Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Thursday, October 15, 2015

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum...

Lama tak menjengah blog sendiri.

Apatah lagi nak berblog walking ke blog sahabat-sahabat blogger.

Tapi hari ni sempat jengah-jengah blog list rakan-rakan blogger yang lain. Pun kelihatannya ramai yang dah tak aktif macam dulu.

Last update sudah berbulan-bulan yang lalu malah bertahun-tahun pun ada juga.

Agaknya kita sama... semakin sibuk dan terhenyak dengan hambatan masa.

Namun diharap persahabatan yang pernah terjalin di sini akan tetap subur di hati.

Memang sebahagian besarnya tidak pernah bersua muka, namun perkongsian ilmu dan berkongsi suka duka mengeratkan ingatan dan ukhuwah kita.

Salam Maal Hijrah sahabat dan rakan-rakan semua. Semoga sinar tahun baru ini membawa keberkatan dalam kehidupan kita.


Wednesday, July 8, 2015

Baju Kurung Aisyah Bahagian 2

Assalamualaikum...

Salam Ramadan...


Akhirnya baju kurung Aisyah siap jugak. Tapi....

Sebab dah terlalu lama tak buat baju kurung, hasilnya baju pertama yang siap agak menghampakan...

Pendek dan lebar sangat. Lagi tak seronoknya Aisyah tak suka baju tu....  :(

Saya tahu hasil yang sama akan terjadi pada baju yang kedua juga sebab saya potong sama-sama kain tu. 

Jadi sebelum cempedak menjadi nangka saya buat :

Plan A :

Saya pergi beli kain tambahan.

Walaupun kain asal banyak lebih tapi saya berangan nak buat cantuman kain warna plain.

So konon-kononnya nampak macam sambungan tu disengajakanlah bukan sebab tak cukup kain :P

Saya plan nak sambung siap-siap kain tu sebelum jahit.

Sambung punya sambung bila dah siap cantum bajunya, cantumannya tak rata.

Cantuman depan dan belakang agak tinggi rendah.

Jadi saya buat :

Plan B :

Saya tepek renda....

Dan inilah hasilnya...

(Sila abaikan budak tak berbaju kat tangga tu ye... ;P)


Monday, May 11, 2015

BAJU KURUNG UNTUK AISYAH

Assalamualaikum....

Salam Rejab... dan...

Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu...

Terpanggil untuk menulis blog hari ini untuk meluahkan rasa keibuan buat puteriku tersayang.

Baju kurung untuk Aisyah Humaira....

Memang sudah sangat-sangat lama saya tak menjahit baju. Kali terakhir menjahit baju kurung semasa menunggu keputusan SPM . Tahun 1993.

Masa tu baru belajar buat baju kurung. Mak yang jadi sifunya.

Belajar mengukur, memotong, mencantum, menjahit mesin, tulang belut dan menyembat.

Walaupun mak sekadar menjahit baju keluarga untuk kami adik-beradik, namun jahitan mak memang sangat kemas dan teliti.

Rasanya mak tak pernah ambil upah menjahit baju orang... tapi saya... baru siap sepasang hasil belajar dengan mak terus ambik upah menjahit. Kih kih kih... Otak ni nak berbisnes je kot...

Saya ambil upah jahit baju anak jiran. Anak dia dua orang. Setiap seorang dua pasang. Jadi saya kena jahit 4 pasang. Terer tak? Tapi tu je lah sekali... lepas tu taubat tak mahu lagi... tak kuasa... tu pun mak yang tolong siapkan... hahaha...

Baru-baru ni saya "menyoping" baju raya untuk suami dan anak-anak. Jalan sorang-sorang pegi shopping. Tak mau bawak beg-beg tangan tambahan tu... nyibuk jer... :)

Sampai kat rumah saya test la size baju tu kat Aisyah dan Amin.

Bukan main seronok lagi budak-budak kenit tu.

Amin ok lagi bila suruh bukak balik lepas cuba. Tapi... si kakak aduhai... tak mau bukak...

Bila ajak mandi pun tak mau bukak lagi baju tu. Bila dah pujuk-pujuk baru nak bukak baju untuk mandi.

Lepas mandi mintak nak pakai baju tu balik. Alahai... kecoh betul minah kecik ni. Oklah pakaikan kejap. Pastu pujuk balik suruh bukak sebab nak basuh dulu baju tu. Oklah dah pakai dalam sejam Aisyah setuju nak bukak baju tu.

