Buku sulaman riben kesayanganku telah hilang. Rasanya termasuk dalam timbunan surat khabar lama yang dijual ayahku siang tadi. Bagi mengabadikan kenangan manis sewaktu memiliki buku tersebut aku ingin memaparkan hasil-hasil sulaman rebenku di dalam blog ini.
Ini adalah hasil sulam rebenku yang mula-mula sekali. Saya menggunakan sarung kusyen lama yang ada dalam simpanan. Saya mengambil masa satu hari sahaja untuk menyiapkan sepasang sulaman reben cara mudah ini.
Yang ini pula masih mengekalkan kaedah yang sama. (Sarung kusyen terpakai) Tetapi kali ini saya berjaya menyiapkan sulaman reben ini untuk sepasang kusyen dalam tempoh semalaman sahaja.
Sekarang saya dalam proses menyiapkan beberapa pasang lagi sulaman reben untuk kusyen. Cuma kali ini saya menggunakan kain yang belum berjahit. Saya juga meletakkan manik pada sulaman reben saya kali ini.
No comments:
Post a Comment