Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha



Pada kesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang tidak disengajakan sepanjang kehadiran saya di sini...

Semoga ukhuwah yang terjalin di sini diberkati oleh-Nya dan berkekalan selamanya...

Selamat berkarya dan teruskan berkarya semoga kita sama-sama dapat berkongsi sesuatu di arena blog ini.
Terima kasih atas perkongsian teman-teman blogger yang sporting, periang dan menghiburkan selama ini.

Selamat berhari raya dan berhati-hatilah semasa memandu di jalan raya...

Thursday, November 11, 2010

MENJADI PENULIS...

Syukur Alhamdulillah...

Baru-baru ini saya berpeluang menghadiri bengkel PEWARIS.

Hasil daripada perbengkelan selama tiga hari itu saya dan peserta kursus yang lain telah diberi tanggungjawab untuk menghasilkan penulisan berbentuk biografi tokoh-tokoh guru daerah masing-masing.

Insyaallah hasil penyelidikan kami ini nanti akan dibukukan dan dilancarkan sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri Johor pada 2011.

Kenapa saya bersetuju menerima tanggungjawab ini?

Sebab saya rasakan ini merupakan  sumbangan kecil saya sebagai rakyat Johor untuk negeri yang saya cintai ini.

Serius gila bunyi ayat2 kat atas tu kan. (Memang serius pun sebab saya tak mau ambil mudah tanggungjawab ni..)

Ok tukar mood...

Masa mula-mula sampai di Hotel JA Residence, JB ni macam biasalah mesti cari tempat parking dulu ...

Dengan hanya mengikut gerak hati, saya pun memandu kereta saya ke belakang hotel. Sebab selalunya hotel mestilah sediakan tempat parking kan?

Kebetulan saya nampak ada dua buah kereta di depan saya yang nak parking juga.Tapi macam ada sesuatu yang tak kena. (Apa yang susah sangat nak parking kat atas ni  Drive ajerlah kata hatiku dengan kereknya... hahaha...)

Tiba giliran ku... aik... apasal pintu tempat parking ni siap main tutup-tutup. Macam pintu gua dalam cerita Ali Baba jek...Bukan main lagi security dia.

Saya pun melalui proses yang sama dengan kereta depan saya tadi. Tiba masanya pintu parking pun dibuka.

Eh......?????

Lah hai... kena naik lif rupanya. Kereta ni kena naik lif.... Hahaha...Gila.... tak pernah terfikir kena lalui semua ni.

Proses memasukkan kereta ke dalam lif berjalan lancar...

"Cikgu tekan no. 7 ye... " Emm parking kat tingkat 7 rupanya.

Sampai di atas sekali lagi terkejut. Rupanya kereta disusun rapat-rapat.

Dalam hati.... adoyai.... tak leh nak gi mana2 lah sampai habis kursus...

Memang tak boleh keluar sebab tidak ada ruang untuk menggerakkan kereta terutama kalau kita datang awal.

Kalau nak keluar juga pihak pengurusan terpaksa menghubungi semua owner kereta yang memblok kereta kita.

Bilik saya betul2 menghadap tambak Johor. Jadi agak bisinglah dengan bunyi hon2 lori, kereta api dan kenderaan lain.

Bila saya termenung kat tingkap sambil melihat tambak Johor tu baru saya faham kenapa kita perlu buat tambak yang baru.

Tambak yang sedia ada sekarang memang sangat merugikan negara kita. Laluan Selat Melaka dihalang oleh tambak ini.

Idea Tun Dr Mahathir supaya tambak ini dibina semula amat bernas. Sebelum ni saya tak berapa ambil peduli. Tapi bila dah lihat depan mata... Baru saya tahu....

Harapan saya sebagai rakyat biasa diharap pemimpin kita yang ada sekarang akan meneruskan projek ni. Jangan tunduk sangat dengan Singapura tu... 







Sunday, October 31, 2010

IlHam GubaHan CeNderaHati

Gubahan ini sangat ringkas dan mudah disediakan.

Tidak memerlukan aksesori yang terlalu sarat kerana cenderahati ini bukan untuk hantaran perkahwinan.

Cenderahati ini adalah untuk tetamu khas yang dijemput ke sekolah.

Saya memilih tema warna hijau dan putih sebab tetamu ni lelaki.



Kotak besi ni ada dalam dua warna iaitu gold dan silver. Kalau ada yang berminat pada kotak besi ni bolehlah e-mel saya ye.... Bahan-bahan lain bunga hiasan, kain satin 1/2 meter dan (tiada dalam gambar) dawai bunga kecil, gam UHU, riben dll










Saturday, October 30, 2010

BATIK KUCING DARI CHERATING




Inilah batik kucing yang saya dan rakan-rakan saya warnakan tempoh hari.

Sebab ada tiga orang, jadi saya pilih gambar tiga ekor kucing ni.

Konon-kononnya sorang sekor.

Tapi akhirnya, saya dengan kak Aniza je yang warnakan.

Su kata dia tak pandai.

Alah su ni... kami pun belasah je warnakan benda ni...

Bukannya pandai pon....

Sebenarnya kucing yang tengah tu nak warnakan hitam putih. Tapi bila ku tanya " Warna putih ada tak?"