Masa Abah dia balik dari tempat kerja saya sempat cakap kat Aisyah jangan bagi tau abah mama dah beli baju raya. kekononnya tak mau bagi tau awal la yang baju raya dah siap beli. Nak suprise la konon-kononnya nya tu. Sebab tu sibuk suruh Aisyah bukak baju tu. Nak nyorokkan la kunun... Tapi....

Sampai jer abah dia kat pintu, Aisyah terus jerit... Abah, mama beli baju raya untuk Aisyah!!!!

Cis, tak pandai simpan rahsia langsung.

Pastu yang tak tahan... merengek-rengek lagi nak pakai baju raya tu nak tunjuk kat abahnya...  Maka pakailah Aisyah baju tu untuk kali ketiganya dalam masa beberapa jam tu.

Rentetan daripada keseronokan Aisyah menggayakan baju kurung tu la maka saya dengan bersemangatnya nak buatkan Aisyah baju kurung hasil daripada kerja tangan saya sendiri.

Ha ha... Rajin kan mak Aisyah. Saya guna kain cotton untuk buat baju Aisyah. Satu kain mahal satu lagi kain murah. Setakat ni baru siap potong. Satu dah siap tulang belut satu lagi belum. Saya buat kelim karipap. Belajar dalam youtube, Yang satu lagi ni saya berangan nak buat mata lalat kat lehernya.  Pun nak tengok kat youtube. Ha nanti kalau dah siap saya tulis lagi ye.


 Ni baju raya Aisyah tahun lepas





Tuesday, February 24, 2015

Projek Jahit Langsir Dapur

Assalamualaikum...

Blog kian lesu... Apa nak buat... Dah nasib mu... hik hik hik

Alasan klise : Busy.

Memalam buta ni sementara menunggu kekasih hati yang masih jauh... Tido tak lena... Mandi basah... Makan kenyang bertambah-tambah... Abangku pergi ke Utara semalam. Malam ni dia balik semula ke Selatan. Semoga perjalanannya selamat dan dipermudahkan. Amin...

Tak de kerja malam ni, melangut sorang-sorang saya nak kongsi la langsir dapur yang saya jahit sendiri.

Buat pelan sendiri...

Berangan sendiri...

Pergi beli kain dan benang sendiri...

Nilah hasilnya. Agak pendek bahagian atasnya sebab masa saya potong langsir ni saya tidak berada di lokasi kejadian. Jadi tak dapat nak ukur.

Masa nak buat langsir ni perasaan terlalu berkobar-kobar jadi tak dan nak menunggu pergi ke lokasi kejadian untuk mengukur kepanjangan tingkap.

Dapat je kain... terus je Zas! Zass! Zass!!! Siap!!!  Hihihi...

Jom cuci mata tengok langsir saya.






Terima kasih kat encik Suami yang tolong pasangkan langsir ni.

Thursday, July 17, 2014

Kuih Lompat Tikam Hilangkan Sakit-Sakit Badan?

Eh betul ke?

Betul ke kuih lompat tikam bole hilangkan sakit badan?

Itulah yang nenek saya ulang beberapa kali malam tadi.

 Kebetulan semalam Mak Ngah saya beli kuih lompat tikam ni kat pasar Ramadhan pastu tak ada sesiapa pun yang usik. Masing-masing kekenyangan sangat agaknya...

Jadi, kebetulan saya memang badan rasa tak sedap semalam. Sakit-sakit dan rasa letih sangat...

Saya ambillah sebungkus dan saya habiskan...

Kesannya...

Betullah!!! Esok paginya saya rasa cergas dan sakit-sakit badan saya hilang!!!

Saya tanya nenek saya balik betul ke kuih lompat tikam boleh hilangkan sakit badan.

Nenek saya kata ye! Dia kata... orang dulu-dulu kalau lepas buat majlis kenduri mesti dihidangkan dengan kuih lompat tikam ni untuk hilangkan lenguh-lenguh penat lelah masa kenduri...

Ha, apa lagi boleh la test lepas ni ye bagi sapa-sapa yang rasa sakit-sakit badan tu. Hihihi...

Gambar daripada google

Monday, July 14, 2014

Buang atau Simpan?

Salam Ramadhan semua...

Hari ni dah masuk 16 Ramadhan. Bermakna sudah 16 hari kita berada dalam bulan yang penuh dengan rahmat dan barokahAllah  ni. Alhamdulillah...

Dah hari yang ke-16 tapi saya masih belum berkesempatan menjejakkan kaki ke pasar Ramadhan.

