Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Sunday, January 3, 2010

Frame Kumbang.

Anak saya sangat suka mengumpulkan permainan binatang-binatang dan serangga-serangga kecil. Saya perhatikan dia amat tekun memerhatikan serangga yang ada di sekitar rumah. Sampaikan semut pun hendak dibelanya. Mungkin cita-citanya hendak menjadi ahli entomologi satu hari nanti. Suatu hari saya telah membelikannya set serangga (kumbang) yang betul-betul kelihatan seperti asli dari kedai seven eleven di tempat saya. Harganya saya tak pasti sebab sudah terlalu lama. Setelah dibawa pulang timbul masalah pula di rumah kerana saya ni penakut pada serangga. Saya amat fobia dengan kumbang-kumbang mainan tersebut kerana kadangkala saya tak pasti kumbang yang anak saya sepah-sepahkan tu kumbang sebenar atau tiruan. Jadi, bagi mengelakkan masalah ini mengganggu emosi saya, saya telah mengumpulkan kumbang-kumbang tersebut dan saya lekatkan di atas frame lama yang terdapat di rumah saya. Inilah hasilnya!



  













myspace layout codes

No comments: