Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Thursday, April 12, 2012

Wow! Bersemangat Nak Balik!

 
Ni lah sebahagian barang-barang yang diorder dan barang sendiri yang nak dibawa balik.

Dah sampai ke bumbung cik hubby menyusunnya.

Itupun banyak lagi set corelle yang diorder belum sempat dibeli. Nak kumpul sekaligus sampai hujung April ni so tak payah pergi outlet 2 - 3 kali. (Kebetulan suami pun agak sibuk bulan ni dan bulan depan)

Bagi yang order beg tangan coach dan Fossil tu pun Insyaallah saya akan usahakan beli masa sale. Jadi bole dapat murah sikit.

Bagi rakan-rakan dan pembaca blog yang berminat jangan lambat order ye sebab masa makin suntuk.

Insyaallah harga yang saya tawarkan terendah di pasaran setakat ini.

Rebutlah peluang ni ye. Sebab lepas ni bila dah balik Malaysia saya dah tak jual Corelle lagi.

Oppss... sebelum terlupa, sesiapa yang menetap di sekitar Putrajaya, Sri Kembangan dan di sekelilingnya tu boleh pick up sendiri bila barang dah sampai. Begitu juga Kluang, Parit Raja dan Batu Pahat. Jadi tak payah pakai pos. (Alamat saya akan maklumkan bila saya dah ada kat Malaysia ye. Sebab sekarang ni belum confirm lagi lokasi posting.)

Tarikh balik saya sepatutnya 16 Jun ni. Tapi kami tangguh sampai Julai sebab masa tu saya tengah berpantang. Kebetulan tarikh jangkaan bersalin saya pun 16 Jun ni jugak. Huhuhu... haru... Jadi setelah berbincang dengan doktor tarikh bersalin saya akan dicepatkan awal Jun. (Induce la...) Nak buat macam mana kan.... Apa pun doakanlah saya dan baby selamat ye...


2 comments:

ibh_sue said...

Nak balik sudah. . Sampai ke bumbung dah ha. Hihihiii. . Induce ya. Apa2 pun hope segala urusan dipermudahkan Allah.

...aida... said...

TQ Sue atas doanya. Harap-harap begitulah. Semua urusan berjalan lancar :)