Perjalanan diteruskan lagi untuk hari yang kedua ini. Kali ini lokasi persinggahan seterusnya ialah bandar Corning. Di bandar Corning ni terdapat sebuah muzium yang dikenali sebagai Corning Glass Museum. Kalau anda nak tahu di sinilah tempat lahirnya pinggan mangkuk Corningware dan Corelle. Kononnya bila pergi ke sini nak lah jugak memborong Corelle. Ingatkan murah. Rupa-rupanya, harga Corelle kat sini dua kali ganda harga kat pasaran. Laislabonita betul!!! Mahal sesangat!!! Ibarat pergi Langkawi, beli minyak gamat kat kilang minyak gamat tu lagi mahal daripada beli minyak yang sama kat Beras Terbakar tu kan.
Takpe lah... sekurang-kurangnya saya dah sampai la kat tempat Corelle ni kan... Orang Amerika pun belum tentu dah sampai kat sini... huhuhu... ;p
Saya cuma beli beberapa set hiasan kristal je kat sini. Jadilah buat kenangan... Kebetulan kristal ada sale masa tu. Sebenarnya, kami banyak skip lawatan dalam museum ni. Sebab nak kejar masa. Hari pun dah petang. Perjalanan ke Niagara perlu diteruskan dan disampaikan hari ni juga. Sebelum tu satu lagi tempat kami sasarkan nak singgah iaitu di Buffalo. Sebabnya nak singgah sangat kat Buffalo ni nanti saya akan ceritakan dalam post berikutnya ye.
1 comment:
Nextttt. Heheheee syok baca cerita holiday akk.
Post a Comment