Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Tuesday, January 31, 2012

Perjalanan ke Morgantown yang mengasyikkan

Jalan-jalan lagi! Kali ni ke Morgantown. Antara tempat yang terkenal dengan perlombongan arang batu.

Bandar yang kecil tapi mempunyai sebuah universiti ternama, West Virginia Universiti. Ramai penuntut Malaysia di sini. Malah dikatakan pernah mencecah lebih seratus pelajar dari Malaysia. Jumlah terkini ada dalam 40 orang.

Sebelum bertolak saya buat bekalan serba sedikit. Nasi goreng dengan ayam goreng dan telur rebus. Buat masa ni tekak saya belum berapa nak terima makanan barat ni. Ye lah... paling-paling tak pun yang boleh dibeli sepanjang perjalanan tu nanti cuma cheese pizza atau mushroom pizza. Fish n chip, ataupun shrimp . Yang lain, of coz la tak halal. Tak bole masuk la bau-bau cheese ni... Tapi kalau cheesecake ok. Yang tu saya suka makan.;)

Kak Siti pulak bawa sambal sotong, nasi putih, karipap dan pisang goreng. Nyummy jugak tu... Dalam perjalanan kami singgah kat sebuah pekan kecil untuk bersarapan. Sambil makan-makan kami duduk di gazebo yang di bina berhampiran sungai menikmati pemandangan kat situ. Agak terbantut jugak selera saya sebab saya kesejukan. Nak bukak sarung tangan pun bercinta. Sejuk sangat. Walaupun matahari memancar dengan terik tapi suasana tetap sejuk. Jadi saya makan cepat-cepat lepas tu saya duduk dalam kereta. Yang lain sibuk bergambar kat kawasan tu. Saya pulak sekeping gambar pun takde. Kalau ada pun gambar pada kamera orang lain masa aktiviti makan-makan.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Morgantown. Ada sesetengah kawasan yang bersalji dan ada yang tidak. Kiranya taburan salji tak merata lah. Dan ada masa-masa tertentu snow tipis turun mengiringi perjalanan kami. Sampai di Morgantown kami terus ke rumah salah seorang student. Anak kak Siti salah seorang student kat sini. Setelah turunkan beberapa barang keperluan anak kak Siti kami terus check-in di Hampton Hotel. 

Lepas solat dan makan tengah hari kami ke Gabriel. Kawan-kawan kata kalau ke Morgantown tak pergi ke tempat ni rugi. Apa yang ada kat Gabriel?  Rupanya Gabriel ni pasaraya besar tapi menawarkan harga gila-gila murah. Bayangkan kita bole beli t-shirt dengan harga $1. Saya dapat teko Corelle dengan harga $5. Jaket kulit berjenama dengan harga tak lebih $30. Suami saya kata saya bole ambil apa sahaja... Wah... peluang hebat ni. Tapi masa terhad sebab dalam pukul lima kami terpaksa berpatah balik ke WVU untuk satu majlis pertemuan dengan student kat sana. Penuh je troli suami call suruh ke kaunter pembayaran. (Kami jalan asing-asing) Wow! Troli dia pun penuh. Masa bayar, saya teka harga keseluruhan barang dalam $300. Tapi rupanya cuma $170. Memang Mengejutkan.Sangat berbaloi untuk barang-barang yang kami borong. Disebabkan itu juga... maka selepas pertemuan dengan pelajar malam tu kami sekali lagi ke Gabriel... hehehe....

Esoknya selepas bersarapan di rumah student kami meneruskan perjalanan ke Lancaster. Kat sini terkenal dengan outlet-outlet membeli-belah. Hajat di hati nak beli corelle dan nouritake. Tapi malangnya bila kami sampai kat tempat tu semua outlet tu dah tutup. 

Kami tiba lebih kurang jam 6 petang. Tempat tu dibuka hanya sampai 5 petang je. Tak ada rezekilah nampaknya kali ni. Sempat jugak tengok harga Corelle dari luar kedai. Mahal! Berbanding harga yang saya beli tahun lepas harganya sudah naik 100%. Betul! Set pinggan yang empat segi tu dah naik harga. Menyesal tak beli banyak-banyak tahun lepas. Kalau kat sini dah naik harga macam tu sampai kat Malaysia lagi lah mahal kan.

Di Lancaster pun kami tak bergambar sebab masa tiba tu dah gelap. Kat sini pukul 5 petang dah gelap. Bulan Disember lepas, Maghrib pukul 4.30. Kedai-kedai pun dah tutup. Jadi kami terus bertolak balik ke Washington semula... Jom layan gambar-gambar sepanjang saya berada di Morgantown.



Sebahagian student WVU

Masakan hasil air tangan student WVU yang sedap-sedap belaka.





Tempat kami bershopping.

Ni baru barang kami. Tak masuk barang kak Siti lagi. Memang penuh kereta...

Bersarapan pagi di rumah salah seorang student yang bermurah hati menjemput kami bersarapan di rumahnya.




No comments: