Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Tuesday, September 7, 2010

PENAWAR HATI...



 
AH.. AKU SUDAH SALAH PILIH PASANGAN.. AKU SUDAH SALAH ORANG!!!

Sebenarnya teman. Kita bukan bertemu dengan orang yang salah, tetapi hakikatnya kita, diberikan oleh Allah ilmu dan pelajaran yang berharga yang tidak semua orang boleh merasakannya. oleh itu bersyukur dan selalu bersangka baik kepada Allah.

Itulah risiko kehidupan. Hidup itu lah risiko yang kita sendiri tidak mampu menjangka apa yang bakal terjadi walau 1 detik dari sekarang. Dan kerana rahsia-rahsia hidup itulah kita harus sentiasa berusaha dan itulah dia yang dinamakan perjalanan hidup. Kerana kita masih terus berkerja keras memastikan segala yang akan kita dapat adalah yang terbaik sahaja.

Kita tidak mahu langsung perkara buruk terjadi atau menimpa kita., kita sering berdoa agar yang baik-baik sahaja mendatangi kita. Tapi itulah suratan takdir, bertemu dan berpasangan dengan orang yang kita katakan salah bukanlah satu hukuman atau kesudahan bahagia di dunia.. ia sebenarnya satu sesi pembelajaran dalam hidup sebelum kita pulang ..



ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik. 
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menguji kekuatan KASIH SAYANG YANG TERBAIK.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG kerana mengingatkan kita, bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan dan kita teruskan pergantungan kita hanya kepada NYA

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.



Percayalah segala yang terjadi telah ditakdirkan sejak azali, kita dihidupkan bukan hanya tujuannya untuk menikmati keseronokan semata-mata.. tapi untuk diuji kekuatan iman dalam menghadapi setiap cubaan hidup yang hebat. Sejauh mana kita benar-benar berserah kepada Allah selepas setiap usaha, kemudian menerima ketentuan Takdir Allah dengan syukur dan sabar semoga kita mendapat keampuan atas kesabaran kita dan mendapat Redha Allah sebelum kita kembali bertemu Ilahi.

Petikan daripada tulisan
~Ummi Nur Jannah~
1115.12042010
SCRIPTERS

3 comments:

Unknown said...

betul2...nana pun sedang cuba terima hakikat n kuatkan hati utk suma dugaan ni.=)

Meja Hujung said...

Jangan salahkan takdir atas ketentuanNya......benarlah salah satu cara mencari kesembuhan dalam hati ialah dengan Redha dan Ikhlas menerima ketentuan Nya...

noor said...

apa yang Allah beri itu adalah yang terbaik pada waktu itu.Setelah itu apa yang berlaku kemudiannya adalah bersebab dari kita juga.Jestru itu insaflah akan kelemahan diri kerana kita ini memang tidak sempurna...