Masa di US dulu selalu berangan kalau dah balik Malaysia nanti nak makan macam-macam yang best-best.  Tapi bila dah betul-betul balik... ha... takde maknanya semua tu.

Macam takde hati pulak nak pegi ke pasar Ramadhan. Lagi-lagi  bila macam-macam cerita didengar daripada kawan-kawan. Paling banyak kes makanan basi la... dan baru-baru ni yang paling teruk ayamnya siap dah berulat lagi... Uwek!!! Trauma betul saya tengok video tu. Geli betul!!!!.

Diorang ni semakin tidak ikhlas berniaga. Asyik fikirkan untungg ajer agaknya... Hal-hal macam ni menyebabkan saya tawar hati nak ke pasar Ramadhan.

Setiap hari sebelum ke tempat kerja saya akan memasak dahulu. Masak ikan ke, ayam ke, daging ke.. kiranya lauk utama la... Nanti lauk sampingan macam sayur nenek saya yang tolong masak.

Pastu balik dari tempat kerja biasanya saya sempat-sempatkan jugak lagi goreng mee ke, tambah satu lauk lagi ke atau potong-potong buah ke.. 

Yang penting saya sampai jer kat rumah lepas ambil anak pukul 6.00 lebih tu saya terus bergegas ke dapur untuk menyiapkan keperluan berbuka sebelum jam 6.45. Sebab 6.45 mesti dah siap-siap mandi dan bersedia untuk bertadarus sampai 7.00 bersama suami dan anak lelaki saya yang sulung.

Lepas bertadarus, ada masa lebih kurang 20 minit sebelum berbuka saya akan siap-siap buat air, susun pinggan dsb. Dan yang penting kena bagi Amin dengan Aisyah makan dulu.

Lepas berbuka pulak kami solat Maghrib berjemaah sama-sama sekeluarga.

Panjang pulak mukadimah hari ni... eh baru mukadimah ke? Hihihi... Yelah... kan belum menyentuh tajuk lagi tu...

Ha... Teruskan membaca ye...

Ni nak cerita tentang perbezaan prinsip saya dengan nenek saya.. kih kih kih (Dengan nenek pun mau cerita ...)

Prinsip nenek saya... kalau makanan yang lebih sikit-sikit tu maksudnya macam makanan hari sebelumnya yang dah tak ada sapa-sapa nak makan tu jangan dibuang selagi belum basi. Maka makanan tersebut akan terbiarlah kat tepi sinki ke atau dalam mangkuk sampailah basi baru bole dibuang.

Saya pulak jenis tak suka tengok benda-benda yang tak sepatutnya ni menyemak kat kat sinki atau meja makan. Jadi saya suka nak bersihkan cepat-cepat dan buang! Pada saya lebih baik saya buang makanan yang belum basi ni ke tanah daripada dibiarkan basi dalam rumah. Sekurang-kurangnya semut ke, burung ke, kucing ke, malah biawak pun  bole berkongsi rezeki tersebut. Tul tak?

Haha... sekarang nak sokong sapa? Sokong tindakan nenek saya ke sokong tindakan saya?






Emmm ... Sebenarnyakan dalam kemewahan kita di kelilingi dengan pelbagai rezeki daripada Allah ni.... Kalau boleh.. biarlah  kita tidak berlebih-lebihan dalam menyediakan juadah sampai menyebabkan berlakunya pembaziran kan... Cuma kadang-kala memang tidak dapat dielak lauk yang sedikit berlebih tu... Tu yang kadang-kadang kami ratah juga sedikit demi sedikit bagi mengelakkan makanan tersebut terbuang...

Bila terkenang saudara  kita yang kebuluran, tak ada makanan di luar sana meluap-luap rasa simpati di dada. Mudah-mudahan mereka dalam rahmat Allah jua hendaknya. In Shaa Allah...

Alhamdulillah... Syukur kepadamu Ya Allah atas kurniaan rezeki yang tidak putus selama ini kepada kami.









Thursday, July 3, 2014

Ahmed Al-Amin 1 Tahun

Selamat Hari Jadi yang Pertama anakanda Ahmed Al-Amin...
Setiap kenangan bersamamu amat berharga,
Sakit, sedih, pilu, suka dan jenaka bersamamu sentiasa di ruang mata.
Semoga dirimu terus membesar dengan izin-Nya,
Menjadi mujahid pejuang agama,
Teguh imanmu kental membara,
Anak soleh kebanggaan keluarga.
In Shaa Allah... Amin Ya Rabbal Alamin...

Antara momen berharga permata hati kami.....

Kali pertama mendakapmu di wad NICU... Subhanallah...



