Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Sunday, June 6, 2010

ALHAMDULILLAH... BANYAK KERJA...

Emm... dah dua hari sekolah cuti... Tapi saya belum fikirkan aktiviti khas untuk bercuti lagi. Kerja banyak lagi ni tak beres. Kertas-kertas peperiksaan belum siap bertanda, tempahan craft banyak lagi yang tak siap, hari Khamis 11hb. ni pulak exam PTK. Buku belum sentuh lagi ni. 16hb ada pertandingan Catur Bistari (Yang ni tak tau lagi nak joint ke tak. Kalau cukup korum joint kot...) Modul peperiksaan untuk pelajar-pelajar saya pun nak dikemaskinikan sebab bulan Julai ni dah start guna. 

Wah... banyaknya benda nak buat!!! Dalam kepala ni ada jugak rancang-rancang nak jalan jauh. Konon-konon nak ke Zoo Taiping. Tak taulah kenapa family saya ni suka sangat pergi Zoo. Tiap-tiap tahun mesti pergi zoo. Hihihi... Penyayang kat haiwan kot .... Sebenarnya bila pergi zoo ni, di samping tengok binatang-binatang comel ni bole excercise sekali. Sambil jalan-jalan boleh lari-lari sekali kejar anak. Bukan apa, takut terlepas masuk dalam kandang. Hahaha... Apapun semua ni dalam perancangan jer... kalau jadi pun minggu depan kot... Lepaskan exam dulu.



Writing



TUNGGU YE.....







Monkey 2







2 comments:

Jue said...

hihii, kes sama juga ni kaka.. mcm mana ni.. godaan fb ni besar sgt la haha

...aida... said...

Betul tu... tak syak lagi... Aduh jue, virus fb ni memang imun betul la. Kena cari penawarnya ni...