Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Sunday, January 22, 2012

"Snow Tubing" di Liberty Mountain

Yeay!!!!!!

Akhirnya dapat main salji.....

Syukur.... Alhamdulillah... Tak pernah terfikir seumur hidup ni akan berpeluang main salji, apatah lagi golek-golek atas salji. Dulu masa kecik-kecik ada la jugak berangan nak main salji. Biasala kan masa kecik-kecik... Nak jumpa santa claus lah... nak masuk candy house la... nak berenang kat sungai coklatlah nak pakai baju cinderella lah... hahaha dan macam-macam lagi.... (Saya je ke macam tu???) Sampai peringkat remaja pulak berangan bila dah kerja nak penuhkan peti ais dengan coklat... kek...strawberry.... Nak melancong ke seluruh dunia dll (hua hua hua.. kuat berangan aku ni rupanya...)

Tapi...

Hakikatnya bila dah bekerja barulah tahu jerihnya mengumpul duit. Setiap kali inginkan sesuatu kena kumpul dulu duit. Al maklumlah... saya bukan dilahirkan dalam keluarga yang berada, serba serbi senang dapat. Tapi saya juga bukanlah dalam kategori keluarga susah. Orang putih kata... "just nice" hehehe... Bila dah pegang duit sendiri, barulah tau sayang duit. Peti ais saya tak pernah penuh pun dengan kek, coklat dan sebagainya. Kalau ikutkan kek tu beli sepotong, makan makan makan habis.... coklat pun sama beli sebungkus... makan depan TV kekadang tak sempat sampai rumah dalam kereta dah habis... lepas tu ikut la bila tekak teringin baru cari lagi.... kadang-kadang sebulan... kadang-kadang dua bulan... kadang-kadang setahun baru teringin nak makan balik. Hohoho... jauh dah melalut ni... seronok mengenang zaman dulu-dulu.


Nak cerita pulak pasal semalam saya pergi ke Liberty mountain bersama keluarga dan rakan-rakan dari Embassy. Saya tak perasan berapa family yang turut serta. Rasanya dalam tujuh atau lapan family. Seronok berkumpul ramai-ramai sambil berkonvoi ke tempat tersebut. Kami berkumpul di kawasan kediaman saya dan memulakan perjalanan lebih kurang jam 10 pagi. Kebetulan pagi ni kawasan kami bersalji sejak malam tadi. Saya tak tunggulah salji yang ni turun sebab turun tengah malam. Tau-tau esok lepas subuh seluruh kawasan dah memutih... Subhanallah... Cantiknya.... Sebelum keluar rumah sempat tinggalkan roti dan kurma keras untuk cik tupai.


Pertama kali melihat kawasan sekitar tempat tinggal saya diliputi salji. Sebelum ni ada jugak tapi tak setebal ni. Nampak berbeza... Cantik... Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang memutih saujana mata memandang. Padang-padang ragut yang sebelum ni hijau, semua dah jadi putih.kawasan yang sudah hari-hari lalu seolah-olah jadi tempat baru. Suami saya menjadi ketua konvoi dengan memandu paling depan sekali. Malangnya, mungkin disebabkan suami saya memandu agak laju ada ahli konvoi yang terpisah. Walau bagaimanapun kami dapat bersama-sama semula dan tiba di destinasi yang dituju dengan selamat.


Sampai saja kat tempat tu saya mengalami masalah kasut yang saya pakai tak sesuai. Baru jejakkan kaki ke jalan dah tau jalan tu sangat licin. Saya langsung tak berani nak turun kereta. Apatah lagi saya tengah pregnant sekarang. Saya cuma terfikir tentang kasut ni sehari sebelum pergi. Kebetulan hari tu suami meeting sampai malam, jadi memang tak berkesempatan nak pergi beli. Sebelum-sebelum ni memang ada rancangan nak beli jugak, tapi disebabkan kawasan saya tak bersalji jadi taklah rasa desperate sangat nak membeli tu. Jadinya.... menadah telinga jugaklah kena bebel dengan cik hubby.... Tak mahu menghampakan saya, suami saya pun bawa saya pergi cari kasut yang sesuai kat area tu. Jumpalah Wallmart dapatlah sepasang but dan baju sejuk buat main salji. Hehehe... terima kasih bang... Muaaahhhh.. 

Sampai semula kat tempat berkumpul kami terus makan tengah hari. (Sebelum tu sebenarnya kat rumah saya sempat makan masak lemak cili api ikan keli semalam masa cik hubby pergi isi minyak... makan sorang-sorang... sebab saya tau kalau saya lapar nanti saya mabuk teruk. Jadi, fikirkan diri sendiri dulu...huhuhu) Lepas tu diaorang semua kumpulkan borang pendaftaran untuk main tiub tu. Main dalam kumpulan le kiranya ni. Mula main jam dua petang sampai empat petang. Saya? Saya tak mainlah..... mana bole.... silap-silap keguguran pulak nanti kalau gatal jugak nak main..... tapi kalau saya memang tak pregnantlah... memang saya dah tergedik-gedik jugak tu nak main. So saya jadi tukang ambik gambar jer lah. 

Ingatkan nak rakam gambar hubby dan anak masa diorang tengah meluncur, cheh! Tak nampak hapa pun. Sayup-sayup je. Laju pulak tu. Berpusing-pusing lagi. Saya pun dah tak kenal mana suami dan anak saya. Jadi ambik gambar masa diorang dah patah balik je lah. Masa ni diorang kena tarik tiub masing-masing untuk ke puncak semula sebelum meluncur turun. Seronoknya tengok diorang. Emm... Tapi rata-rata ramai yang main sejam aje. Bukan apa, penat mendaki nak naik ke atas tu. Selain tu, ada yang gilir-gilir suami dengan isteri, mak dengan anak. (Hehehe... taktik bayar untuk sorang main untuk  dua orang... jimat sikitkan.... yang ada baby pun kenalah gilir-gilir jaga baby...)

Dah puas main "snow tubing" kami beramai-ramai naik bas ke kaki gunung pulak. Percuma je tau! Kat sini kami tengok orang main ski. Lepas ambik-ambik gambar dalam sejam kami pun naik bas semula balik ke lokasi asal dan pulang ke rumah masing-masing.

Masa entry ni ditulis, ada tukang urut datang ke rumah. Kesian kat suami saya, kaki dia terhantuk ais masa meluncur. Dah terhencut-hencut jalan. Harap-harap kaki dia cepat sembuhlah hendaknya. Jangan nangis ye masa kena urut.... ala la la....

Jomlah tengok gambar pulak. Oppss sebelum tu, buat kawan-kawan yang berbangsa Cina : Chan Mee Yeang dan keluarga, Mr. Low dan isteri dan sapa-sapa jua yang baca entry ni Selamat Meraikan Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai.....(Kita kat sini pun cuti jugak tau... orang Malaysia je la... sekolah tak cuti..)










2 comments:

ibh_sue said...

Wahhh. . Syokknya dapat main salji kan. Cantik betul pemandangan.

...aida... said...

Memang syok sue... Macam nak baring lama-lama sambil tengok langit kat atas salji tu. Tapi segan kat member-member pulak... hihihi ;p