Salam Ramadhan semua...
Hari ni dah masuk 16 Ramadhan. Bermakna sudah 16 hari kita berada dalam bulan yang penuh dengan rahmat dan barokahAllah ni. Alhamdulillah...
Dah hari yang ke-16 tapi saya masih belum berkesempatan menjejakkan kaki ke pasar Ramadhan.
Masa di US dulu selalu berangan kalau dah balik Malaysia nanti nak makan macam-macam yang best-best. Tapi bila dah betul-betul balik... ha... takde maknanya semua tu.
Macam takde hati pulak nak pegi ke pasar Ramadhan. Lagi-lagi bila macam-macam cerita didengar daripada kawan-kawan. Paling banyak kes makanan basi la... dan baru-baru ni yang paling teruk ayamnya siap dah berulat lagi... Uwek!!! Trauma betul saya tengok video tu. Geli betul!!!!.
Diorang ni semakin tidak ikhlas berniaga. Asyik fikirkan untungg ajer agaknya... Hal-hal macam ni menyebabkan saya tawar hati nak ke pasar Ramadhan.
Setiap hari sebelum ke tempat kerja saya akan memasak dahulu. Masak ikan ke, ayam ke, daging ke.. kiranya lauk utama la... Nanti lauk sampingan macam sayur nenek saya yang tolong masak.
Pastu balik dari tempat kerja biasanya saya sempat-sempatkan jugak lagi goreng mee ke, tambah satu lauk lagi ke atau potong-potong buah ke..
Yang penting saya sampai jer kat rumah lepas ambil anak pukul 6.00 lebih tu saya terus bergegas ke dapur untuk menyiapkan keperluan berbuka sebelum jam 6.45. Sebab 6.45 mesti dah siap-siap mandi dan bersedia untuk bertadarus sampai 7.00 bersama suami dan anak lelaki saya yang sulung.
Lepas bertadarus, ada masa lebih kurang 20 minit sebelum berbuka saya akan siap-siap buat air, susun pinggan dsb. Dan yang penting kena bagi Amin dengan Aisyah makan dulu.
Lepas berbuka pulak kami solat Maghrib berjemaah sama-sama sekeluarga.
Panjang pulak mukadimah hari ni... eh baru mukadimah ke? Hihihi... Yelah... kan belum menyentuh tajuk lagi tu...
Ha... Teruskan membaca ye...
Ni nak cerita tentang perbezaan prinsip saya dengan nenek saya.. kih kih kih (Dengan nenek pun mau cerita ...)
Prinsip nenek saya... kalau makanan yang lebih sikit-sikit tu maksudnya macam makanan hari sebelumnya yang dah tak ada sapa-sapa nak makan tu jangan dibuang selagi belum basi. Maka makanan tersebut akan terbiarlah kat tepi sinki ke atau dalam mangkuk sampailah basi baru bole dibuang.
Saya pulak jenis tak suka tengok benda-benda yang tak sepatutnya ni menyemak kat kat sinki atau meja makan. Jadi saya suka nak bersihkan cepat-cepat dan buang! Pada saya lebih baik saya buang makanan yang belum basi ni ke tanah daripada dibiarkan basi dalam rumah. Sekurang-kurangnya semut ke, burung ke, kucing ke, malah biawak pun bole berkongsi rezeki tersebut. Tul tak?
Haha... sekarang nak sokong sapa? Sokong tindakan nenek saya ke sokong tindakan saya?
Emmm ... Sebenarnyakan dalam kemewahan kita di kelilingi dengan pelbagai rezeki daripada Allah ni.... Kalau boleh.. biarlah kita tidak berlebih-lebihan dalam menyediakan juadah sampai menyebabkan berlakunya pembaziran kan... Cuma kadang-kala memang tidak dapat dielak lauk yang sedikit berlebih tu... Tu yang kadang-kadang kami ratah juga sedikit demi sedikit bagi mengelakkan makanan tersebut terbuang...
Bila terkenang saudara kita yang kebuluran, tak ada makanan di luar sana meluap-luap rasa simpati di dada. Mudah-mudahan mereka dalam rahmat Allah jua hendaknya. In Shaa Allah...
Alhamdulillah... Syukur kepadamu Ya Allah atas kurniaan rezeki yang tidak putus selama ini kepada kami.

2 comments:
Kalau basi bukan bakteria dan kulat yang makan ke??
Betul la tu kalau basi memang bakteria dan kulat yang makan. Masalahnya bakteria dan kulat tu la nanti yang mengotorkan dapur kita. Dapur kenalah bersih selalu kan sebab dapur tempat kita menyediakan makanan.
Post a Comment