Bersedia untuk keluar dari hospital... Hari raya Aidilfitri yang ke-8

Ciuman kasih daripada kakanda Aisyah Humaira...
 


 Bulan ke-5
 Kena demam campak... Siannn Amin...


Bersama ayahanda Abd. Rahim Masum dan kakak...
 

Suka dapat melepak dengan teddy bear besar..
 

 Bersama mama di Pangkalan Balak Melaka... Amin tak tahan angin la mama...


Wednesday, July 2, 2014

AYAM oh AYAM !!!






Ayam Aisyah...

Maknye sibuk cari ayam nak buat lauk, anaknya dulu yang dapat "ayam rock".

Inilah kejadian yang berlaku semalam...

Sedih nak cerita pasal harga ayam kat gambar atas tu...

Bole dapat dua ekor ayam! 

Last-last ayam nak buat lauk juga yang tak jumpa lagi.

Sejak duduk di Parit Sulong ni saya cuma dapat beli ayam masa pasar Sabtu atau pasar Rabu je. 

Itupun selalu tak dapat beli sebab saya  JARANG-JARANG ke pasar... 

Biasanya time-time pasar Jumaat Sabtu tu la yang kami sekeluarga meninggalkan pekan Parit Sulong ni.

Jadi semalam selepas kejadian terbeli "ayam rock" untuk Aisyah dan masalah ketidaktemuan ayam yang sepatutnya, maka saya pun meng"google" la daripada kawan-kawan kat sekolah kat mana diorang dapat bekalan ayam segar ni. Oooo.... baru tau... rupa-rupanya ada kedai Peladang kat Parit Sulong ni. Tapi kedudukan kedai peladang ni bukan kat pekan. Jauh sikit la dari pekan...

Apapun akhirnya hajat nak makan ayam tercapai jugak.

Petang tu cik hubby balik bawak ayam percik.

Masa berbuka kami makan separuh je ayam tu. Manisss sangat... Macam madu.

Atas permintaan cik hubby maka malam tu saya masak semula ayam tu jadi ayam masak merah... Barulah kena dengan selera orang Johor ni... Pedas!!!

Semalam dapat tips daripada kawan masa cerita-cerita pasal ayam ni.

Kata dia, kalau ayam yang kita nak beli tu masih kemerah-merahan maknanya ayam tersebut tidak disembelih dengan sempurna. Ayam yang disembelih dengan sempurna dagingnya pucat sebab darahnya semua habis keluar. 

Teringat masa kecik-kecik dulu pergi ke pasar ikut nenek. Ternampak peniaga bukan Melayu ni yang memotong leher ayam yang dah dicucuk. Nampak macam seolah-olah disembelih. Datang orang kita yang tak tahu beli ayam-ayam tu... Huhuhu...

Jadi kawan-kawan hati-hatilah ye membeli ayam.

Pastikan ayamnya disembelih dengan sempurna supaya halal dimakan. 

Kalau tak, serupalah kita ni memakan bangkai...

Biar susah dan cerewet sikit tapi kita yakin dengan kehalalannya.

Ok, selamat berbuka puasa semua ye dengan ayam hari ni :).




Tuesday, July 1, 2014

Mesin Jahit Lama

Dah lama berangan nak jahit langsir.

Dah dua kali beli pun. Kali pertama beli untuk ruang tamu rumah nenek.

Color hijau... Masa ni plan nak jahit tangan je. Jahit jelujur... (Kain murah jer...)

Tapi tak sempat jahit dah terberanak. Jadi kain langsir tu kuperam ajer... Sampai la sekarang...

Lepas tu bila dapur rumah nenek siap, ku beli lagi kain langsir...

Color putih pulak... (Terkenang kat Amerika dulu semuanya serba putih... Cantik..!)

Dah potong-potong... pun tak tau bila nak jahitnya... Sampai la sekarang jugak... huhuhu

Baru ni ada bawak balik mesin jahit lama saya yang saya tinggalkan kat rumah mak.

Dalam hati nak hantar pergi servis dulu sebab dah lama tak servis.

Mak kata kalau buat jahit asyik putus-putus aje benangnya.

Dah lama beli mesin jahit ni. Tahun 2002 tak silap saya. Saya beli dengan harga RM300+.

Dalam dok pikir-pikir nak hantar servis tu... tup tup pada suatu hari....

Tet! Tet! (Bunyi hon motosikal)

Masa ni dah nak keluar, tapi tak ingat nak ke mana. Tengah tunggu husband balik.

