Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Sunday, October 7, 2012

Percutian Summer 2012 - Part 1

Lama Iyddin bercuti Summer hari tu. Tapi sebahagian besar masa cuti tu duduk kat rumah aje. Sebabnya masa tu kan bulan puasa. Saya pun masa tu baru bersalin. So kitaorang taklah berjalan ke mana-mana.

Oppss... ha... baru teringat.. seminggu sebelum habis pantang kami pergi crabbing. Lepas tu terus masuk bulan Ramadan. Kiranya Aisyah masih dalam hari lagilah ni dah bawak dia pegi kat laut tengok orang tangkap ketam. :P (Selongkar2 fail tak jumpa pulak gambar masa crabbing tu)

Masa raya hari tu barulah kami berpeluang berjalan-jalan kat Amerika ni. Kali ni kami menuju ke Utara USA. Sebenarnya suami saya mendapat jemputan sambutan HAri Raya daripada student di RIT (Rochester Institute of Technology) New York. Jadi, alang-alang melawat student kat sana kami pun singgah la tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan tu.

Tempat pertama yang kami singgah ialah Hershey Park yang terletak di Derry Township, Pennsylvania. Sebenarnya suami saya dah beli tiket untuk ride kat situ, tapi memandangkan kami sampai agak lewat petang tu jadi kami tak masuk lah kawasan untuk ride tu. KAlau masuk pun rugi sebab dapat masuk sekejap je. So tiket tu cadangnya kami nak gunakan lain kali. Di Hershey Park tu kami cuma pergi ke Hershey's Chocolate World. Kat dalam tu pun ada macam-macam aktiviti yang kita bole buat tapi saya pilih satu aktiviti je HERSHEY'S GREAT AMERICAN CHOCOLATE TOUR. Lepas tu makan aiskrim, beli coklat, pastu balik..... (eh bukan balik... sambung perjalanan sebab hari pun dah petang sangat)

 


 

  



 
  



Lepas keluar dari Hershey Park lebih kurang 2 jam lebih perjalanan malam tu kami bermalam di Hotel di Susquehanna. Sebenarnya kami tak merancang pun nak bermalam di sini, tapi memandangkan badan pun dah letih, Aisyah pun dah merengek2 kepenatan so cik suami pun cari le tempat bermalam. Ok... lepas ni kita sambung Part 2 pulak ye... Dah ngantuk nak tido pulak dah... Badan pun tak berapa sihat. Selesema, tapi masih menggigihkan diri menulis blog. :) Jumpa lagi ye...

1 comment:

ibh_sue said...

Kak! Time ni la gnkan peluang yg ada utk jln2 sepuas2nya di negeri org. Nnti blik masia pyh dah nak berjln2 mcm tu. Heeee. . Best tgk. :D