatkan di dalam incubator di NICU. Selama 43 hari saya dan suami berulang alik ke hospital untuk menghantar susu dan memberikan kata-kata semangat untuk baby kami supaya kuat dan terus bertahan. Akhirnya bila berat baby dan cecah 1.8kg, baby kami dibenarkan pulang. (Masa ni raya hari ke-8)

Dalam gembira ada sedihnya sebab ayah saya tidak sempat melihat cucunya yang seorang ni. Pada 10 Ramadhan yang lalu ayah saya telah kembali ke Rahmatullah kerana sakit tua. Emosi saya sangat terganggu masa ni. Macam-macam hal yang berlaku kan. Tapi saya bersyukur sangat sebab sempat jumpa arwah abah. Kalau saya masih di Amerika memang saya tidak berpeluang menemui arwah.

Dan sehingga saat entry ni di tulis saya masih bercuti lagi. Cuti bersalin dah habis. Saya ambil cuti menjaga anak sampai hujung tahun ni. Baby saya terlalu kecil untuk diserahkan kepada orang lain untuk dijaga. Saya tak sanggup nak lepaskan dia dulu. Tunggulah baby besar sikit kan... sekarang ni beratnya dah hampir 3kg. Kalau ikut umur sepatutnya baru sebulan walaupun sudah 3 bulan lahir..

Jom berkenalan dengan mujahid baru keluarga kami Ahmed Al-Amin bin Abd Rahim. semoga menjadi anak yang soleh, dan terus membesar dengan sihat dan sempurna Insya-Allah...










No comments: