Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Tuesday, January 31, 2012

Misteri Simbol Bintang Pada Rumah-Rumah di Pennsylvania


Bagi rakan-rakan yang pernah ke Pennsylvania mesti pernah terlihat simbol bintang macam kat atas dipasang di rumah-rumah penduduk di situ kan.

Mula-mula tu saya rasa misteri sangat, apa maksud simbol bintang tu. Pertubuhan apa? Menunjukkan agama ke? atau kepercayaan tertentu?

Bila search dalam internet macam tak dapat jawapan pasti pulak. Rupanya selama ni pencarian saya menemui kegagalan sebab saya gunakan perkataan yang tidak tepat untuk lambang bintang tu.

Alhamdulillah,hari ni baru saya tau perkataan sebenar bagi simbol bintang di atas ialah "barnstar @ barn star" (Kalau nak tau lebih lanjut tentang barnstar ni bole le search sendiri kat internet ye)

Rupanya-rupanya ramai juga masyarakat US yang tertanya-tanya misteri simbol ini diletakkan di kebanyakan rumah-rumah di Pennsylvania.

Daripada sumber bacaan internet yang saya peroleh simbol ni hanya membawa maksud 'good luck' kepada para petani. Kebetulan kawasan Pennsylvania ni memang di kelilingi ladang. 

Sepanjang perjalanan di kiri dan kanan kami penuh dengan ladang jagung. Ada yang sudah dituai dan ada yang belum. Luas sangat. Saujana mata memandang. Rumah-rumah di kawasan Lancaster pun banyak yang meletakkan simbol bintang ni.

Semasa kami nak ke Pennstate ni (Pennsylvania dikenali juga sebagai Pennstate) kami melalui jalan kampung. Walaupung banyak pemandangan cantik di sepanjang perjalanan kami, tapi awas! Jangan sesuka hati berhenti dan ambil gambar. Sebabnya kawasan ini adalah hak milik peribadi. Mereka tak suka kawasan mereka di ambil gambar oleh orang luar tanpa izin mereka. (Suami saya ada pengalaman ditegur oleh owner ladang ketika ambil gambar kat kawasan ni sebelum ni.)

Ok, ni saja nak kongsi kali ni. Terjawab sudah misteri lambang bintang ni... yeay!!!!

Perjalanan ke Morgantown yang mengasyikkan

Jalan-jalan lagi! Kali ni ke Morgantown. Antara tempat yang terkenal dengan perlombongan arang batu.

Bandar yang kecil tapi mempunyai sebuah universiti ternama, West Virginia Universiti. Ramai penuntut Malaysia di sini. Malah dikatakan pernah mencecah lebih seratus pelajar dari Malaysia. Jumlah terkini ada dalam 40 orang.

Sebelum bertolak saya buat bekalan serba sedikit. Nasi goreng dengan ayam goreng dan telur rebus. Buat masa ni tekak saya belum berapa nak terima makanan barat ni. Ye lah... paling-paling tak pun yang boleh dibeli sepanjang perjalanan tu nanti cuma cheese pizza atau mushroom pizza. Fish n chip, ataupun shrimp . Yang lain, of coz la tak halal. Tak bole masuk la bau-bau cheese ni... Tapi kalau cheesecake ok. Yang tu saya suka makan.;)

Kak Siti pulak bawa sambal sotong, nasi putih, karipap dan pisang goreng. Nyummy jugak tu... Dalam perjalanan kami singgah kat sebuah pekan kecil untuk bersarapan. Sambil makan-makan kami duduk di gazebo yang di bina berhampiran sungai menikmati pemandangan kat situ. Agak terbantut jugak selera saya sebab saya kesejukan. Nak bukak sarung tangan pun bercinta. Sejuk sangat. Walaupun matahari memancar dengan terik tapi suasana tetap sejuk. Jadi saya makan cepat-cepat lepas tu saya duduk dalam kereta. Yang lain sibuk bergambar kat kawasan tu. Saya pulak sekeping gambar pun takde. Kalau ada pun gambar pada kamera orang lain masa aktiviti makan-makan.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Morgantown. Ada sesetengah kawasan yang bersalji dan ada yang tidak. Kiranya taburan salji tak merata lah. Dan ada masa-masa tertentu snow tipis turun mengiringi perjalanan kami. Sampai di Morgantown kami terus ke rumah salah seorang student. Anak kak Siti salah seorang student kat sini. Setelah turunkan beberapa barang keperluan anak kak Siti kami terus check-in di Hampton Hotel. 

