Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Friday, October 14, 2011

My Cup Cake :)

Duduk kat DC ni dapat dapur yang serba lengkap kalau tak ditry test gunakan apahal pulak kan...

Jadinya... jadilah cup cake ni.

Walaupun belum ada mixer, ku godeh je pakai tangan.

Banyak kali jugaklah pause sebab tangan lenguh....

Sebelum ni ada try buat pai.

Pai tu cantik sangaat jadinya... tapi bila makan... alamak.. masin...

Butter yang digunakan tu dah masin ku bubuh garam lagi.

Lepas tu ramai la pulak tetamu yang berkunjung hari tu...

Hehehe hidangkan je la pai masin tu...

Lepas ni dah tau nak agak insyaallah pai ku tak masin lagi ;p.

 Satu yang hilang tu Iyddin dah ambik. Tak sempat nak halang... huhuhu


Friday, August 26, 2011

Gempa di WDC

Hari tu 23 Ogos jam 1 lebih dekat-dekat pukul dua masa saya sedang menggosok pakaian tiba-tiba rasa rumah bergoyang-goyang.

Saya terus jerit nama anak. Ingatkan dia tengah main lompat-lompat. Sebab tu rumah bergegar.

Bila anak saya jawab dia tak buat apa-apa saya pun pelik le.

Kenapa pulak rumah ni bergoyang semacam. Tapi bila tengok almari dah mula tumbang saya pun capai tudung dan terus berlari ke bawah. Saya tarik anak saya keluar rumah.

Sempat juga saya telefon suami. Rupanya di Embassy pun bergegar.

Memang agak terkejut tapi tak lah sampai menjerit. Mungkin lebih kepada keadaan terpinga-pinga.

Kat luar rumah tengok jiran-jiran dah ramai juga yang keluar.

Sempat tanya sorang jiran tu, biasa ke berlaku gegaran macam ni.

Dia kata tak pernah. Jadi bila tengok laporan berita selepas tu baru la tau kejadia yang berlaku tu gempa bumi berskala 5.9 richter.

Kali terakhir WDC mengalami gempa tahun 1897 masa tu 5.8 skala richter. Jadi yang kali ni sejarah jugalah utk WDC.

Ni lah keadaan rumah saya selepas gempa... banyak perabut tumbang dan retak di sana sini.

Mula-mula pengalaman ni agak menakutkan. Tapi sekarang dah jadi kenangan manis pulak.

Alhamdulillah saya berpeluang merasai gempa. Cuma doa saya janganlah lagi berlaku selepas ni... Takut rumah runtuh terus pulak.. huhuhu






Mengurat Si Tupai...

Wah.. wah... wah...

Dua tiga menjak kurang kerja ni... Mencari le hobi baru..

Antara yang paling syok dibuat sekarang ni ialah mengurat tupai.

Banyak tupai kat kawasan rumah ni.

Jadi letakkan buah-buahan... lepas tu baring.... dann.... tunggguuuuu....

Bestkan...

Comel-comel tupai kat sini. Rasa macam nak peluk je.. tapi tak le jinak...

Ok nak tunggu tupai ni. Selalunya sambil tunggu terus tertidur hua hua hua... TERUK!!!!






Friday, August 12, 2011

Saya kini seorang pengurus...

Dah hampir sebulan meninggalkan kerjaya guru. Dan hampir 2 minggu meninggalkan tanah air.

Tak payah pening-pening dah nak fikir pasal post-mortem, SAP, TOV, Pelan Strategik, NCR, Kajian Tindakan dan segala bagai ... (Pikir hutang piutang yang ditinggalkan aje.. hihihi)

Kerjaya baru saya sekarang pengurus. Pengurus rumah tangga sepenuh masa. (yang sepenuh masa tu tak le selama-lamanya..)

Sebenarnya masih belum terasa lagi tinggal di negara orang ni. Rasa macam pergi jalan-jalan kat area KL je lagi.

Kehadiran saya ke Washington DC semasa semua umat Islam di sini menyambut  1 Ramadhan.

Saya bertolak dari Malaysia 1 Ramadhan, dan saya tiba di sini 1 Ramadhan. Yang menariknya saya sempat berpuasa 2 hari dalam perjalanan. Pelik kan! Walaupun orang bermusafir tak diwajibkan berpuasa tapi rasanya daripada saya duduk dan tidur saja dalam flight tu baik saya puasa....

Puasa pertama saya bertolak dari Malaysia jam 3.15 petang dan berbuka puasa dalam flight di Taipei jam 7.05.

Setelah transit di Taipei lebih kurang sejam setengah kami meneruskan penerbangan selama 12 jam ke Los Angeles. Rasanya baru dua atau tiga jam dalam penerbangan sudah masuk waktu imsak. Jadi saya berpuasa lagi untuk hari kedua di dalam flight selepas dinner.

Tiba di LA jam 6.00 pm. Pramugari sempat memberikan bekalan air dan kurma coklat untuk berbuka puasa. Kebetulan saya memang ada membawa bekalan roti dari Malaysia jadi saya berbuka puasa sekali lagi semasa di LA pada jam 7.25pm. Masa tu tengah beratur nak check-in untuk ke WDC.

Di LA transit lebih kurang 5 jam sebelum kami meneruskan penerbangan ke WDC. Masa ni saya dah tak puasa lagi. Saya mengalami masalah kekeliruan masa... hihihi.... Mmg keliru pun... sebab saya sampai di Washington pada 1 Ramadhan. (Kalau ikutkan saya dah berpuasa hampir 3 hari.)

Nampaknya tahun ni kali pertama saya beraya di tempat orang. Memang agak teruja. Selalunya kalau raya saya tukang makan je. Mak yang masak. Kali ni saya kena masak sendiri... Cabaran kepada diri sendiri ni .....

Tiba-tiba je bila duduk sini saya jadi rajin membelek-belek resepi di internet. Kalau tak memang tak pernah bukak pun. Kat sini bukan ada pasar ramadhan nak cari makanan. Terpaksalah masak sendiri hari-hari.

Ditambah lagi cabaran tu ialah apabila rumah saya ni menjadi tumpuan student bermalam pada hujung minggu atau pada bila-bila masa. Terpaksalah makcik yang tak pandai masak ni memandai-mandaikan diri memasak. Setakat ni Alhamdulillah... menjadi lah jugak.... hehehe. Tahniah kepada diriku sendiri ;p. Cheh! angkat bakul sendiri la pulak! Perasan tak hengat...

OK lah cukuplah setakat ni dulu... walaupun agak terlambat saya nak ucapkan selamat berpuasa dan bertarawikh kepada semua rakan-rakan yang membaca blog saya ni ye. Buat masa ni belum sempat nak buat apa-apa benda yang kreatif. Saya masih mengalami jet leg lagi... hahaha... (alasan palsu....) tipu sunat ;P.  Sekian...


Saturday, July 16, 2011

Berita Terkini : Kiriman Giveaway.

Hari tu saya bagi tau nak post hadiah hari Isnin atau Selasa kan...

Harinya masih sama cuma ditunda ke minggu ini.

Mulai minggu depan ni saya dah tak bekerja lagi.

Cuti tanpa gaji...

Mungkin setahun.... mungkin dua tahun......

Berbalik kepada kiriman giveaway tu, buat masa ni saya tak dapat alamat zaza lagi.

Kalau boleh diharap dapatlah Zaza menghubungi e-mail saya ye. (ASAP)

Begitu juga dengan pengirim-pengirim yang lain...

Saya ada masa 2 minggu sahaja lagi...

Ok... semua... Bye...

Wednesday, July 6, 2011

Salam Ceria!!!!

Maafkan saya...

Maafkan saya....

Mengambil masa terlalu lama,


Untuk menyampaikan berita gembira,

Hati yang berduka gundah gulana,

Kini diharap ceria semula.

Diriku tiba-tiba terbanyak kerja,

Perlu diselesaikan segera juga,

Wifi juga tak bagi kerjasama,

Asyik nak 'connection problem' bila nak guna,

Terpaksalah kucuri masa di tempat kerja,

Harap-harap bos tak perasan hendaknya,

Ingin kusampaikan perutusan segera,

Kepada yang bertuah tubuh badannya

Siapakah agaknya gerangan orangnya,

Ku potong-potong nama nama ku cabut jua,

Nak guna komputer pilih nama takde kemahiran pula,

Terpaksalah buat manual sahaja.

Ingatkan nak ambil gambar tertinggallah pulak kamera,

Penat je buat kertas undi cantik-cantik belaka

Nampaknya nama sudah pun menjelma,

Di bawah inilah keputusannya,

Kepada yang berjaya tahniah lah ye,

Kepada yang lain jangan gundah gulana,

Kerana ada cenderahati juga.....






PEMENANG PERTAMA :

Art Tea



PEMENANG KEDUA  :

Zaza




PEMENANG KETIGA :
Zullen



Tahniah sekali lagi daripada saya...

Insyaallah kesemua hadiah dan cenderamata saya akan pos pada Isnin atau Selasa depan ye.

Terima kasih kerana sudi mengambil bahagian dalam GIVEAWAY saya...

Saturday, June 25, 2011

Terima Kasih....

Syukur... usia saya mencecah 35 tahun.

Syukur juga kerana banyak perkara baik yang berlaku dalam hidup saya pada tahun ini.

Alhamdulillah... syukur kepada-Mu ya Allah...

Semoga diriku lebih dekat dengan-Mu.

Buat suamiku... terima kasih atas sokongan dan doa darimu...

Terima kasih juga atas kasih sayang dan kepercayaanmu...

Buat anakku... semoga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan kami. Amin...

OK... CERITA TENTANG SAYA NAK BAGI HADIAH!!! 

Terima kasih atas ucapan selamat hari jadi daripada rakan-rakan yang menyertai Giveaway ni.

Hadiahnya saya dah beli...

Tengah hari tadi saya ke kedai buku POPULAR di Kluang Mall. 

Jadi saya terjumpa tiga buah buku yang menarik iaitu SIMPLY KNITS FOR KIDS, SIMPLY AMIGURUMI dan SIMPLY MINI QUILT. Harga setiap buku ni RM37.95. (Berbaloi kan!) Suka tak?




Ha... ketiga-tiga buah buku ni akan diposkan kepada tiga orang yang bertuah untuk menerimanya. (Opppssss.... nama belum sempat diundi lagi... sabar ye... sebab..... ada KEJUTAN!!!!)

Kejutannya ialah saya nak bagi semua yang wish birthday saya cenderahati...
(Cenderahati tu masih dalam proses pembuatan.... ) Nanti dah siap saya akan paparkan dalam entry seterusnya...
Sabar ye...  (eeiii... bukan... bukan pin cushion lagi.... yang ni lain pulak....  tunggu jelah ye... on the way nak siapkan ni..... hihihi...)
Jadi kepada rakan-rakan yang wish saya tu sila e-mailkan nama, alamat dan no. tel ...ke....(izz_dydin@yahoo.com)

MMMMuuuuuuaaaaaahhhhhhh....... terima kasih semua..... LOVE U ALL.....

Tuesday, June 21, 2011

Saya Nak Bagi Hadiah!!!!!

24 Jun ni besday saya...

Tinggal 3 hari je lagi....

Sempena besday saya ni, saya teruja nak bagi hadiah...(Tapi tak cari hadiah lagi)

Rasanya macam nak bagi buku tentang kraf @ jahitan @ sulaman @ yang seangkatan dengannya...

Kalau ada yang berminat nak dapatkan buku kraf percuma dari saya, cara-caranya...

1) Berikan ucapan selamat hari jadi kepada saya le... kat ruangan 'comment'

2) Menjadi Follower saya


Tu je......

Tarikh akhir : 24 Jun 2011 (Jam 23:59)

(3 Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah dan akan diumumkan dalam entry seterusnya....)

Thursday, June 16, 2011

Terkandas 5 Hari di Jedah

Alhamdulillah...

Akhirnya semalam 15 Jun saya sekeluarga dan rakan-rakan jemaah umrah dari  YADH Travel selamat kembali ke tanah air setelah lewat 5 hari dari tarikh penerbangan asal.

Jadual asal yang sepatutnya mengambil masa hanya 11 hari berlanjutan sehingga 16 hari.

Marah???  Taklah.... Bagi saya ini rezeki terpijak... sepanjang 5 hari tersebut semua perbelanjaan penginapan di hotel dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh pihak agensi.

Sebenarnya kumpulan kami terdiri daripada 2 kumpulan.

Saya dan keluarga saya kumpulan kedua. Sepatutnya kami berlepas pulang ke tanah air pada 10 Jun yang lalu. (Kedua-dua kumpulan) Tetapi yang lepas balik hanya kumpulan pertama dan 8 orang daripada kumpulan kedua. Penerbangan kumpulan kami dianjakkan satu hari iaitu 11 Jun.

Sebenarnya ada cerita di sebalik kejadian ni... semasa di perkarangan Masjid Nabawi pada 9 Jun tu saya dan mak saya bersembang-sembang la... masa tu kami nak menuju ke bahagian wanita untuk solat Maghrib. Saya cakap pada mak saya... kalau dilanjutkan satu hari lagi kan seronok ye..... tak puas lagi tinggal di Madinah. Baru dua kali dapat solat di Raudhah. (Masa tu kami baru sehari setengah di Madinah)

Selesai solat Maghrib dan Isyak kami pun balik ke hotel untuk makan malam. Tiba-tiba ada taklimat tergempar. Beritanya ialah kumpulan saya dilewatkan sehari balik dari Madinah. Hanya kumpulan 1 dan 8 orang dari kumpulan 2 sahaja yang akan balik esok.

Ya Allah.... tersengeh-sengeh saya dengar pengumuman tu.... Mak saya kata... ha... tu la.. masin mulut saya tu..

Lusanya kami pun bergerak keluar dari Madinah menuju ke airport. Sebelum tu masa letakkan barang di dalam bas kak zihan tegur saya... (Tak ingatla apa dia cakap) Tapi jawapan saya masa tu sekali lagi saya terlepas cakap tak mau balik. Ingatkan tak ada apa-apa yang terjadi. Bila sampai di airport baru tau group kami tak dapat tiket. Jadi kami di tempatkan di Hotel di Jedah. Bukan sehari... Tapi... 5 hari... huhuhu...

Last-lastnya saya buat solat taubat... Nak balik...Rindu dah kat Momot kucing kesayangan saya tu... Apalah cerita dia dengan anak-anak dia... Alhamdulillah... perjalanan balik sangat lancar... syukur....

Nanti nak buat entry panjang... sekarang masa tak sesuai... kesihatan pun tak berapa ok. Batuk!



Friday, May 27, 2011

^_^ Alhamdulillah lagi....

Penutup semester persekolahan pada hari ini diiringi dengan hujan gerimis sepanjang hari. Gerimis debu...

Saya panggil gerimis debu sebab gerimisnya sangat halus....

Cuaca pun suram sepanjang hari....

Hari ini pelajar-pelajar saya juga menduduki kertas terakhir peperiksaan pertengahan tahun.

Maknanya cuti ni guru-guru akan bercuti dengan kertas ujian pelajar... @_@

Masa waktu rehat pelajar menengah rendah seorang pelajar dari kelas 1KAA1 (Fatin) datang bertemu saya.

Sambil tersenyum manis Fatin menghulurkan kepada saya brooch mutiara dari Sabah...

Katanya khas untuk saya...

TERIMA KASIH FATIN ATIKAH...

Monday, May 23, 2011

^_^ ....... Alhamdulillah....

Pagi ini telah diadakan acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah untuk guru-guru sempena Hari Guru yang lalu.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ni, kali ni saya langsung tidak berkesempatan mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab KEBIRU. Memang kebetulan masa tu saya sibuk sangat dan ada komitmen besar lain yang saya perlu uruskan.

Jadi saya hanya sempat join aktiviti yang dianjurkan oleh pengawas pada masa hari guru 16 Mei tu saje. Tu pun dapatlah hadiah untuk satu acara... BOWLING KELAPA... hahaha...

Tapi pagi ni saya sangat gembira sebab dapat cabutan bertuah hadiah yang sangat menarik...

Set barang kemas rantai, gelang dan anting-anting mutiara...

Terima kasih kepada yang mensponsor hadiah ni ye...



Sunday, May 8, 2011

Salam Buat yang bergelar Ibu...

Buat semua pembaca blog ini yang bergelar ibu atau bakal bergelar ibu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu. Semoga kita menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita.
  

Dan yang paling penting sekali........................
Selamat Hari Ibu... 
Buat ibuku Hjh.Norliah binti Hj. Asmawi
Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah dan insan di dunia ini. 

 

Saturday, April 9, 2011

Bunga Ros Sulam Reben

Walaupun kesibukan yang tak terkawal dalam bulan April ni, tapi bila e-book sulaman reben yang saya tempah daripada Kak Suzanna sampai saya tak boleh nak tahan....

Tengah-tengah malam buta buat bunga reben... huhuhu....

Tak kira nak buat jugak!!!!

Inilah hasilnya... 

Daunnya tak tau lagi bila nak buat. Yang penting dah cuba buat bunga tu dulu...

Walaupun tak berapa menjadi tapi perasaan jadi lega sikit... hehehe...

Tone warna bunga tengah tu tak berapa kena sebenarnya. Lipatannya pun tak berapa kemas.

Apa taknya... melawan ngantuk...

Ceh! Salahkan ngantuk pulak... ;p

Sebenarnya tangan ni yang memang keras... huhuhu

Tengoklah ye bunga kat bawah ni buat cuci mata...




KURSUS PEMANTAPAN P&P SEJARAH BAGI GURU BUKAN OPSYEN

Kursus lagi....

Sudah tiga Sabtu berturut-turut bekerja.

Semalam hari Jumaat ambil cuti rehat uruskan hal peribadi yang 'urgent' (serupa tak cuti jugak)

Alhamdulillah semuanya setakat ni berjalan lancar.

Harap-harap tidak ada sebarang halangan besar lagi selepas ni.

Hari ini kursus Pemantapan P&P Sejarah bagi guru bukan opsyen. (Saya la tu...) sekaligus saya juga menjadi urusetia bahagian pendaftaran.

Macam-macam input yang dapat dipelajari daripada kursus kali ni.

Walaupun banyak bahagian saya paling tertarik dengan maklumat laman web yang boleh digunakan untuk carian maklumat tentang mata pelajaran sejarah. http://www.eduwebtv.com

Lepas ni insyaallah saya akan gunakan sepenuhnya laman web ni untuk mencari bahan-bahan P&P.

Bukan sejarah aje tau... macam-macam subjek ada.....

Kehadiran peserta kali ni memang agak ramai. Jadi bilik yang digunakan agak sesak.

Jom layan gambar......

Kak Gee n me...


Faizal... tahniah, nampak kurus sikit la.... hehehe..


Bersama cikgu Sabariah, cikgu Izzuddin dan Cikgu Aminudin

Penuh gaya dan perasaan... SEMANGAT! SEMANGAT!  Ye cikgu...



Terima kasihlah bagi saya kerepek ni...

Wednesday, April 6, 2011

KURSUS PENGHAYATAN BAHAN SASTERA DALAM P&P BM SEK MEN

Sekali lagi PPD Kluang dengan kerjasama pensyarah dari IPGTHO, telah mengadakan kursus Penghayatan Bahan Sastera bermula 5 - 7 April bertempat di SMK Seri Lalang. Kali ini kursus ini disertai oleh guru-guru Bahasa Melayu bukan opsyen. Sebanyak 25 orang guru dari seluruh daerah Kluang mengikuti kursus kali ini.

Cabaran kali ini peserta kursus dikehendaki melagukan puisi tradisional mengikut rentak asli. Tidak menggunakan lagu-lagu moden sebagaimana kaedah MESTAMU (kecuali sajak). 

Tugas saya kali ni sebagai pembantu sahaja kepada pensyarah-pensyarah yang didatangkan khas dari Maktab Perguruan Tun Hussien Onn. Walaupun sebagai pembantu namun saya mengambil kesempatan juga menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang Sastera. Memang banyak maklumat baru yang saya peroleh.

Seronok melihat gelagat guru-guru yang sangat bersemangat menonjolkan bakat masing-masing dalam penyampaian puisi. Malah ada yang 'sporting' berkompang ketika menyampaikan seloka. Dan semasa semua peserta sibuk berbengkel.... saya pun sibuk le buat blog ni... hehehe... (sekali sekala...)

Tahniah kepada semua peserta kursus. Semoga apa yang dipelajari di sini boleh dibawa balik untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar kita.





Sunday, April 3, 2011

Emm... Apa Nama Pokok Ni Ye?




Walaupun Teknologi Maklumat di hujung jari, namun kadang kala kejahilan diri ini tidak dapat dielakkan... huhuhu.

Rasanya semua orang pernah tengok pokok ni kan?

Bunganya ada warna putih dan ada yang warna pink.

Sedang cantik berbunga sekarang ni.

Bila angin tiup melayang-layang bunganya berguguran.

Bunga-bunga yang gugur tu menjadi seperti hamparan indah di kaki pokok.

Cantik sangat....

Saya cuma dapat ambil gambar pokok yang bunganya berwarna putih...

Itupun kebetulan ada sepokok masa road show di Felda Ayer Hitam.

Memang teruja sangat nak ambil gambar pokok ni yang sedang  lebat berbunga di sepanjang jalan...

Malangnya keadaan selalu tidak mengizinkan..

Pokok apa ni ye namanya?

Kalau ada sesiapa yang tahu tolonglah bagi tau saya ye....

Sharing is caring... hehehe.... : )


YEAY!!!! AKHIRNYA DAH TAHU.... NAMA POKOK NI..


V

V

V

V

V

V

V

TECOMA (Tabebuia Rosea)

 

 

.....

