Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Friday, January 27, 2012

Produk Buatan Malaysia mana???

Ni lah gambar ahli-ahli Perwakilan di WDC.



Perwakilan tu apa?

Perwakilan tu persatuan khas untuk isteri-isteri diplomat yang bertugas di satu-satu tempat.


Macam-macam aktivit yang diorang buat.

Banyak jugak yang saya miss tahun lepas sebab kesihatan saya tak berapa baik.

Semalam pun kami baru berkumpul. Aktiviti : Buat potluck nasi ambang, tengok cerita ombak rindu dan berkaraoke... hehehe... best kan!

Ni antara aktiviti santai la. Kalau yang aktiviti rasmi tu banyak jugak.

Selalunya kami diberi tender memasak. Ye la bukan senang nak cari makanan Malaysia kat sini kan. So kenalah kami yang masak atas permintaan majlis-majlis tertentu.

Masakan diorang memang sedap-sedap. Semuanya terer memasak.

Bahan-bahan masakan senang nak dapat kat kawasan kami ni sebab ada Asian Market. Kalau kawan-kawan yang datang dari bahagian lain mesti bershopping bekalan makanan dari sini.

Budu, cencaluk, daun pisang, belimbing besi, asam jawa, durian, cakap je nak apa semua ada. Yang saya tak jumpa bunga kantan je. Diorang kata bunga kantan kena cari kat kedai bunga.... (pulak dah...)

Walaupun semuanya ada tapi sayangnya bukan produk Malaysia. Yang banyak produk dari Thailand, Indonesia dan Vietnam. 

Kalau saya jumpa produk Malaysia saya mesti beli. Yang saya pernah jumpa biskut Hup Seng, Soya Yeos, Milo.... tu je kot. Sedih sangat. produk kita masih tak mampu menembusi pasaran kat sini. Saya tak rasa pun produk negara jiran kita ni hebat-hebat sangat. Tapi produk tempatan diorang bole sampai ke sini. Produk kita???

2 comments:

Nur said...

Baru tahu ni yang produk kita tak banyak pun di US. Sebab bila tengok rencana ke, agrojurnal ke, macam dah diwar-warkan produk ni, dah tembusi pasaran sana la, tapi takde yek.

...aida... said...

Betul tu Yati. Masa kat Malaysia kita rasa produk kita lebih hebat daripada negara jiran. Negara jiran kita fokus kat produk tradisional je kebanyakannya. Laris sungguh kat sini.