Lepas solat dan makan tengah hari kami ke Gabriel. Kawan-kawan kata kalau ke Morgantown tak pergi ke tempat ni rugi. Apa yang ada kat Gabriel?  Rupanya Gabriel ni pasaraya besar tapi menawarkan harga gila-gila murah. Bayangkan kita bole beli t-shirt dengan harga $1. Saya dapat teko Corelle dengan harga $5. Jaket kulit berjenama dengan harga tak lebih $30. Suami saya kata saya bole ambil apa sahaja... Wah... peluang hebat ni. Tapi masa terhad sebab dalam pukul lima kami terpaksa berpatah balik ke WVU untuk satu majlis pertemuan dengan student kat sana. Penuh je troli suami call suruh ke kaunter pembayaran. (Kami jalan asing-asing) Wow! Troli dia pun penuh. Masa bayar, saya teka harga keseluruhan barang dalam $300. Tapi rupanya cuma $170. Memang Mengejutkan.Sangat berbaloi untuk barang-barang yang kami borong. Disebabkan itu juga... maka selepas pertemuan dengan pelajar malam tu kami sekali lagi ke Gabriel... hehehe....

Esoknya selepas bersarapan di rumah student kami meneruskan perjalanan ke Lancaster. Kat sini terkenal dengan outlet-outlet membeli-belah. Hajat di hati nak beli corelle dan nouritake. Tapi malangnya bila kami sampai kat tempat tu semua outlet tu dah tutup. 

Kami tiba lebih kurang jam 6 petang. Tempat tu dibuka hanya sampai 5 petang je. Tak ada rezekilah nampaknya kali ni. Sempat jugak tengok harga Corelle dari luar kedai. Mahal! Berbanding harga yang saya beli tahun lepas harganya sudah naik 100%. Betul! Set pinggan yang empat segi tu dah naik harga. Menyesal tak beli banyak-banyak tahun lepas. Kalau kat sini dah naik harga macam tu sampai kat Malaysia lagi lah mahal kan.

Di Lancaster pun kami tak bergambar sebab masa tiba tu dah gelap. Kat sini pukul 5 petang dah gelap. Bulan Disember lepas, Maghrib pukul 4.30. Kedai-kedai pun dah tutup. Jadi kami terus bertolak balik ke Washington semula... Jom layan gambar-gambar sepanjang saya berada di Morgantown.



Sebahagian student WVU

Masakan hasil air tangan student WVU yang sedap-sedap belaka.





Tempat kami bershopping.

Ni baru barang kami. Tak masuk barang kak Siti lagi. Memang penuh kereta...

Bersarapan pagi di rumah salah seorang student yang bermurah hati menjemput kami bersarapan di rumahnya.




Friday, January 27, 2012

Produk Buatan Malaysia mana???

Ni lah gambar ahli-ahli Perwakilan di WDC.



Perwakilan tu apa?

Perwakilan tu persatuan khas untuk isteri-isteri diplomat yang bertugas di satu-satu tempat.


Macam-macam aktivit yang diorang buat.

Banyak jugak yang saya miss tahun lepas sebab kesihatan saya tak berapa baik.

Semalam pun kami baru berkumpul. Aktiviti : Buat potluck nasi ambang, tengok cerita ombak rindu dan berkaraoke... hehehe... best kan!

Ni antara aktiviti santai la. Kalau yang aktiviti rasmi tu banyak jugak.

Selalunya kami diberi tender memasak. Ye la bukan senang nak cari makanan Malaysia kat sini kan. So kenalah kami yang masak atas permintaan majlis-majlis tertentu.

Masakan diorang memang sedap-sedap. Semuanya terer memasak.

Bahan-bahan masakan senang nak dapat kat kawasan kami ni sebab ada Asian Market. Kalau kawan-kawan yang datang dari bahagian lain mesti bershopping bekalan makanan dari sini.

Budu, cencaluk, daun pisang, belimbing besi, asam jawa, durian, cakap je nak apa semua ada. Yang saya tak jumpa bunga kantan je. Diorang kata bunga kantan kena cari kat kedai bunga.... (pulak dah...)

Walaupun semuanya ada tapi sayangnya bukan produk Malaysia. Yang banyak produk dari Thailand, Indonesia dan Vietnam. 

Kalau saya jumpa produk Malaysia saya mesti beli. Yang saya pernah jumpa biskut Hup Seng, Soya Yeos, Milo.... tu je kot. Sedih sangat. produk kita masih tak mampu menembusi pasaran kat sini. Saya tak rasa pun produk negara jiran kita ni hebat-hebat sangat. Tapi produk tempatan diorang bole sampai ke sini. Produk kita???

Sunday, January 22, 2012

"Snow Tubing" di Liberty Mountain

Yeay!!!!!!

Akhirnya dapat main salji.....

Syukur.... Alhamdulillah... Tak pernah terfikir seumur hidup ni akan berpeluang main salji, apatah lagi golek-golek atas salji. Dulu masa kecik-kecik ada la jugak berangan nak main salji. Biasala kan masa kecik-kecik... Nak jumpa santa claus lah... nak masuk candy house la... nak berenang kat sungai coklatlah nak pakai baju cinderella lah... hahaha dan macam-macam lagi.... (Saya je ke macam tu???) Sampai peringkat remaja pulak berangan bila dah kerja nak penuhkan peti ais dengan coklat... kek...strawberry.... Nak melancong ke seluruh dunia dll (hua hua hua.. kuat berangan aku ni rupanya...)

Tapi...

Hakikatnya bila dah bekerja barulah tahu jerihnya mengumpul duit. Setiap kali inginkan sesuatu kena kumpul dulu duit. Al maklumlah... saya bukan dilahirkan dalam keluarga yang berada, serba serbi senang dapat. Tapi saya juga bukanlah dalam kategori keluarga susah. Orang putih kata... "just nice" hehehe... Bila dah pegang duit sendiri, barulah tau sayang duit. Peti ais saya tak pernah penuh pun dengan kek, coklat dan sebagainya. Kalau ikutkan kek tu beli sepotong, makan makan makan habis.... coklat pun sama beli sebungkus... makan depan TV kekadang tak sempat sampai rumah dalam kereta dah habis... lepas tu ikut la bila tekak teringin baru cari lagi.... kadang-kadang sebulan... kadang-kadang dua bulan... kadang-kadang setahun baru teringin nak makan balik. Hohoho... jauh dah melalut ni... seronok mengenang zaman dulu-dulu.


Nak cerita pulak pasal semalam saya pergi ke Liberty mountain bersama keluarga dan rakan-rakan dari Embassy. Saya tak perasan berapa family yang turut serta. Rasanya dalam tujuh atau lapan family. Seronok berkumpul ramai-ramai sambil berkonvoi ke tempat tersebut. Kami berkumpul di kawasan kediaman saya dan memulakan perjalanan lebih kurang jam 10 pagi. Kebetulan pagi ni kawasan kami bersalji sejak malam tadi. Saya tak tunggulah salji yang ni turun sebab turun tengah malam. Tau-tau esok lepas subuh seluruh kawasan dah memutih... Subhanallah... Cantiknya.... Sebelum keluar rumah sempat tinggalkan roti dan kurma keras untuk cik tupai.


Pertama kali melihat kawasan sekitar tempat tinggal saya diliputi salji. Sebelum ni ada jugak tapi tak setebal ni. Nampak berbeza... Cantik... Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang memutih saujana mata memandang. Padang-padang ragut yang sebelum ni hijau, semua dah jadi putih.kawasan yang sudah hari-hari lalu seolah-olah jadi tempat baru. Suami saya menjadi ketua konvoi dengan memandu paling depan sekali. Malangnya, mungkin disebabkan suami saya memandu agak laju ada ahli konvoi yang terpisah. Walau bagaimanapun kami dapat bersama-sama semula dan tiba di destinasi yang dituju dengan selamat.


Sampai saja kat tempat tu saya mengalami masalah kasut yang saya pakai tak sesuai. Baru jejakkan kaki ke jalan dah tau jalan tu sangat licin. Saya langsung tak berani nak turun kereta. Apatah lagi saya tengah pregnant sekarang. Saya cuma terfikir tentang kasut ni sehari sebelum pergi. Kebetulan hari tu suami meeting sampai malam, jadi memang tak berkesempatan nak pergi beli. Sebelum-sebelum ni memang ada rancangan nak beli jugak, tapi disebabkan kawasan saya tak bersalji jadi taklah rasa desperate sangat nak membeli tu. Jadinya.... menadah telinga jugaklah kena bebel dengan cik hubby.... Tak mahu menghampakan saya, suami saya pun bawa saya pergi cari kasut yang sesuai kat area tu. Jumpalah Wallmart dapatlah sepasang but dan baju sejuk buat main salji. Hehehe... terima kasih bang... Muaaahhhh.. 

Sampai semula kat tempat berkumpul kami terus makan tengah hari. (Sebelum tu sebenarnya kat rumah saya sempat makan masak lemak cili api ikan keli semalam masa cik hubby pergi isi minyak... makan sorang-sorang... sebab saya tau kalau saya lapar nanti saya mabuk teruk. Jadi, fikirkan diri sendiri dulu...huhuhu) Lepas tu diaorang semua kumpulkan borang pendaftaran untuk main tiub tu. Main dalam kumpulan le kiranya ni. Mula main jam dua petang sampai empat petang. Saya? Saya tak mainlah..... mana bole.... silap-silap keguguran pulak nanti kalau gatal jugak nak main..... tapi kalau saya memang tak pregnantlah... memang saya dah tergedik-gedik jugak tu nak main. So saya jadi tukang ambik gambar jer lah. 

Ingatkan nak rakam gambar hubby dan anak masa diorang tengah meluncur, cheh! Tak nampak hapa pun. Sayup-sayup je. Laju pulak tu. Berpusing-pusing lagi. Saya pun dah tak kenal mana suami dan anak saya. Jadi ambik gambar masa diorang dah patah balik je lah. Masa ni diorang kena tarik tiub masing-masing untuk ke puncak semula sebelum meluncur turun. Seronoknya tengok diorang. Emm... Tapi rata-rata ramai yang main sejam aje. Bukan apa, penat mendaki nak naik ke atas tu. Selain tu, ada yang gilir-gilir suami dengan isteri, mak dengan anak. (Hehehe... taktik bayar untuk sorang main untuk  dua orang... jimat sikitkan.... yang ada baby pun kenalah gilir-gilir jaga baby...)

Dah puas main "snow tubing" kami beramai-ramai naik bas ke kaki gunung pulak. Percuma je tau! Kat sini kami tengok orang main ski. Lepas ambik-ambik gambar dalam sejam kami pun naik bas semula balik ke lokasi asal dan pulang ke rumah masing-masing.

Masa entry ni ditulis, ada tukang urut datang ke rumah. Kesian kat suami saya, kaki dia terhantuk ais masa meluncur. Dah terhencut-hencut jalan. Harap-harap kaki dia cepat sembuhlah hendaknya. Jangan nangis ye masa kena urut.... ala la la....

Jomlah tengok gambar pulak. Oppss sebelum tu, buat kawan-kawan yang berbangsa Cina : Chan Mee Yeang dan keluarga, Mr. Low dan isteri dan sapa-sapa jua yang baca entry ni Selamat Meraikan Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai.....(Kita kat sini pun cuti jugak tau... orang Malaysia je la... sekolah tak cuti..)










Saturday, January 21, 2012

Kejutan-kejutan itu Menyakitkanku....

Trauma....

Setiap hari dapat kejutan.

Cuaca sejuk di sini menyebabkan hampir semua benda yang disentuh mengalirkan cas elektrik. 

Saya jadi takut nak pegang apa-apa sahaja barang yang berunsurkan besi. Termasuklah tombol pintu.

Waima baju daripada kain wool pun mengalirkan elektrik bila dikeluarkan daripada mesin pengering.

Paling menakutkan saya, pintu kereta. Walaupun dah pakai sarung tangan saya tetap kena kejutan elektrik. Jadi saya mintak bantuan anak saya bukakan pintu kereta setiap kali saya nak masuk kereta.  Kalau dia tak ada saya akan siap-siap bawa kain tebal untuk pegang pintu kereta tu.

Paling ketara bila kami pulang daripada berjalan-jalan dengan menaiki kereta. Bunyi cas-cas elektrik tu boleh didengari pada kereta dan baju kami. Yang lawaknya bila suami saya cuba sentuh saya pun kami kena kejutan elektrik. Sakit tau.... Walaupun kejutan tu cuma sesaat tapi tetap sakit!

