Sempat melelapkan mata sekejap-sekejap selepas jauh meninggalkan bandar Corning. Kenalah temankan pemandu kan... driver pun ngantuk jugak tu nampaknya... Memandangkan peraturan ketat di USA ni baby mesti didudukkan dalam baby car seat maka saya pun otomatik naik pangkat la jadi mem duduk kat belakang... ngeh hehehe... (Sambil gelak sempat terkelupas kulit bibir... berdarah lah pulak..) Sekarang ni dah mula suasana sejuk dan kering. Dah masuk musim gugur. Agak awal tahun ni berbanding tahun lepas fall bermula dalam pertengahan bulan sepuluh. Tapi tahun ni hujung bulan September dah sejuk. Tahun lepas saya takut sejuk. Lepas solat selalu berdoa supaya salji tak lebat. Masa tu saya pregnant kan. Memang kalah teruk dengan cuaca sejuk. Alhamdulillah dimakbulkan Allah doa hambanya yang kerdil dan banyak dosa ni.. huk huk huk.. sedih... insaf.. Tapi tahun ni dah stabil... berdoa supaya salji turun lebat-lebat lah pulak... Nak le jugak merasa salji lebat sebelum balik Malaysia. :)
Peraturan di USA ni, sekiranya baby didapati tidak didudukkan dalam car seat maka hukumannya baby tu akan dibawa ke bahagian kebajikan masyarakat kerana dianggap kita menganiaya anak kita tu. (maaf ye kalau info ni kurang tepat). Ingat lagi dulu masa kat MAlaysia Iyddin tak mau duduk dalam car seat baby tu. Siap melalak-lalak lagi. Sib baik Aisyah sangat sukakan seat dia. Duduk lama-lama pun takpe. Tido jer dia....
Kami tiba di Buffalo dah hampir Maghrib. Sebenarnya di Buffalo ni ada rumah student yang pernah menginap lama di rumah kami di DC. Kira dah anggap macam adik angkat le. Dah lama nak melawat ke rumah dia di Buffalo. Sampai dah balik ke Malaysia pun orangnya barulah saya berjaya sampai kat sini.
Bila dah sampai kat rumah dia kami pun possing2 depan rumah dan dalam rumah then tunjuk bukti yang kami dah sampai kat situ dalam FB. Hehehhe. Student yang menginap kat rumah tu sambut kami dengan masakan mee hoon soto yang superb. Siap buat cheesecake lagi tau. Bukan student pompuan, tapi student lelaki.. Akak respect la kat adik-adik ni... Kalau dah sampai sini diorang kata tak sah kalau tak order buffalo chicken wings yang popular kat sini. Maka suami saya pun order le.. Nak rasa kan.. memang sedap. Siap order sekali lagi masa on the way balik dari Niagara.
Dan... selepas solat dan makan-makan kami pun meneruskan lagi perjalanan kami ke Niagara. Lebih kurang dua jam perjalanan kami pun sampailah kat Niagara. Mula-mula tu niat di hati nak jalan-jalan tepi air terjun tu sambil menikmati pemandangan Niagara Fall pada waktu malam. Sekali tu... pemandangan katil dan bantal lebih menggamit hati... So sampai-sampai je, terus check in hotel dan tido.... Ok.. lepas ni cerita tentang Niagara pulak ye... best tau... tunggu...
No comments:
Post a Comment