Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Friday, March 30, 2012

Cerita Anak Teruna ku...

Dah lama tak bercerita tentang anak teruna saya seorang ni.

Sebenarnya dia ada blog dia sendiri tapi itupun dah lama tak berupdate.

Anak teruna saya si Iyddin ni baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-9 pada 24 Mac yang lepas.

Dia hensem, bijak, cerdik dan baik hati. Tapi.... selalu menguji kesabaran ibu bapanya...

Tang mana dia suka nak menguji tu? Ha... tang disiplin diri... Dia tahu dia kena buat tapi dia selalu buat-buat lupa atau memang lupa tak tau la...

Contohnya time mandi. Hari-hari nak kena ingatkan dengan ayat klise yang dah muak nak disebut. 
"Iyddin.... pukul berapa sekarang? Apa nak kena buat?" dan begitulah seterusnya dengan hal-hal lain. Jadual sikit punya besar dah terpampang. Tapi ... Hampeh! Jadual tinggal jadual... :(

Semalam Iyddin buat hal lagi. Dia kata nak pergi rumah jiran. Saya dah pesan, balik awal... solat Magrib kat rumah. Tapi seperti yang dijangka sampai habis Maghrib tak balik-balik jugak!

Kali ni saya nekad kunci pintu tak bagi masuk!

Dalam pukul lapan lebih Iyddin balik. Berding dong ding dong la bell pintu tu... saya buat dek je...

Dalam 10 minit dia kat depan rumah tu akhirnya dia balik semula ke rumah jiran.

Jiran saya call beritahu Iyddin nak balik. Saya jawab, takpe... biar dia tidur kat luar!

Dalam pada masa menghukum tu saya banyak memikirkan pro dan kontra hukuman yang saya buat.

Patut ke saya hukum macam tu? Boleh memberi impak ke dalam memberi kesedaran pada Iyddin tentang pentingnya menjaga masa?

Ok... dia mungkin sedar kesilapan dia. Dia tau kenapa mak dia tak bagi masuk rumah.... Tapi...bagaimana pula tanggungjawab saya sebagai mak dia?

Biarkan anak duduk rumah orang. Dengan tak mandinya sejak balik sekolah tadi. Kalau dia ajak berbual kat rumah pun saya selalu malas nak layan (Iyddin ni jenis banyak cerita).Kadang tu buat-buat dengar je..tak tau pun dia cakap tentang apa... huhuhu sian...Iyddin.

Pernah sekali saya cakap terus terang dengan dia,"Dah lah Iyddin,... mama malas la nak dengar..."

Iyddin jawab apa tau... " Mama... kat rumah ni yang ada cuma kita dua orang je tau, habis Iyddin nak cakap dengan siapa?"

So... bagi mengelakkan saya menjadi ibu yang tak bertanggungjawab dalam pukul 9 lebih tu saya call la jiran saya tu. Pesan kat Iyddin suruh dia balik.

Iyddin balik je dia terus naik  ke tingkat atas dan mandi. Sebelum tu dia ada cuba nak tegur saya, tapi saya jual mahal... saya buat dek... aje.

Dalam pukul 10 lebih tu saya pun naik ke atas nak tidur... 

Saya tengok bilik Iyddin terang. Saya ngendap-ngendap eii... tak ada orang.

Bila saya masuk bilik saya oh... rupanya Iyddin tidur kat bilik saya (Dia memang ambik kesempatan tidur dengan saya kalau suami saya outstation)

Ada sesuatu yang membuat saya terharu dan menyebabkan saya menulis entry tentang dia kali ni bila saya tengok atas katil tu....

Kain baju saya sudah siap terlipat... (walaupun tak sempurna) dan Iyddin juga letak sekeping nota...

Melihat dia tidur sambil memeluk spongebob menyedarkan saya yang dia masih anak-anak...

Belum cukup dewasa untuk sematang kita. Tanggungjawab saya untuk sentiasa mengingatkan dia... dan tanggungjawab saya juga untuk menjadikan dia insan yang berguna suatu masa nanti....

Maafkan mama ye Iyddin....


Tuesday, March 27, 2012

Antara Cherry Blossom WDC dan Tecoma di Malaysia

Tahun ini saya sangat bertuah kerana dapat bersama-sama menyaksikan dan mengalami sendiri pengalaman dan suasana sambutan Festival Cherry Blossom di WDC yang ke 100 tahun. (The greatest springtime celebration this year). 

100 tahun yang lalu (pada tahun 1912) Mayor Yukio Ozaki dari Tokyo telah menghadiahkan 3,000 batang pokok Cherry Blossom sebagai tanda persahabatan dengan pihak Washington DC.

Bunga Cherry Blossom ni berkembang tak lama. Rasanya dalam masa 2 minggu sahaja. Lepas tu bunganya dah mula gugur. (Sekarang ni dah mula gugur dah....) Warnanya pun berperingkat-peringkat. Mula-mula putih, kemudian bertukar jadi warna merah jambu lembut sebelum kelopaknya gugur satu persatu ditiup angin...Baunya wangi sangat.

