Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Saturday, January 7, 2012

Salam Tahun Baru...

Hari ni mood dan kesihatan  ada sikit baik jadi ku gagahi jugak la kaki ni ke altar tingkat 4 rumahku sendiri di DC ni. Rasanya dah lebih dua bulan tak naik kat tempat ni, walaupun bilik tidur ku kat tingkat 3 je . Kat tingkat ni la laptop ni diletakkan. Geram je tengok blog ni bersawang-sawang. Selalu jugak melawat blog sendiri dan blog walking kat tempat kawan-kawan. Tapi guna blackberry je la.

Alhamdulillah... saya baru je melepasi trimester pertama yang begitu ekstrem. Saya mabuk teruk. Dan bila check darah saya disahkan menghadapi hypertiroid sekali lagi dengan bacaan yang sangat tinggi. (Sama macam kes kandungan saya yang pertama dulu). Bila dah jumpa penawar yang tepat, lepas seminggu makan ubat hypertiroid tu barulah saya bole bangun, makan, minum, jalan2 sikit dan memasak. Tak dapat dibayangkan betapa tersiksanya saya sebelum makan ubat tu. Saya trauma pada semua benda termasuklah suhu sejuk yang saya rasakan melampau2 sejuknya walaupun orang lain tak rasa macam tu. Dan sekarang bacaan tiroid saya hampir normal dan kuantiti ubat yang dimakan pun alhamdulillah dah dikurangkan...

Masa sakit hari tu saya berdoa sangat-sangat supaya salji tak turun. Sebabnya setiap pagi saya terpaksa menghantar anak saya menunggu bas di tepi jalan. Ya Allah... sejuknya saya rasa masa tu tuhan je yang tahu. Dengan muka sardin saya duduk je kat tepi jalan tu sebab tak larat nak berdiri lama-lama + muntah2 yang tak mengira masa dan keadaan. Time anak balik sekolah pulak saya selalu tak ambik. Kalau ikutkan saya kena ambil sebab dia baru gred 2. Tapi nasib baikla anak saya tu tinggi macam budak gred 5 jadi lepas la dia turun bas tu. Kalau tak sah-sah driver hangkut dia ke sekolah semula...

Tapi sekarang saya tak sabar nak tunggu winter. Baru-baru ni masa balik check up kebetulan suami pun MC sebab kurang sihat, snow yang sangat lembut tu melayang-layang turun. Ya Allah... terujanya. Saya terus nak tulis kat wall FB. Suami saya cakap nanti le tunggu snow betul2 turun baru tulis.  Nanti macam jakun dayak je. Alah tak kira... jakun dayak pun, jakun dayak le... Memang saya jakun... ;p. So hari tu snow yang weather channel kat sini tulis flurries tu dua kali turun. Subhanallah... cantiknya... Saya cakap kat suami saya kesian dayak yang dapat nama... yang jakunnya si jawa... hehehe..

Antara projek yang sepatutnya saya sedang buat sekarang ialah mengait. Saya sedang mengait selimut sempena nak winter ni. Semangat tau masa tu... Masa tu la.... Projek tu baru siap 1/4. Tak tau la bila nak sambung..;p. Insyaallah saya cuba dapatkan mood tu semula perlahan-lahan... Sebab nak kata saya dah 100% sihat dan hilang mabuk tak juga. Ada hari-harinya saya sangat pening dan muntah-muntah sepanjang hari. Bila sihat sikit saya ambik kesempatan betul-betul buat kerja rumah. Sedih tengok suami, anak, rumah dan kawan-kawan kat sini terabai bila saya sakit.

OK lah kawan-kawan.... harap masih ada yang sudi menjenguk blog saya dan tahun baru ni tidak melunturkan ukhuwah kita. Salam tahun baru dari saya di DC. Semoga kita semua dalam lindungan-Nya. Amin...


3 comments:

ibh_sue said...

Selamat tahun baru dr sue. Take care n hope kesihatan akan bertambah baik. Amin. (^_^)

Nur Husna said...

selamat tahun baru cikgu!
bila baca entry ni,mcm terbayang cikgu tgh bercerita kat kelas pulak. hehe
semoga kesihatan cikgu bertambah baik. :)
kokai :P

...aida... said...

Selamat tahun baru juga buat sue Dan husna. Terima kasih atas doanya... Saya selalu jugak blog walking kat blog sue Dan husna. Cuma tak rajin nak taip komen guna HP.