Ku buka pintu... Seorang apek tua sedang menongkat motosikalnya...

Apek  :  Itu... mana orang tua itu? Mau servis mesin jahit ka? (Orang tua yang dia maksudkan tu nenek saya la...)

(Oooo... orang servis mesin jahit rupanya... bagai orang mengantuk disorong bantal ni!)

Saya  :  Nenek saya tak ada la... Awak servis mesin jahit ye?

Lepas tu saya pun suruh dia masuk dan saya pun keluarkan mesin jahit lama saya yang dah berubah warna tu..

Saya  :  Mesin ni kalau jahit benangnya asyik putus-putus la apek. (Macam ngadu kat doktor pulak... kih kih kih)

Apek tu pun terus servis mesin jahit saya tu. Sambil-sambil tunggu apek tu servis saya pun sembang-sembang la dengan dia. Jauh tu dia datang.. Naik motor cabuk jer. Apek ni memang kerja dia servis mesin jahit dari rumah ke rumah.

Sambil-sambil apek tu servis mesin jahit saya, husband saya dengan nenek pun sampai...

Husband saya pulak sambung bersembang dengan apek tu.

Nenek saya pulak tak berapa ingat dia pernah servis mesin jahit dengan apek ni. Mungkin dah lama sangat agaknya... Mesin nenek saya pun dah tak ada kat sini.

Bila dah selesai servis apa lagi bayar la kan. Kena RM35 jer + RM4 saya beli set jarum mesin jahit.

Macam murahhhh jer kan!

Sebab teringat kat member saya, servis mesin jahit hantar kat kedai, dah la berhari-hari lamanya... Mahal pulak tu. Beratus tak silap saya. Macam bole mesin jahit baru!

Ni la dia mesin jahit lama saya yang dah tip top balik ni.

So... bila nak menjahitnya nih??? Raya dah dekat\ni!!!

Alahai... Entah ler... Busy dengan anak le... Hehehe... (Nenek ku pun dah sound subuh tadi tanya bila nak jahit langsir) Huhuhu...


Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan kawan-kawan semua...

Alhamdulillah dah masuk hari ke-2.Selain berpuasa kita juga disunatkan bertarawikh dan bertadarus. Untuk wanita yang ada anak kecik macam saya ni solat Tarawikh kat rumah je lah kan.. Mudah-mudahan terus istiqomah sebulan penuh.

Tahun lepas langsung tak berpeluang berpuasa pada bulan Ramadhan...

Tahun ni In Shaa Allah penuhhhh....

Jenuh mengganti puasa tahun lepas tau... 30 hari tu... Apa nak buat... Ahmed Al-Amin tak sabar nak keluar....

Tahun ni Alhamdulillah dapat sambut Ramadhan dengan Amin dan anak-anak yang lain. Tahun lepas Amin kat NICU. Hari Raya ke-8 baru Amin dapat keluar.

Cabaran berpuasa kali ni ialah Amin menyusu badan. Tapi ok la... Pagi dan malam jer... Petang dengan pengasuh Amin minum susu tepung. Huhuhu... doktor yang suruh bagi susu tepung pramatang sebab saiz Amin kecik sangat. Masa tu dah sepuluh bulan baru 5 kilo lebih. Dr kata macam baby 3-4 bulan..




Harapan saya semoga Ramadhan kita pada tahun ini diberkati oleh-Nya. Dilimpahi keampunan dan rahmat daripada-Nya. Selamat berpuasa, bertarawikh dan bertadarus ye semua! Aminn...

Monday, June 23, 2014

PENCULIKAN KANAK-KANAK!

Mutakhir ni kat kawasan saya banyak cerita-cerita menakutkan tentang kejadian penculikan kanak-kanak. Kanak-kanak yang diculik katanya diambil organ-organnya untuk dijual.

Saya tak pasti sejauh mana kebenarannya tapi disampaikan oleh orang-orang yang rasanya memang boleh dipercayai.

Semalam pun ada pelajar saya tingkatan 1 bertanya kepada saya.

Pelajar  :  Cikgu, kenapa sekarang dah tak ada RELA jaga kat depan sekolah masa kami balik sekolah?

Saya    :  Oh.. RELA tu bertugas pagi sahaja, sebab pelajar pagi ramai, jadi kena kawal lalu lintas tu. Pelajar petang tak ramai. jadi jalan tak sibuk. (Saya saja jawab mcm tu sebab saya pun sebenarnya tak pasti sama ada RELA tersebut ada mengawal lalu lintas pada sebelah pagi atau tidak... Ye la... saya kan cikgu petang...) Kenapa awak tanya?

