Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Saturday, February 25, 2012

Meneroka Perkampungan Amish di Lancaster, Pennsylvania.

Assalamualaikum semua....

Salam tengah hari Jumaat dari WDC. Kalau kat Malaysia dah masuk hari Sabtu sekarang. Betapa jauh kita dipisahkan dengan zon masa kan... Bila balik ke Malaysia nanti tentu saya terkenangkan pelbagai memori kehidupan di negara orang ni. Yeay! Tak lama lagi Insyaallah saya akan balik ke Malaysia. Saya sayangkan negara saya, tapi saya juga suka tinggal di sini. Saya bukan mahu mengagungkan masyarakat di sini, tapi itulah hakikatnya, masyarakat di sini lebih tinggi dengan nilai tatasusilanya. Yea, mereka bukan Islam... tapi cara kehidupan mereka lebih islamik dari kita. Terus terang apa yang kita tonton dalam televisyen tentang kehidupan masyarakat Barat yang ego, sosial, mabuk-mabuk dan segala yang negatif tu sukar saya nak lihat di sini.

Mereka sangat berdisiplin. Penunggang motosikalnya tidak akan memotong dan menyelit-nyelit di celah kenderaan lain semasa lampu merah. Kereta tidak akan memotong dari sisi jalan. Mereka macam robot yang telah disetkan untuk mengikut peraturan dalam keadaan apa sekali pun. Pejalan kaki sangat diutamakan. Kalau mereka nampak orang nak melintas pasti mereka akan memberi laluan. Laluan riadah untuk yang gemar berjoging dan berbasikal turut disediakan. Malah menurut suami saya laluan joging yang ada di tempat saya boleh sampai ke WDC. Ramai juga dalam kalangan mereka yang berjoging dan berbasikal ke tempat kerja. Malah ada yang ber'skate board' ke tempat kerja! Macam-macam gaya. 

Siapa pun mereka, kaya atau miskin tidak nampak jurang tersebut. Mereka berbelanja di tempat yang sama, menggunakan kemudahan hospital yang sama, dilayan sama rata dan sebagainya. Contohnya hospital swasta untuk ibu mengandung. Kalau kaya, bayarlah sendiri kan. Tapi bagi yang tak mampu ada badan khas yang akan membiayai mereka sehingga bayi besar. Kalau mereka tak mahu mohon sumbangan tersebut silap-silap jadi kesalahan besar kerana mengabaikan kesihatan bayi yang dikandung. 

Jauh melalut dari tajuk entry  tiga perenggan di atas. Cuma meluahkan apa yang saya lihat dan alami di sini. Masyarakat kita pun baik jugak. Cuma banyak lagi yang boleh diperbaiki. Insyaallah segala yang baik yang saya dapat dari negara orang ni akan saya serapkan dalam diri pelajar-pelajar saya kelak.

Berbalik kita ke lokasi asal bandar Lancaster. Setiap kali sebut Lancaster dalam post saya sebelum ni saya asyik sebut bandar ni banyak outlet membeli belah. Itu memang salah satu tarikannya. Tapi apa yang saya nak ceritakan kali ni ialah pengalaman saya ke perkampungan Amish. Selain membeli belah sebenarnya saya sangat teringin ke perkampungan Amish ni. Dan akhirnya hajat saya tu tercapai jugak. Kami ke perkampungan Amish pada sebelah pagi selepas membawa anak berjalan-jalan ke Pet World yang terbesar kat sini. Saya tak mau cerita tentang Pet World sebab tempat tu sekadar menjual dan mempamerkan haiwan peliharaan. 

Kenapa saya teruja ke perkampungan Amish ni? Ha.. sebab masyarakat Amish ni merupakan masyakat yang agak luar biasa cara kehidupan mereka. Dalam keghairahan kita dan masyarakat di sekeliling mereka mengejar arus kemodenan, mereka tetap berpegang teguh dengan cara hidup feudal mereka. Mereka menganut agama Kristian Protestan dan berasal dari Swiss-German.

Rumah masyarakat Amish langsung tiada bekalan elektrik. Kalau kita sehari elektrik tak ada  dah macam mati kutu kan... Yup! Rumah mereka tak ada bekalan elektrik. Sumber elektrik di rumah mereka hanyalah daripada penggunaan gasolin, pelita atau lilin. Macam atuk nenek kita nak nyalakan lampu zaman dulu-dulu... saya sempat meninjau perkampungan Amish ni pada sebelah malamnya. Kalau nak kenal yang mana rumah orang Amish, sangat mudah. Rumah mereka hanya diterangi dengan cahaya lilin. Di setiap tingkap rumah mereka diletakkan sebatang lilin. Keadaan rumah mereka suram sangat.

Gambar di bawah ni adalah kenderaan orang Amish. Mereka tidak ada kereta. Jadi kalau nak ke mana-mana mereka akan naik kereta kuda. Masa saya snap gambar ni saya dalam perjalanan ke perkampungan Amish. Jangan sesekali ambil gambar depan mereka tau. Sebab mengambil gambar merupakan kepantangan mereka. Sebab tu saya agak berhati-hati semasa nak snap gambar ni.



Inilah dia perkampungan Amish tu. Tempat ni khas untuk lawatan para pelancong. Ye lah... tak kan nak pergi perkampungan dia betul-betul kan. Boleh agaknya, tapi ada hari-hari khas yang ditetapkan.

Kegiatan ekonomi masyarakat Amish ialah bertani dan berladang. Mereka membela kuda, kambing biri-biri, ayam, babi dsb.




Yang ni pulak sekolah mereka. Yang sedang bergambar tu nama dia cikgu Aida. Cikgu tu mengajar subjek Bahasa Melayu kat sekolah tu. Hehehehe... ;p Tengok! Adalah sorang anak murid dia...






Yang ini gambar-gambar dalam rumah orang Amish.  Gambar yang mula-mula ni gereja mereka. Masa saya duduk dalam bilik ni saya tak tau pun tempat ni gereja. Saya ingatkan bilik untuk sesi taklimat sahaja.
 

Yang ini pulak gambar pakaian orang Amish. Orang Amish tak pakai baju berwarna-warni macam kita. Pakaian mereka semuanya hitam belaka. Kerusi hijau tu pulak tempat kalau-kalau ada ahli kelurga mereka yang sakit mereka akan baringkan di situ dan di selimutkan dengan kain hitam yang tersangkut kat tepi kerusi tu.
 

Ha.. yang ni kawasan kaum wanita Amish menjahit dan menggosok pakaian. Wanita Amish akan menjahit pakaian setiap ahli keluarga mereka. Bagi lelaki yang belum berkahwin, ibu mereka akan menjahitkan pakaian mereka. Seterika yang digunakan tu merupakan seterika arang. Masa dalam perjalanan ke perkampungan ni juga saya sempat melihat pakaian orang Amish ni diampai. Diorang basuh guna tangan tau. Lepas tu kain-kain tersebut diampai di luar rumah. Ampai dia bukan macam ampai kita tu. Ampaian diorang tinggi... Siap gunakan takal untuk menggerakkan ampai tersebut.

 

Yang ini pulak kawasan dapur orang Amish. Ada peti sejuk, ada oven, tapi sumber elektriknya dijana sendiri. Mereka menggunakan gas untuk menghidupkan fasiliti tersebut. Peti sejuk dia bukan yang macam kat rumah kita sekarang... peti sejuk dia yang macam peti sejuk zaman dulu-dulu tu. Emmm.... tak nampak pulak dalam gambar ni.

Seterusnya kita masuk ke dalam bilik mereka pulak. Saya suka melihat hasil kerja tangan kaum wanita Amish. Mereka amat gemar menjahit sulam tampal 'quilt'. Di sekitar Lancaster sebenarnya banyak dijual hasil kerja tangan mereka. Yang paling popular ialah quilt. Tapi saya tak beli sebab harganya agak mahal.


Tentu ada yang tertanya-tanya. Orang Amish ni kalau sakit pergi ke hospital tak? Yea... sudah tentu... mereka juga makan di restoran bersama ahli keluarga mereka. Cuma mereka mengelak daripada menaiki kenderaan macam kereta, bas, kapal terbang dsb kecuali dalam keadaan-keadaan darurat. Apa yang penting bagi mereka, mereka menolak sebarang teknologi masuk ke dalam rumah mereka. Hah! sanggup tak hidup macam orang Amish ni? Takde FB, tak ada telefon, tak ada blender, tak ada mesin basuh. Saya... tak sanggup....

2 comments:

Nur said...

Seronok baca cerita kak Aida. Yati pernah baca tentang hidup orang Amish ni. Yati pun tak sanggup hidup macam tu. :)

Unknown said...

Aku sangup je..awek armish lawa2.. Kahkahkah