Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Sunday, October 7, 2012

Percutian Summer - Part 2

Selepas bermalam di Susquehanna, pagi-pagi lagi kami dah menggerakkan diri meneruskan perjalanan yang masih jauh. Hari ni objektif kami ialah ke Niagara Fall NY.

Kira-kira sejam perjalanan atau mungkin kurang lagi daripada tu tiba-tiba anak saya ternampak tempat ni. Memandangkan dia memang suka sangat tengok haiwan-haiwan reptilia ni maka kami pun berpatah balik (sebab dah terlepas) ke tempat ni. Nama tempat ni Clyde Peeling's Reptiland, yang terletak di Allenwood, Pennsylvania.
Saya dengan Aisyah tak masuk kat dalam Zoo tu sebab saya memang tak gemo dengan binatang reptilia ni. Geli weh!!! Sepanjang saya bawak anak saya pergi berjalan kat Zoo Melaka pun saya tak pernah membelok ke bahagian ular-ular ni. Kalau anak saya nak tengok, dia pergi la masuk sendiri.
Seronok sungguh dia dapat singgah kat tempat ni... Jom tengok apa yang ada kat dalam ni.

 
 
 

 

 

 




 






 
 

No comments: