Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Saturday, February 11, 2012

New Jersey + New York

Tiba-tiba je suami call petang Selasa lalu beritahu yang dia perlu ke New Jersey untuk meeting petang esok. Biasanya kalau setakat ada meeting saya tak perlu ikut sebab dia ada driver yang akan hantar.Tapi kali ni driver embassy (kami panggil cik Mat) kena bawa boss suami. Jadi atas permintaan cik abang saya kenalah temankan dia. 

Anak saya pulak saya tumpangkan kat rumah kak Siti sebab dia kena sekolah. Punyalah anak saya suka sebab dia boleh tumpang main PS3 kat rumah kak Siti tu nanti! Masa hantar anak tunggu bas sekolah kat tepi jalan pagi Rabu tu saya rasa sejuk sangat. Dalam hati saya teragak jugak salji akan turun hari tu. (Selalunya ramalan cuaca dalam hati saya betul... ;p) Jadi lepas hantar anak saya siap-siapkan semua keperluan untuk perjalanan ke New Jersey. 

Kali ni saya bawa bekal simple je. Nasi putih, Sup Tauhu dengan ikan masin. Lepas tu kemas-kemas baju barang keperluan saya, suami dan anak (anak punya keperluan kena siapkan jugak sebab nak hantar kat rumah jiran tu nanti). Tak lupa jugak barang-barang DIY jahitan saya.

Dalam pukul 11.30 pagi kami memulakan perjalanan ke NJ. Sebagaimana telahan hati saya sebelum ni, memang salji turun hari tu. Tapi bukan di kawasan kediaman saya di Vienna, di kawasan ke Utara sikit dari tempat tinggal saya. Jadi sepanjang perjalanan kami ke NJ diiringi dengan snow shower (snow yang jadi air bila sampai di tanah) Salji jenis ni kita tak boleh buat main sebab baju kita akan basah sebaik sahaja terkena salji tu (bukan yang jenis gebu-gebu tu... Kalau yang jenis gebu, kita baring atas salji tu pun kita tak akan basah)

Kami tiba di New Jersey jam 4.30 petang. Check in di Hotel Hampton Secaucus (Hotel ni di kelilingi  kawasan membeli-belah.) Tapi terus terang selepas melalui perjalanan yang agak jauh ni saya tak de nafsu nak membeli belah. Sakit badan, sakit pinggang, semuanya rasa sakit... huhuhu..

Pukul 6 petang kami dah bersedia untuk keluar semula untuk pertemuan dengan beberapa wakil pelajar daripada Universiti sekitar New Jersey. Meeting tak formal ni berkenaan sambutan dan aktiviti yang akan pelajar lakukan sempena kedatangan Datin Seri Rosmah Mansor bulan Mac ni nanti. Lokasi pertemuan ni kat restoran Thai. Yang tak bestnya saya silap order makanan. Saya order Pat Phai (agaknyalah bunyi nya macam tu) Tengok pinggan student yang kat sebelah saya tu nampak macam sedap je benda alah tu. Dia pun promote kata sedap ;p (kes terpengaruh...) Sekali tu bila dah makan..... alamak.... manis le... Tak syoknya makan mee manis... Terkulat-kulat saya makan.

Perbincangan diorang habis tepat-tepat jam 10 malam. Memang terpaksa ditamatkan pun sebab restoran tu tutup pukul 10 malam. Dari dalam kedai saya tengok snow makin lebat. Ingatkan dah selesai le tugas suami saya untuk hari tu. Tapi... tak lagi. Kami kena hantar pelajar pulak. Lokasinya agak jauh. 2 jam perjalanan dari lokasi hotel kami menginap. Pelajar-pelajar ni menetap di Philadelphia. Memang terpaksa tolong hantar sebab pelajar-pelajar ni pelajar perempuan dan diorang ada kelas pagi-pagi esoknya.

Sampai di Philadelphia saya rasa tak rugi hantar pelajar-pelajar ni. Suasana malam di Philadelphia sangat cantik.... Bangunannya tinggi-tinggi. Menara jam sahaja ada dua yang berdekatan. Bentuk bangunan klasik dan moden bercampur-campur. Memang memukau mata.. Lepas selamat menghantar pelajar-pelajar tadi ke rumah mereka kami pun berpatah balik ke hotel. (2 jam lagi) Letih ya amat... Sampai kat hotel dah hampir jam 2 pagi.