Sebenarnya pokok Cherry Blossom ni mengingatkan saya kepada pokok Tecoma (Tabebuia Rosea) yang terdapat di negara kita. Saya rasa sekarang ni pokok Tecoma pun sedang berbunga. Sebab tahun lepas pokok tecoma di tempat saya berbunga sekitar bulan Mac dan April. Warnanya pun ada dua kan? Putih dan pink. Dari jauh rupanya saling tak tumpah seperti pokok Cherry Blossom. Tapi bila diperhatikan dari dekat bentuk bunganya berbeza. Bunga Tecoma mirip bunga seri pagi (kelopaknya besar-besar) tapi pokok Cherry Blossom kelopaknya kecil-kecil. Sesiapa yang tak tau pokok tecoma ni la gambarnya...


 (pinjam gambar Jue)..


Kalau nak tengok lagi keindahan pokok Tecoma ni saya terserempak dengan blog ni. Bole la cuci mata kat sini... http://jomcolourme.blogspot.com/2009/04/tecoma-trees-in-disguise.html 

Ok, sekarang kita tengok gambar-gambar pokok Cherry Blossom pulak ye... (Kali kedua saya pergi ke tempat ni) Kali ni bersama rakan-rakan dari Embassy Malaysia.












Saturday, March 24, 2012

Maternity Back Belt dan Festival Cherry Blossom

Sebulan dua ni saya memang agak merana sakit pinggul.

Perut takde la besar mana sangat.

Tapi bila dah umur 30-an ni terasa la juga ketidakselesaannya tu bila preggy.

So kelmarin tanya kat doktor cara nak atasi masalah sakit pinggul ni.

Doktor cadangkan saya beli sejenis bengkung ni khas untuk ibu mengandung.

Alhamdulillah.... Memang berkesan. Bila dah try saya terus tak mau bukak.

Hilang terus sakit pinggul dan kaki saya.

Bengkung ni ada macam-macam jenis. Tapi saya ambik yang paling murah dan senang nak dipakai.



Apalagi lepas pakai bengkung terus suami bawak saya pergi tengok Festival Cherry Blossom kat DC. Kalau tak saya memang tak berapa nak larat jalan jauh-jauh ni.

Subhanallah... cantiknya...

Festival ni sempena 100 tahun sambutan Cherry Blossom kat tempat ni.

Masa jalan-jalan kat Festival ni sempat bersembang dengan sorang perempuan mat salleh yang menjadi peminat Sheila Majid. Siap dia nyanyi lagi lagu "Antara Anyer dan Jakarta"...Gembira sungguh dia.

Katanya dulu dia pernah duduk di Jakarta. Sanggup turun ke KL nak tengok konsert Sheila Majid.

Jom cuci mata tengok Festival ni  dan bunga-bunga yang sedang berkembang sempena musim bunga ni.



















Friday, March 23, 2012

Kelas Dekorasi kek sesi terakhir..

Tak mo cerita panjang-panjang...

Kelas dah tamat.

Cikgu pun dah pindah ke Texas.

Tak dapat nak buat entry sesi ke tiga sebab takde gamba. Kamera lupa nak tukar bateri.

Gambar yang ni pun snap kat rumah lepas kelas.

Kek ni jadi tak berapa licin sebab masa pindahkan kek tu tak de alas keras. So icingnya jadi retak-retak sikit.

Jenuh nak buat bunga ros tu sebab tangan masih keras. Masa pun terhad.

Jadi tepek ajelah seadanya... OK tak rupa kek ni? hehehe... :) Bolehlah kan untuk first timer macam saya ni.

Sebenarnya kalau nak jadikan ros tu lebih cantik kena tambah satu jenis bahan lagi dalam bancuhan icing tu. Kita panggil dia icing gel. Barulah bunganya nampak smooth aje. Yang ni saya tak bubuh icing gel tu sebab cikgu tak pesan awal2 suruh beli.

Thursday, March 15, 2012

Kelas Dekorasi Kek Sesi ke-2

 Waduh!!!!

Nampak cikgu buat macam senang jek.....

Bila dah kena buat sendiri, bancuh icing pun tersilap...

Banyak gak kesilapan kesilipun yang dilakukan bila pertama kali buat decoration sendiri.

Apatah lagi kesilapan-kesilapan tu menjebakkan kawan-kawan sekali...Ya ammmmppunnnn....

Sepatutnya untuk lapisan icing kek saya membuat bancuhan yang thin. Tapi saya terbuat yang medium.

Dah semua crumb yang ada kat kek tu melekat-lekat. Hasilnya kek kami tak licin... menggerutu....

Bila dah siap melapis icing, mulalah sesi mendecorate kek tu pulak.

Alamak! Takde idea la pulak!

Tepek ajelah apa yang patut. Masa pun tinggal 10 minit je lagi. Emmm.... tulah... masa tunggu icing kering bukan nak pikio nak buat decoration apa. Dok sibuk makan lebihan kek yang dipotong jek... kui kui kui..

Jadi,.... inilah hasilnya...

 Kek saya...
Love nya tuh tercacat sebab last minute. Nak cepat,  kelas dah tamat.

 Kek Huda
Sweet jer kan...

 Kek Nor. Phewiitttt....
Yang paling rajin dan bersemangat sekali. (Gamba ni ambik kat FB dia sebab 
dia sambung lagi buat kat rumah)

Kek omputeh yang join kelas tu sekali. Cantik kan!
Dia kata dia buat sempena St Patrick Day.
Jadi dia tak mau warna lain. Dia nak hijau jek...