Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Friday, October 15, 2010

Gerai Sehari....

Cubaan kali pertama berniaga di medaniaga Tunas Bistari kurang berjaya.

Masalah pengangkutan menjadi punca utama kegagalan.

Dengan bilangan pelajar seramai 15 orang, cikgu cuma ada dua kereta.

Masa pergi ada kawan-kawan yang tolong hantar budak-budak ni. Tapi masa balik saya dengan cikgu Zihan terpaksa berulang alik beberapa kali bagi menghantar pelajar ke bus stop. Belum masuk cerita barang-barang yang banyak tu lagi. Memang sangat penat.

Masa balik, saya bersama dua pelajar singgah di sekolah untuk solat dan menyimpan sebahagian barang di bilik Kemahiran Hidup. Setelah selesai menyimpan barang saya pun ajak budak-budak dua orang ni balik. Malangnya masa hidupkan kereta....

kunci kereta saya pecah.....

Hah???? Kunci kereta pecah???? Pelik!!!!

Betul.... kunci kereta saya pecah.....

Bila kunci kereta saya pecah, bateri kunci tu terjatuh. Terus kereta saya tak boleh start walaupun kunci tu dah dipasang semula. Jam dah pukul 8.00 malam... tapi saya masih tersangkut di sekolah... Waktu tu pulak dah start hujan gerimis.... Saya cuba bertenang walaupun saya sangat penat dan letih masa tu. Saya cakap dengan budak-budak saya kita balik naik bas.

Namun.... Alhamdulillah.... kebetulan cikgu Elias dan Cikgu Amly singgah di sekolah sebab hantar budak asrama. Mereka berdua, jaga sekolah dan budak-budak asrama tolong tolakkan kereta saya. Lega sangat bila masa tengah dalam keadaan macam ni ada orang yang tolong. Tapi... kereta saya tetap tak hidup....

Semua hairan bila saya cakap puncanya sebab 'kunci kereta'. Yelah.. sebab masing-masing pun tak ada pengalaman macam ni. Yang pelik tu sebab kereta tu bukan langsung tak bole start. Bole start tapi hidup beberapa saat jer... enjin mati semula.

Cikgu Elias sudi hantar saya dengan budak-budak ni balik lepas hantar budak-budak asrama. Dia bawa isteri dia sekali sebab tengok saya serba salah nak tumpang.

Masa tunggu bantuan sampai saya telefon cikgu Zihan maklumkan keadaan saya. Saya bagi tau yang esok kami mungkin tak dapat berniaga sebab semua barang dan kunci ada pada saya.

Sampai di rumah lebih kurang kul 10.00 malam. Letih ya amat...

Esok pergi semula sekolah, bawa kunci kereta satu lagi. Alhamdulillah... kereta bole start...
Masa saya sedang pindahkan barang di bilik KH cikgu Zihan sampai setelah hantar budak-budak Tunas Bistari ke SK Parit Raja dengan bantuan Cikgu Faizal. Cikgu Zihan dah angkut habis semua barang-barang yang ada untuk gerai sebab tak jadi berniaga pada hari tersebut.

Saya dan cikgu Zihan bergegas semula ke SK Parit Raja sebab budak2 Tunas ada kat sana.

Disebabkan penat sangat saya macam bingung skit hari tu... Ada la benda pelik yang saya buat di luar kawalan fikiran ... tapi ... segan la nak cerita kat sini... hahaha... sebab memalukan... (Cerita dengan cikgu zihan jek.... hehehe)

Panjang pulak post kali ni... Flashback perkara yang berlaku minggu lepas.....

Apapun nak tunjuk jugak kat sini gerai kami pada hari pertama di medaniaga.... Jom Layan gambar....




Nampak meriah kan?....

Tapi apakan daya.... hanya bertahan sehari sahaja.....

Namun... semua ni pengalaman berharga untuk kami....

Insyaallah tahun hadapan saya dan cikgu Zihan akan cuba lagi bersama kumpulan Tunas yang baru....

Serik????  Cikgu tak.... Tak taulah pelajar2 saya..... Harap2 tidak.....

Tentang kereta pulak... Lepas ni saya nak duplicate kunci tu. Satu dah rosak. Bila jadi macam ni,  ngeri juga nak drive ke Cherating sorang-sorang Selasa depan. Harap2 saya selamat sampai dan selamat kembali semula ke Kluang. Hehehe.. (kata tak serik kan...) Doakan saya selamat ye.... 

Kalau tak selamat... 

Awal2 ni saya mohon maaf zahir dan batin atas segala kesilapan saya ke atas mana2 individu sama ada secara langsung atau tak langsung. Sesungguhnya saya insan yang tidak sempurna dari segala segi.... Kadang2 kita tak sangka gurauan kita dianggap serius dan mengecilkan hati sesetengah pihak. Untuk diri saya, Insyaallah... tidak ada sesiapa yang saya dendami. Malah ... ramai sebenarnya yang saya rindui.... tapi... emmm... tak apalah....

Maafkan saya ye....

Insyaallah kalau panjang umur lepas ni saya post cerita dari Cherating pulak... ok... Wassalam....