Yang peliknya, anak saya relax je. Dia tak ada lah pulak mengadu kena kejutan elektrik. Suami saya pun sama, taklah seteruk saya.... Kata suami saya mungkin sebab badan saya kurang air. Betul ke? 

Nampaknya cuaca sejuk ni memang kurang sesuai untuk saya... 

Esok kami akan ke Liberty Mountain kononnya nak main snow tubing. 

Hehehe rasanya saya tukang tengok je kot. Tak tahan sejuk........




Saturday, January 7, 2012

Salam Tahun Baru...

Hari ni mood dan kesihatan  ada sikit baik jadi ku gagahi jugak la kaki ni ke altar tingkat 4 rumahku sendiri di DC ni. Rasanya dah lebih dua bulan tak naik kat tempat ni, walaupun bilik tidur ku kat tingkat 3 je . Kat tingkat ni la laptop ni diletakkan. Geram je tengok blog ni bersawang-sawang. Selalu jugak melawat blog sendiri dan blog walking kat tempat kawan-kawan. Tapi guna blackberry je la.

Alhamdulillah... saya baru je melepasi trimester pertama yang begitu ekstrem. Saya mabuk teruk. Dan bila check darah saya disahkan menghadapi hypertiroid sekali lagi dengan bacaan yang sangat tinggi. (Sama macam kes kandungan saya yang pertama dulu). Bila dah jumpa penawar yang tepat, lepas seminggu makan ubat hypertiroid tu barulah saya bole bangun, makan, minum, jalan2 sikit dan memasak. Tak dapat dibayangkan betapa tersiksanya saya sebelum makan ubat tu. Saya trauma pada semua benda termasuklah suhu sejuk yang saya rasakan melampau2 sejuknya walaupun orang lain tak rasa macam tu. Dan sekarang bacaan tiroid saya hampir normal dan kuantiti ubat yang dimakan pun alhamdulillah dah dikurangkan...

Masa sakit hari tu saya berdoa sangat-sangat supaya salji tak turun. Sebabnya setiap pagi saya terpaksa menghantar anak saya menunggu bas di tepi jalan. Ya Allah... sejuknya saya rasa masa tu tuhan je yang tahu. Dengan muka sardin saya duduk je kat tepi jalan tu sebab tak larat nak berdiri lama-lama + muntah2 yang tak mengira masa dan keadaan. Time anak balik sekolah pulak saya selalu tak ambik. Kalau ikutkan saya kena ambil sebab dia baru gred 2. Tapi nasib baikla anak saya tu tinggi macam budak gred 5 jadi lepas la dia turun bas tu. Kalau tak sah-sah driver hangkut dia ke sekolah semula...

Tapi sekarang saya tak sabar nak tunggu winter. Baru-baru ni masa balik check up kebetulan suami pun MC sebab kurang sihat, snow yang sangat lembut tu melayang-layang turun. Ya Allah... terujanya. Saya terus nak tulis kat wall FB. Suami saya cakap nanti le tunggu snow betul2 turun baru tulis.  Nanti macam jakun dayak je. Alah tak kira... jakun dayak pun, jakun dayak le... Memang saya jakun... ;p. So hari tu snow yang weather channel kat sini tulis flurries tu dua kali turun. Subhanallah... cantiknya... Saya cakap kat suami saya kesian dayak yang dapat nama... yang jakunnya si jawa... hehehe..

Antara projek yang sepatutnya saya sedang buat sekarang ialah mengait. Saya sedang mengait selimut sempena nak winter ni. Semangat tau masa tu... Masa tu la.... Projek tu baru siap 1/4. Tak tau la bila nak sambung..;p. Insyaallah saya cuba dapatkan mood tu semula perlahan-lahan... Sebab nak kata saya dah 100% sihat dan hilang mabuk tak juga. Ada hari-harinya saya sangat pening dan muntah-muntah sepanjang hari. Bila sihat sikit saya ambik kesempatan betul-betul buat kerja rumah. Sedih tengok suami, anak, rumah dan kawan-kawan kat sini terabai bila saya sakit.

OK lah kawan-kawan.... harap masih ada yang sudi menjenguk blog saya dan tahun baru ni tidak melunturkan ukhuwah kita. Salam tahun baru dari saya di DC. Semoga kita semua dalam lindungan-Nya. Amin...