Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Thursday, January 28, 2010

Felt key-chain (Projek Tunas Bistari)



____________________________________________________________


kEY-cHAIN iYDDiN
Si Tona (Cat)

_______________________________________________________

Key-chain yang telah ditempah oleh Kak Arsanah
Lady bird


flower



butterfly



cup cake



Bahagian belakang bersulam nama
____________________________________________
Key-chain cikgu Chan
teddy bear

sebelum



selepas

 ______________________________________________________________
key- Chain CiKgu Fauziah












myspace layout codes

Wednesday, January 27, 2010

Projek terkini...

Bila cuti sekolah dah habis terpaksa lah jugak saya melambatkan sedikit (macam banyak je sebenarnya...) kerja-kerja hobi saya ni. Tapi bila dah kata minat paling tidak saya peruntukkan masa 1 jam sebelum tidur untuk menyulam ni. Walaupun tak secantik mana, tapi puas hati bila dapat pegang jarum dan riben ni. Sebab tu bila melayari blog-blog tertentu seperti blog diari ann, cheq sue , butik riben, ribbon embroidery dll sampai terleka sebab terkagum melihat kreativiti mereka. Buku sulaman reben saya yang hilang tu pun rasanya buku hasil tulisan pn. ann. Memang segan nak dibandingkan dengan blog saya yang serba sederhana ni. Kali ni saya cuba buat sulam timbul pulak. Jenuh jugak nak jadikan batang pokok tu pada mulanya. Sebab tak pernah belajar... Last-lastnya buat suka hati, janji macam batang pokok... hi.. hi.. hi.. Bunga tu pun first time buat jadi kelopaknya agak haru birulah jugak. Projek ni baru separa siap. Inilah rupanya sulam riben saya kali ni...


Inilah kaedah buat batang pokok suka hati tu...


Gambar blur.. lah pulak.



Macam nak tukar warna bunga je... suram sangat.
 











myspace layout codes

Friday, January 15, 2010

Cenderamata Hari Guru!

Saban tahun 16 Mei merupakan hari yang disambut dengan penuh meriah di mana-mana sekolah pun di negara ini. Pada hari ini anak-anak murid yang dididik selama ini berpeluang meluahkan rasa terima kasih terhadap guru-guru yang telah mendidik mereka. Hari Guru juga disambut dengan meriah di sekolah saya di SMK Seri Lalang Kluang, Johor. Bersempena sambutan Hari Guru yang lalu, saya telah memberikan idea kepada para pelajar saya yang juga merupakan ahli Kelab SPBT sekolah saya, untuk menghasilkan sendiri cenderamata kepada guru-guru. Saya bebaskan mereka untuk menghasilkan cenderamata tersebut di samping memastikan harganya berpatutan dengan budget kelab. Inilah hasil kerja tangan pelajar-pelajar saya ahli Kelab SPBT SMK Seri Lalang. Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana anda memang seorang yang kreatif!







Thursday, January 14, 2010

Poket RPT 2010!

Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) merupakan perkara wajib yang mesti disediakan oleh para guru saban tahun. Penghasilan RPT ini juga boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk. Ada yang bersaiz A4 dan difailkan dan ada yang dikecilkan. Saya suka saiz RPT yang kecil kerana RPT ini mudah dibawa dan diselitkan di dalam Buku Persediaan Mengajar saya. Selain itu saya juga seronok menghasilkan poket RPT saya kerana saya boleh memberikan sentuhan kreatif pada poket tersebut. Beginilah rupanya poket RPT saya pada tahun ini.





Sunday, January 3, 2010

Frame Kumbang.

Anak saya sangat suka mengumpulkan permainan binatang-binatang dan serangga-serangga kecil. Saya perhatikan dia amat tekun memerhatikan serangga yang ada di sekitar rumah. Sampaikan semut pun hendak dibelanya. Mungkin cita-citanya hendak menjadi ahli entomologi satu hari nanti. Suatu hari saya telah membelikannya set serangga (kumbang) yang betul-betul kelihatan seperti asli dari kedai seven eleven di tempat saya. Harganya saya tak pasti sebab sudah terlalu lama. Setelah dibawa pulang timbul masalah pula di rumah kerana saya ni penakut pada serangga. Saya amat fobia dengan kumbang-kumbang mainan tersebut kerana kadangkala saya tak pasti kumbang yang anak saya sepah-sepahkan tu kumbang sebenar atau tiruan. Jadi, bagi mengelakkan masalah ini mengganggu emosi saya, saya telah mengumpulkan kumbang-kumbang tersebut dan saya lekatkan di atas frame lama yang terdapat di rumah saya. Inilah hasilnya!



  













myspace layout codes

Sulaman Manik

Sulaman manik sebenarnya sudah lama ada tetapi kurang popular kerana kaedah pembuatannya yang agak rumit serta mengambil masa yang lama. Walau bagaimanapun saya pernah mencuba sulaman manik ini. Kalau tak sabar memang separuh jalanlah jawabnya. Namun, saya berjaya menyiapkan sulaman manik ini dengan bantuan ibu saya yang turut berminat dalam kerja-kerja kreatif ni. Kalau nak tau, projek sulaman manik ni saya buat semasa saya bersekolah dalam tingkatan 5 . Terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberikan dorongan!
 
 
 












myspace layout codes

Friday, January 1, 2010

Sulaman Reben...

Buku sulaman riben kesayanganku telah hilang. Rasanya termasuk dalam timbunan surat khabar lama yang dijual ayahku siang tadi. Bagi mengabadikan kenangan manis sewaktu memiliki buku tersebut aku ingin memaparkan hasil-hasil sulaman rebenku di dalam blog ini.

Ini adalah hasil sulam rebenku yang mula-mula sekali. Saya menggunakan sarung kusyen lama yang ada dalam simpanan. Saya mengambil masa satu hari sahaja untuk menyiapkan sepasang sulaman reben cara mudah ini.






Yang ini pula masih mengekalkan kaedah yang sama. (Sarung kusyen terpakai) Tetapi kali ini saya berjaya menyiapkan sulaman reben ini untuk sepasang kusyen dalam tempoh semalaman sahaja.






Sekarang saya dalam proses menyiapkan beberapa pasang lagi sulaman reben untuk kusyen. Cuma kali ini saya menggunakan kain yang belum berjahit. Saya juga meletakkan manik pada sulaman reben saya kali ini.





 











myspace layout codes