Pelajar   :  Mak saya suruh tanya. Sebab kat tempat saya di Tongkang Pecah dah ada budak yang hampir nak kena culik masa balik sekolah. Nasib baik ada orang nampak. Jadi budak tu dilepaskan...

Saya   :  Owh... Ye ke? Saya tak ada dengar pulak berita tu... (Dalam hati dah mula bimbang dah... Yelah... anak saya Iyddin darjah 5 pergi balik sekolah sendiri naik basikal.. Aduhai...)

Selepas kelas tu saya ke kantin. Nak tau jugak cerita penculikan tu daripada kawan-kawan kalau-kalau ada yang tahu.

Bila saya tanya adalah seorang guru lelaki yang mengesahkan cerita pelajar tersebut. Tambahnya van yang digunakan oleh penculik tu berwarna putih dengan flat Thailand. Huhuhu... takutnya...

Malamnya tu pulak... dapat whatsapp daripada jiran di Gading Raya yang meminta semua ibu bapa berhati-hati sebab pada sebelah siangnya ada budak Melayu berumur 6 tahun hampir diculik di BP Mall. Budak itu terselamat sebab pengawal di BP Mall terlihat kejadian tersebut.

Jadi pagi tadi sebelum Iyddin ke sekolah saya nasihat kat dia hati-hati. Jangan melencong ke sana sini. Terus balik rumah. Kalau nampak van putih flet Siam terus pergi singgah kat mana-mana rumah yang ada orang untuk selamatkan diri. Pesan jugak kat kawan-kawan macam tu.

Apapun, walaupun kita tak pasti kebenaran semua cerita di atas tapi cukup membimbangkan saya. Yela cerita tu semua berkisar di kawasan saya... Batu Pahat. Ya Allah... peliharakanlah kami semua, anak-anak kami, anak-anak didik kami daripada mara bahaya, penganiyaan dan kezaliman. Amin..




Sunday, June 22, 2014

KU KIRIM RINDU...

 Assalamualaikum....

Lama sungguh tak singgah ni... Janji nak sambung post yang lepas pun cuma tinggal janji.... huhuhu

Makcik busy la...

Tapi hari ni nak jugak post sesuatu walaupu takde cerita menarik pun sebenarnya.

Hari-hari jadual memang sangat sibuk. Alhamdulillah dapat mengajar petang...

 Tapi bila dah lama bercuti ni agak ting tong jugak la dibuatnya.... esp bila kena mengajar menengah rendah ni...

Dolu-dolu ajar menengah atas, pindah sekolah baru ni ajar form 1 dan form 2... Jumpa PBS pulak tu.... Fenin makcik tak paham apa pun pasal PBS ni tau...

Kejutan yang paling superb ialah jumlah eviden yang nak dibuat tu sampai 100 eviden untuk subjek Sejarah... Kelas yang diajar dahle kelas yang paling hujung dan kedua hujung...

Dengan segala mak nenek fail yang tah hape-hape... ku peram aje kat bawah meja... huhuhu....Bukan tak mau buat tapi sebab sangat blur...

Sib baik PBS yang terkini fail-fail tu semua dah dimansuhkan... kan.. kan... nampak tak? Perbuatan ku itu ada hikmahnya... hihihi... Selamat fail-fail tu... still dara dan tak terusik lagi...

Sekarang nak memahami PT3 pulak... Kena la paham kan sebab dah mengajar menengah rendah ni. Tapi maklumat yang diterima pun masih tak berapa jelas.  Yang ni pun satu hal jugak... Kasihan budak-budak tingkatan 3 ni..

Tak maula cerita pasal kerja lagi...  Cerita pasal Aisyah pulak..



Hari tu birthday Aisyah yang ke-2 tahun (6/6/14)...

Makin becok... Suka main panjat-panjat n terjun, lompat-lompat dan yang paling tak tahan berebut i-phone sebab dia addict sangat pada cerita Upin Ipin... Celik mata je upin, nak tido pun upin... tanyalah dia semua nama watak dalam cerita tu... Aisyah akan dapat markah 100/100.

Walaupun dah dua tahun rambut Aisyah maintain ajer... Tak panjang2. Bergulung-gulung jer. Kekadang tu nampak serabai sangat... Susah sangat nak sikat rambut dia... Dia tak suka n lari sana sini. Tak kuasa makcik  nak kejar tau! Walaupun rambut serabai... tapi Aisyah suka melaram dengan kasut.. Paling dia suka kasut mak nya la... keletak keletuk ke hulu ke hilir....