Saturday, April 2, 2011

ROAD SHOW PENDIDIKAN YANG BERJAYA.... TAHNIAH KEPADA SEMUA!!!

3 hari berturut-turut guru-guru SMKSL, PIBG, para pelajar dan semua yang terlibat dengan road show pendidikan bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan untuk memastikan program yang dianjurkan berjalan lancar. Semuanya bersemangat walaupun sangat penat. Pengetua kata dia pun tak pasti sama ada program ini akan berjaya atau sebaliknya. Mungkin ini yang pertama dan yang terakhir.... atau mungkin akan diadakan lagi pada bulan Jun nanti sekiranya mendapat sambutan.

Khemah-khemah telah disponsor oleh beberapa pihak. (Maknanya free la...) Tapi bila percuma jawabnya kena pasang sendiri la... Mengagumkan.... Tak sangka.. ramai yang turun padang membantu memasang khemah. Bukan setakat guru dan pelajar... tapi penduduk Felda juga... ALHAMDULILLAH.. Malah ada juga pihak-pihak yang men'sponsor' makanan dan minuman sepanjang dua hari gotong-royong berjalan dan semasa majlis berlangsung. 

Segala persiapan diuruskan sebaik mungkin dalam budget yang sangat kecil.. Betul.... budgetnya sangat kecil... rasanya kos road show tak sampai RM5 ribu. Sekolah memang tak ada duit... Jadi pakai duit PIBG, YB Machap bagi peruntukan RM2000, pelajar sekolah derma sorang RM2 (yang ni tak wajib... sapa yang sudi...) dan adalah sumbangan2 lain serba sedikit. Ramai yang tak yakin program ini akan berjaya... Ye la... bukan senang nak laksanakan dengan kos yang sangat minimum. Tapi berkat keikhlasan semua pihak... semuanya berjalan lancar.. hinggakan hiasan pentas pun dapat dibeli dengan harga yang sangat murah.. (Tiba-tiba ustazah Sarah terjumpa kedai bunga yang dah nak bangkrap... jadi dia nak habiskan stok bunga dia dgn harga yang sangat-sangat rendah..) Berbundle2 la jugak dapat bunga... hehehe..

Dan hari yang dinanti-nantikan tu akhirnya tiba juga. ... Ramai sangat yang datang... Rasa macam satu event yang sangat besar.... Sampaikan PPD kata.. berdiri bulu roma dia melihat kedatangan orang yang terlalu ramai... Dewan yang pada mulanya nak diisi dengan pelajar.. (Ye la... takut nampak kosong...) Akhirnya dipenuhi dengan orang ramai... pelajar-pelajar terpaksa disuruh keluar. Malah di luar dewan ramai juga yang tekun berdiri sambil mendengar forum pendidikan yang disampaikan oleh panel-panel dalaman dan jemputan. Forum yang sepatutnya berlangsung selama 40 minit bertukar menjadi sejam lebih... tapi audiens tidak berganjak.. malah semakin bertambah... saya nak masuk dewan pun susah.. terpaksa menyelit-nyelit...

Saya bersama pelajar-pelajar saya KELAB TUNAS BISTARI tidak melepaskan peluang berniaga pada hari ini. Boleh tahan lah keuntungan hari ni... Pelajar-pelajar ni pun bersemangat sangat berniaga. Macam-macam yang kami jual. Nasi lemak, mee hoon singapore, dadih, air minuman, kek coklat, donut, dan popcorn. Dalam sibuk-sibuk berniaga ada jugak ahli kelab yang langgar peraturan... adalah 3 orang pelajar ni yang keluar dari kawasan perniagaan dengan menaiki motosikal tanpa lesen. Naik 3 orang pulak tu. Sudahnya kemalangan. Sampai kat gerai nangis-nangis... Yela.. apa tak sakitnya kalau dah terkopak sana sini. Habis hilang kehenseman tu... huhuhu... Tak sampai hati tengok jadi saya bawalah pergi klinik. Kenalah seratus lebih... eii... memang cari penyakit la budak2 ni. Banyaknya cerita.. jom layan gambar pulak..

GERAI TUNAS BISTARI





ACARA PERASMIAN OLEH YB ABD. HAMID ABD RAHMAN
 

ANTARA AKTIVITI YANG YANG DIADAKAN.
 




GERAI-GERAI PAMERAN, JUALAN DAN KONSULTANSI








Ni la dia budak-budak yang cari penyakit ni... huhuhu
Dah cedera pun masih boleh berposing lagi
(sebelum tu nangis.... ;p)