Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Friday, March 30, 2012

Cerita Anak Teruna ku...

Dah lama tak bercerita tentang anak teruna saya seorang ni.

Sebenarnya dia ada blog dia sendiri tapi itupun dah lama tak berupdate.

Anak teruna saya si Iyddin ni baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-9 pada 24 Mac yang lepas.

Dia hensem, bijak, cerdik dan baik hati. Tapi.... selalu menguji kesabaran ibu bapanya...

Tang mana dia suka nak menguji tu? Ha... tang disiplin diri... Dia tahu dia kena buat tapi dia selalu buat-buat lupa atau memang lupa tak tau la...

Contohnya time mandi. Hari-hari nak kena ingatkan dengan ayat klise yang dah muak nak disebut. 
"Iyddin.... pukul berapa sekarang? Apa nak kena buat?" dan begitulah seterusnya dengan hal-hal lain. Jadual sikit punya besar dah terpampang. Tapi ... Hampeh! Jadual tinggal jadual... :(

Semalam Iyddin buat hal lagi. Dia kata nak pergi rumah jiran. Saya dah pesan, balik awal... solat Magrib kat rumah. Tapi seperti yang dijangka sampai habis Maghrib tak balik-balik jugak!

Kali ni saya nekad kunci pintu tak bagi masuk!

Dalam pukul lapan lebih Iyddin balik. Berding dong ding dong la bell pintu tu... saya buat dek je...

Dalam 10 minit dia kat depan rumah tu akhirnya dia balik semula ke rumah jiran.

Jiran saya call beritahu Iyddin nak balik. Saya jawab, takpe... biar dia tidur kat luar!

Dalam pada masa menghukum tu saya banyak memikirkan pro dan kontra hukuman yang saya buat.

Patut ke saya hukum macam tu? Boleh memberi impak ke dalam memberi kesedaran pada Iyddin tentang pentingnya menjaga masa?

Ok... dia mungkin sedar kesilapan dia. Dia tau kenapa mak dia tak bagi masuk rumah.... Tapi...bagaimana pula tanggungjawab saya sebagai mak dia?

Biarkan anak duduk rumah orang. Dengan tak mandinya sejak balik sekolah tadi. Kalau dia ajak berbual kat rumah pun saya selalu malas nak layan (Iyddin ni jenis banyak cerita).Kadang tu buat-buat dengar je..tak tau pun dia cakap tentang apa... huhuhu sian...Iyddin.

Pernah sekali saya cakap terus terang dengan dia,"Dah lah Iyddin,... mama malas la nak dengar..."

Iyddin jawab apa tau... " Mama... kat rumah ni yang ada cuma kita dua orang je tau, habis Iyddin nak cakap dengan siapa?"

So... bagi mengelakkan saya menjadi ibu yang tak bertanggungjawab dalam pukul 9 lebih tu saya call la jiran saya tu. Pesan kat Iyddin suruh dia balik.

Iyddin balik je dia terus naik  ke tingkat atas dan mandi. Sebelum tu dia ada cuba nak tegur saya, tapi saya jual mahal... saya buat dek... aje.

Dalam pukul 10 lebih tu saya pun naik ke atas nak tidur... 

Saya tengok bilik Iyddin terang. Saya ngendap-ngendap eii... tak ada orang.

Bila saya masuk bilik saya oh... rupanya Iyddin tidur kat bilik saya (Dia memang ambik kesempatan tidur dengan saya kalau suami saya outstation)

Ada sesuatu yang membuat saya terharu dan menyebabkan saya menulis entry tentang dia kali ni bila saya tengok atas katil tu....

Kain baju saya sudah siap terlipat... (walaupun tak sempurna) dan Iyddin juga letak sekeping nota...

Melihat dia tidur sambil memeluk spongebob menyedarkan saya yang dia masih anak-anak...

Belum cukup dewasa untuk sematang kita. Tanggungjawab saya untuk sentiasa mengingatkan dia... dan tanggungjawab saya juga untuk menjadikan dia insan yang berguna suatu masa nanti....

Maafkan mama ye Iyddin....


3 comments:

Jue said...

kaka.. so sweetla idyin :)
comel sungguh lukisan dia setelah ditambahn dgn ayat2 tu .. i rasa, kaka melting jua bile bace tu hihii..

mmg sweetttttt ... pastikan paper tu disimpan dan di frame dgn baikkk..:)

p.s ok i akan berusaha lebih thn ni.. coz i pon nak baby tahun 'Ong' :P

...aida... said...

Berusaha Jue... Chaiyok! Chaiyok! masih sempat lagi ni! :)

Memang melting la Jue... tak sangka dia tolong lipat baju n tulis note.

Nur Husna said...

cikgu! iydin sweet.. sedih baca entry ni :(

iydin nampak dh besa la.. :p

*muke die pon mcm harry potter dah. ehehehe.

smoga dia jadi anak yg baik! :)