 Kek buah-buahan khas yang saya buat sendiri untuk Aisyah.








Thursday, October 31, 2013

Our Mujahid Ahmed Al-Amin

Masih dalam mood bercerita tentang ahli keluarga baru keluarga kami.

Pertama kali melahirkan bayi pramatang. (29 minggu)


Lahir pada 3 Julai 2013 dengan berat 1.44kg.

Pertama kali menjalani pembedahan Caeserean.

43 hari Amin di wad. Hari yang ke-28 baru saya dapat mendakap tubuhnya yang mungil.

Betapa sebelum itu saya menangis setiap kali datang melawat Amin.

Anak yang sudah lama dilahirkan tetapi ketika itu  tidak dapat dirangkul apatah lagi  dicium.



Hanya dua tangan ini yang mampu mengusap dan membelai dirinya yang masih lemah di dalam inkubator.

Ku tabahkan hati ini dengan sentiasa memberikan kata-kata perangsang untuk Amin. Berdoa saban waktu. Menitip bacaan Yaasin di dalam hati setiap hari terutama semasa suamiku bangun solat malam mendoakan dirinya.

Tiga kali kami terpaksa bergegas ke hospital setelah dihubungi jururawat kerana Amin kekurangan darah. Amin memerlukan darah saya. Pada masa ni hidup saya memang tidak tenteram kerana bimbangkan dirinya di hospital. Apatah lagi doktor pun tidak dapat memberi apa-apa jaminan yang meyakinkan.

Ujian datang lagi. Seminggu Amin dikuarantin kerana disyaki terkena jangkitan kuman.

Pada masa tu kami hanya boleh menyentuhnya dengan menggunakan glove. Kami terpaksa berpakaian lengkap dengan penutup muka dan baju plastik khas. Kawalannya sangat ketat. Masa ni cemburunya melihat ibu bapa lain bersama bayi masing-masing. Namun Alhamdulillah, akhirnya ujian menunjukkan Amin bebas jangkitan.

Disebabkan suami saya bekerja di tempat yang jauh, kami hanya berpeluang melawat Amin pada awal subuh dan malam. Kecuali hari Sabtu dan Ahad. Oleh itu, saya meminta izin suami untuk memandu  sendiri ke hospital semata-mata untuk memberikan kata-kata semangat untuk Amin. Supaya Amin kuat dan terus bertahan.

Mulanya suami saya tak benarkan sebab luka pembedahan saya masih belum sembuh. Namun akhirnya dia terpaksa mengalah dan membenarkan saya memandu memandangkan banyak keperluan yang memerlukan saya berurusan dengan Amin di hospital. Memang sakit... Tapi demi Amin, saya redah jugak.

Hari pertama saya memandu ke hospital saya telah ditahan oleh JPJ. Kebetulan lesen saya sudah sebulan mati rupa-rupanya... Saya tak perasan... saya baru balik ke Malaysia dan saya sangat sibuk menguruskan kerja dan bermacam-macam hal. Saya di saman... Saya tak ada mood nak merayu masa tu. Sebab mood saya sudah bercampur baur dengan kesihatan diri saya dan Amin serta anak yang ditinggalkan bersama kakak di rumah. Tak pelah, memang salah saya.

Suatu malam selepas usai suami saya solat tarawikh seperti biasa kami ke hospital. Tiba-tiba seorang nurse datang dan meminta saya menyusukan Amin, menggigil tubuh saya. Rasa seperti mimpi. Memang itu saat yang saya  dambakan selama ini. Dan saat itu berlaku tiba-tiba. Seronoknya Ya Allah... Saya berseorangan saat itu. Suami saya di bawah melayan kakak Amin,  Aisyah Humaira. Aisyah tak boleh masuk ke wad NICU. Selama itu jugalah dia tidak tahu yang dia sudah beradik.

Amin memang mujahid yang hebat. Amin terus pandai menyusu. Saya rangkul tubuhnya erat-erat. Usai sahaja Amin menyusu saya cium dirinya puas-puas... Subhanallah... saat itu memang sangat indah. Saya keluar dari wad NICU dengan senyuman yang tidak dapat dilekangkan dari bibir. Berita gembira itu kusampaikan kepada suami. Masa ni saya mengangis juga. Tapi lebih kepada tangisan terharu dan gembira.


Lepas ni saya akan ceritakan pengalaman mengejar waktu menyusukan Amin di hospital dan 'kembar" Amin pula ye. Tak dapat sambung sekarang sebab baby Amin dah bangun nak menyusu. Insyaallah jumpa lagi nanti ye. Assalamualaikum.