Orang tu kata, "Itu warna kainnya kan sudah putih..."

Alah... takde pulak... warna putih kain tu mana cantikkk  kannnnn.....

Tapi akhirnya, kucing yang tengah tu bukan setakat diwarnakan oren, siap ada kesan lebam lagi sebab kesilapan kami menyendengkan lukisan ni sebelum kering. huhuhu....

Lain kali nak cari gambar rama-rama di taman bunga pulaklah... baru boleh guna banyak warna....

Tempat mewarnakan batik ni di Kampung Budaya Cherating.

Bayaran yang dikenakan RM10 sahaja. Warna-warnanya semua disediakan.

Kami menyiapkan lukisan ni rasanya tak sampai 20 minit.

Memang agak tergesa-gesa sebab mengejar masa. Biasanya pelancong akan biarkan lukisan mereka kering terlebih dahulu baru dibawa balik. Tapi kami bawa balik dalam keadaan masih basah lagi.

Walaupun su tak mau warnakan kucingnya tapi su telah bermurah hati menaja kos aktiviti kami ni.

Sepatutnya saya yang bayar sebab saya yang teruja sangat nak buat aktiviti ni.

Terima kasih ye Su...

Friday, October 22, 2010

Berkursus di Suria Cherating Beach Resot.

Tak sangka boleh sampai.... Alhamdulillah...

Walaupun berkali-kali sesat di Kuantan, tetapi akhirnya ku temui juga tempat ni.

Cantik tempat ni....

Kali ni saya mengikuti Kursus Jurulatih Utama KOMSAS BM untuk ting 2 dan 5 sebagai persediaan bagi tahun 2011.

Sebanyak 80 peserta dari negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Terengganu digabungkan untuk sama-sama mengikuti kursus ini. Insyaallah semua maklumat dan ilmu yang kami dapat di sini akan kami sampaikan dengan sebaik mungkin kepada rakan-rakan guru yang lain setelah balik ke daerah masing-masing nanti.

Berdebar-debar juga bila dilantik sebagai JU ni. Rasa macam belum layak je...

Seperti biasalah, bila berkursus di mana-mana... sambil menyelam minum air... ye tak?

Hari kedua di Cherating selepas tamat sesi kursus di sebelah petang saya sempat ke Kampung Budaya untuk mencanting batik. Seronok sangat. Cuma yang kelakarnya akibat tak paham bahasa.... Lukisanku jadi lebam...
Orang tu dah cakap... "Jangan sendeng ye selagi tak kering... Ingat .... jangan sendeng.....".

Saya pun jawab ok..ok...

Lepas tu kami pun berposing dengan hasil batik yang kami buat tu...

Sekali... bila tengok... warna yang belum kering tu berjejeh ke ruangan lain. Alamak!!!!

Patutlah dia kata jangan sendeng.... hahaha... (kurang bijak betul diriku ini....)

Kemudian kami membeli belah.... Apalagi.... Keropok ler.....Ikan masin.... sotong kering...... dll.

Dan untuk pertama kalinya dalam sejarah hidupku yang semakin berusia ni, aku merasai sata. SATA bukan sate tau....

Ya Allah... Sedap  rupanya makanan ini..... Dulu tak pernah teringin nak cuba makanan ni walaupun sudah berpeluang beberapa kali ke Terengganu dan Kelantan. Namun disebabkan kali ini saya lebih menghargai kejayaan saya memandu ke tempat ini dengan selamatnya maka saya mahu menikmati semua yang ada di sini sedaya yang saya mampu.

Hari ketiga... masa sama... saya ke Kemaman pulak. Sebenarnya nak beli pen-drive....

Kata member2 kat sini, jarak ke Kemaman lebih kurang 10 minit. Saya pun drive lah kereta hala ke Kemaman.

Tak nampak pulak signboard Kemaman.

Jadi bila nampak kedai-kedai saya pun park kereta.

Bila masuk kedai saya tanya tauke kedai tu.... Sini Kemaman ye??? hehehe...

Balik dari Kemaman, terus pergi ke tepi pantai. Wajib nak cecahkan kaki ke air di pantai Cherating ni sebagai tanda penghargaan kepada diriku sendiri... Wahahaha....

Sambil berpoya-poya di pantai ternampak pekerja hotel sedang siapkan keperluan barbequ.

Saya cakap dengan member... ni mesti kumpulan Petronas punya... Maklumlah... Orang minyak... Budget banyak... (Sebab kebetulan ada kumpulan Petronas berkursus di sini juga)

Namun  rupa-rupanya itu Kementerian Pelajaran yang punya.... Wa.... bestnya... makan barbequ tepi pantai le malam ni....

Walaupun makan kat sini sedap-sedap... namun ada jugak beberapa orang member ku di Johor yang menghantar SMS berbunyi ----> Pastikan balik nanti masih ramping ye.... @ dalam facebook ----> kata,... on diet...


hehehe..... Terima kasih atas peringatan itu....




 




Ha.. gambar paling bawah ni roomate saya di Cherating.... Pn. Suliyani... Dia ni member saya di UPM. Tak sangka jumpa di sini. Sebilik pulak tu.... Sekarang Su mengajar di SMK Sri Tebrau JB.