Thursday, October 7, 2010

Lagi Projek Tunas Bistari

Minggu ni kami bertungkus-lumus sekali lagi. Pada 8 - 9 hb ni kami akan menyertai medan niaga Tunas Bistari di SK Parit Raja. Tahun-tahun sebelum ni kami tak pernah sertai lagi jadi ini merupakan percubaan kami kali pertama. Kami menjangkakan mungkin banyak kekurangan dan kesilapan yang akan kami lakukan untuk cubaan pertama ni... Tapi setiap perkara kami cuba rancang dengan teliti dan sebaik mungkin untuk meminimumkan masalah. Ahli-ahli Tunas Bistari sangat bersemangat untuk menyertai medan niaga kali ini. tengoklah kesungguhan mereka melalui gambar-gambar ni. Apapun cikgu tabik jugak lah pada korang semua sebab tahan telinga bila saya dengan cikgu Zihan membebel tak habis-habis. Hehehe... bukan apa... cikgu yang panik lebih-lebih.... Jadi dalam blog ni cikgu mohon maaf atas keterlanjuran kata-kata cikgu sepanjang kita bertungkus-lumus dua tiga hari ni ye... Walaupun belum tahu menang atau kalah, cikgu tetap ucapkan tahniah kerana kalian telah berusaha keras...




Tuesday, September 21, 2010

Maaf, Hari Ini Saya Kurang Ajar....

Sukar nak luahkan dengan kata-kata. Jadi saya tulis dalam blog sahaja. Dah dua hari macam ni. Sebelum ni masa cuti sekolah dua minggu saya elok je. 

Benarlah, ... kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segala-galanya.

Tup tup bila naik sekolah sahaja kali ni saya tak ada suara. Suara saya jadi macam suara Donald duck. Saya bagi tau pelajar saya, kalau setakat serak, saya masih boleh mengajar macam biasa. Tapi kali ni dengan 'pitching' sekali lari. Bila bercakap macam orang menangis. 

Jadi, saya cuma beri latihan sahaja dan arahan saya tulis di papan putih. Semua aktiviti perbincangan lepas suara saya ok semula. 

Bak kata meja hujung tadi, "Maknanya hari ni ko kurang ajarlah ye...?" Ha ha ha  yelah... hari ni saya kurang ajar... Pandai aje meja hujung ni...



Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDILFITRI...



Ramadhan berlalu penuh imbauan,
Entahkan bersua lagi pada tahun hadapan,
Mudah-mudahan amalan mendapat keberkatan,
Daripada insan kerdil penuh kekhilafan.

Aidilfitri kini menjelma kembali,
Disambut dengan penuh warna-warni,
Segala salah dan silap mohon dimaafi, 
Andai ada tutur kata terguris dihati.

Pertama kali beraya sebagai blogger,
Punyai teman merata-rata,
Rasa gembira juga teruja,
Walaupun semuanya jauh di mata.

Semoga Syawal ini membawa bahagia,
Kepada semua teman di luar sana,
Berhati-hati di jalan raya,
Jangan rosakkan dengan raungan dan air mata.

Pelbagai juadah dan hidangan jadi santapan,
Janganlah makan berlebih-lebihan,
Bimbang kolestrol beraja di badan,
Kelak tinggi kos perubatan.

Pantun raya ini ku reka khas untuk teman,
Harap dapat menceriakan lebaran,
Sekali lagi ku mohon kemaafan,
Atas segala kelemahan dan kekurangan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.....

Tuesday, September 7, 2010

PENAWAR HATI...



 
AH.. AKU SUDAH SALAH PILIH PASANGAN.. AKU SUDAH SALAH ORANG!!!

Sebenarnya teman. Kita bukan bertemu dengan orang yang salah, tetapi hakikatnya kita, diberikan oleh Allah ilmu dan pelajaran yang berharga yang tidak semua orang boleh merasakannya. oleh itu bersyukur dan selalu bersangka baik kepada Allah.

Itulah risiko kehidupan. Hidup itu lah risiko yang kita sendiri tidak mampu menjangka apa yang bakal terjadi walau 1 detik dari sekarang. Dan kerana rahsia-rahsia hidup itulah kita harus sentiasa berusaha dan itulah dia yang dinamakan perjalanan hidup. Kerana kita masih terus berkerja keras memastikan segala yang akan kita dapat adalah yang terbaik sahaja.

Kita tidak mahu langsung perkara buruk terjadi atau menimpa kita., kita sering berdoa agar yang baik-baik sahaja mendatangi kita. Tapi itulah suratan takdir, bertemu dan berpasangan dengan orang yang kita katakan salah bukanlah satu hukuman atau kesudahan bahagia di dunia.. ia sebenarnya satu sesi pembelajaran dalam hidup sebelum kita pulang ..



ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik. 
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menguji kekuatan KASIH SAYANG YANG TERBAIK.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG kerana mengingatkan kita, bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan dan kita teruskan pergantungan kita hanya kepada NYA

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.



Percayalah segala yang terjadi telah ditakdirkan sejak azali, kita dihidupkan bukan hanya tujuannya untuk menikmati keseronokan semata-mata.. tapi untuk diuji kekuatan iman dalam menghadapi setiap cubaan hidup yang hebat. Sejauh mana kita benar-benar berserah kepada Allah selepas setiap usaha, kemudian menerima ketentuan Takdir Allah dengan syukur dan sabar semoga kita mendapat keampuan atas kesabaran kita dan mendapat Redha Allah sebelum kita kembali bertemu Ilahi.

Petikan daripada tulisan
~Ummi Nur Jannah~
1115.12042010
SCRIPTERS