Setiap hari dapat kejutan.
Cuaca sejuk di sini menyebabkan hampir semua benda yang disentuh mengalirkan cas elektrik.
Saya jadi takut nak pegang apa-apa sahaja barang yang berunsurkan besi. Termasuklah tombol pintu.
Waima baju daripada kain wool pun mengalirkan elektrik bila dikeluarkan daripada mesin pengering.
Paling menakutkan saya, pintu kereta. Walaupun dah pakai sarung tangan saya tetap kena kejutan elektrik. Jadi saya mintak bantuan anak saya bukakan pintu kereta setiap kali saya nak masuk kereta. Kalau dia tak ada saya akan siap-siap bawa kain tebal untuk pegang pintu kereta tu.
Paling ketara bila kami pulang daripada berjalan-jalan dengan menaiki kereta. Bunyi cas-cas elektrik tu boleh didengari pada kereta dan baju kami. Yang lawaknya bila suami saya cuba sentuh saya pun kami kena kejutan elektrik. Sakit tau.... Walaupun kejutan tu cuma sesaat tapi tetap sakit!
Yang peliknya, anak saya relax je. Dia tak ada lah pulak mengadu kena kejutan elektrik. Suami saya pun sama, taklah seteruk saya.... Kata suami saya mungkin sebab badan saya kurang air. Betul ke?
Nampaknya cuaca sejuk ni memang kurang sesuai untuk saya...
Esok kami akan ke Liberty Mountain kononnya nak main snow tubing.
Hehehe rasanya saya tukang tengok je kot. Tak tahan sejuk........
2 comments:
kaka, lawaklaa... dan ini bukan pelik tapi benar.. tp perlu tukar kpd lucu tapi benar hiihii
'wpn sentuh sesaat tp sakit' :) pasal sentuh kereta tu sy pn slalu kena tp waktu nak tutup pintu kereta.. sakit sangattttt bak kata kaka wpn sentuh sesaat memg sakit :P
:) bestnya main snow.. kaka hati2 takut jatuh.. patut jadi photographer jela..
take care & enjoy..
p.s ok custom album da siap..
Memang sakittt..... trauma makcik tau....
Post a Comment