Esoknya seawal jam 8.00 pagi kami sudah keluar dari hotel sebab ada appointment dengan anak salah seorang rakan suami dari Chicago. Nak bantu dia buat pasport baru di New York. Jadi pagi-pagi ni kami meredah bandar New York! Orang kata kalau dah pergi Amerika tak pergi ke New York tak lengkaplah perjalanan tu. Dari New Jersey nak ke New York dekat je. New York ni letaknya di seberang sungai dan dikelilingi air. Jadi dari NJ nak ke NY kena lalu tunnel (Lincoln Tunnel) bawah sungai (Hudson River) yang sangat panjang. . Sebelum masuk ke Lincoln Tunnel kena bayar tol dulu $12. Saya tak tau bas-bas dan pengangkutan awam lain lalu mana. Sebab tunnel tu cuma ada dua lorong dan untuk kereta sahaja. 

Keluar je dari tunnel tu mata saya terus disambut dengan bangunan-bangunan tinggi mencakar langit kotaraya New York, asap-asap kenderaan, manusia yang sangat ramai berpusu-pusu ke tempat kerja, jalan raya yang sesak dan sempit. Huh lemas dibuatnya (walaupun setakat memerhati dari dalam kereta) dan saya tak rasa macam nak jadi sebahagian daripada kehidupan manusia kat situ... Lepas hantar anak rakan tadi tu ke kedutaan Malaysia suami saya bawa saya jalan pusing-pusing sekitar NY. Suami saya tanya nak singgah mana-mana tak? Saya terus geleng-geleng kepala.  Kepala saya pening. Lagipun cuaca kat luar terlalu sejuk. Saya cakap boleh tak kita keluar dari NY? Betul... saya tak tertarik pun dengan NY. Bersetuju dengan permintaan saya jadi kami pun keluar dari NY. Kiranya di NY saya cuma menjejakkan kaki di Kedutaan Malaysia sajalah. Tempat-tempat lain sekadar tengok dari dalam kereta je.

Keluar sahaja dari NY kami terus ke restoran Cina Muslim (Restoran Amin) di Hoboken, NJ. Cina Hainan rasanya. Sebab menunya banyak tulis Hainan. Makan tengah hari kat situ memang agak kena dengan selera saya. Sedap! Macam masakan Melayu. Pedas. (Cuma takde kuew tiau goreng dengan ayam kung pau je) Lepas tu kami pun balik ke Hotel semula. Lepas solat jamak saya mulalah menjahit. Petang tu dalam pukul 2 lebih suami saya keluar untuk meeting di Universiti di Hoboken. Yang ni formal. Jadi saya tak ikutlah. Ingatkan nak teruskan menyulam. Tapi mata mengantuk sangat. Dapat menyulam sikit je terus tertidur.

Petangnya pulak lepas suami habis meeting kami pun berkemas-kemas untuk balik semula ke Washington DC. Badan memang sakit sangat. Suami pun demam. Tapi terpaksa jugak balik petang tu sebab saya ada appointment dengan doktor pagi esoknya. Suami pun ada kerja penting kena buat di embassy. Jadi kena jugak kuatkan semangat dan berdoa agar selamat sampai. Alhamdulillah. Perjalanan balik amat mudah. Sampai di rumah dalam pukul 10.15 malam. Kemas-kemas sikit apa yang patut terus tidur. Anak saya? Tak mau balik. Dia nak tidur lagi kat rumah jiran. Biarlah... Esok pagi-pagi dia kena balik sebab kena bersiap untuk ke sekolah. 

Teringat pertanyaan suami masa dalam perjalanan balik. "Best tak kerja macam abang?" Saya tak beri jawapan. Saya tak pasti best ke tak. Kerja cikgu pun kadang-kadang best kadang-kadang tak best. Best ke kerja boleh selalu outstation macam ni? Entahlah...

Gambar di kawasan kediaman pelajar di Stevens Institute of Technology, (Dikenali juga sebabai Stevens University, di Hoboken NJ
Pemandangan yang di seberang sungai tu Kotaraya New York


Di hadapan Permanent Nasional Malaysia di New York.
(Satu-satunya tempat saya menjejakkan kaki di NY)


Salah sebuah restoran Halal yang terdapat di Hoboken NJ


4 comments:

Anonymous said...

Salam,
Seronok baca pengalaman akak. Sekali sekala hidup merantau di tempat orang menarik juga kan. Saya tunggu cerita akak seterusnya... :)

...aida... said...

Terima kasih sudi baca pengalaman saya yang tak seberapa ni. Insyaallah hujung minggu ni kami akan ke Pennsylvania untuk bertemu student kat sana pulak.

ibh_sue said...

Kak aida..tak dapat pi sana. Tgk gambo2 akk pun jadi la..hehehee..
Seronok kan..Akk, take care ya di negeri org tu. (^_^)

...aida... said...

TQ Sue, selagi ada kesempatan kat sini kena raih sebanyak mungkin. Akak tak lama dah kat sini Insyaallah balik Jun ni.