Thursday, October 17, 2013

Kisah Lama Menyepi...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Nerves jugak nak tulis blog kali ni. Lama tak menulis, takut format untuk blogger dah berubah. Alhamdulillah masih sama... Lama kan saya tak update blog? Laaammaaaa sangat... Macam-macam-macam cerita ada dalam tempoh yang sangat lama ni.

Mula-mula nak bagi tau, saya sudah berada di tanah air sekarang. Sejak pertengahan Mei yang lalu. Sebaik saja touch down bumi Malaya ni saya melapor diri untuk bertugas semula di Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Suami saya posting di Tangkak. Tapi saya paling dekat pihak JPNJ bagi di Parit Sulong Batu Pahat. Kisahnya sebenarnya seperti saya balik kampung saya sungguh la ni. Masalah besarnya di sini ialah tempat posting kami yang berjauhan di samping tiada tempat penginapan yang sesuai. Rumah ada, tapi rumah nenek yang sudah ditinggalkan sejak tahun 2007. Boleh bayangkan kan macamana?

Jenuh kami mencari rumah sewa di sekitar pekan Parit Sulong tapi eemmm... Ada.. tapi rasanya rumah-rumah yang ada sangat tidak selesa dan sesuai untuk kami. Bukan terlalu memilih, tetapi biarlah selesakan... Kebanyakan rumah sewa yang ada di sini. dua bilik. Biliknya bila bubuh tilam double tu dah penuh seluruh bilik. Satu lagi bilik of cos la kecik lagi dari bilik mula-mula tu. Tak boleh bernafas saya dalam rumah yang sempit macam tu...

Dengan Aisyah yang sedang membesar dan lasak, saya perlukan rumah yang lebih luas dan selesa. Rumah nenek memang sangat besar. Tapi sudah rosak banyak di sana sini. Juga boleh dikategorikan kurang selesa dan kurang selamat untuk kami duduki. Memandangkan kami belum mempunyai rumah, saya menyambung cuti tanpa gaji saya lagi sehingga cuti pertengahan tahun. Cari punya cari rumah akhirnya kami buat keputusan tinggal di rumah nenek. Masa ni baby sitter pun dah dapat kat sini.

Hari pertama datang bertugas saya ditugaskan pada sesi pagi. Esoknya pulak sesi petang. Lepas tu GPK tukar balik sesi pagi. Mula-mula saya mengajar menengah rendah. (dua tiga hari )Lepas tu tingkatan enam (seminggu kot...) dan akhir sekali tingkatan 4 (tak sampai seminggu...) Lepas tu saya terpaksa cuti semula. Sebab apa? Sebab saya bleeding... Oppss lupa nak bagi tau saya pregnant sebenarnya. Dan dijangka bersalin pertengahan bulan September.

Bila bleeding saya di tahan di wad tiga hari. Lepas tu saya disuruh balik tanpa diberikan cuti oleh pihak hosp. Pelik jugak kan. Macamana saya nak pergi kerja dalam keadaan macam ni? Jadi keluar dari Hosp saya terus ke Klinik Kesihatan Parit Sulong. KK Parit Sulong beri cuti seminggu. Tak sampai seminggu, tiga hari selepas tu bleeding saya makin teruk. Saya call husband saya di Tangkak untuk bawa saya ke hospital tengah hari tu. Petang tu keadaan saya makin kronik. Setiap pergerakan saya akan menyebabkan darah keluar tanpa henti. Jadi saya cuma mampu baring diam-diam dan berdoa supaya kandungan saya selamat. Masa ni kandungan saya cukup-cukup 29 minggu.

Malam tu doktor kata dia sudah tidak boleh tunggu lagi sebab saya sudah kehilangan terlalu banyak darah. Lebih kurang 2.5 liter (gitulah katanya...) Jadi saya perlu segera dioperate bagi menyelamatkan nyawa saya. Dan dr beritahu risiko yang mungkin saya dan baby akan hadapi. Dalam keadaan macam ni saya cuma pasrah. Dan menyerahkan diri saya dan baby sepenuhnya pada Allah.

Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Tepat jam 10.37 malam pada tarikh 3 Julai yang lalu saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Tetapi baby saya sangat kecil. Beratnya cuma 1.44kg. Jadi baby saya di tempatkan di dalam incubator di NICU. Selama 43 hari saya dan suami berulang alik ke hospital untuk menghantar susu dan memberikan kata-kata semangat untuk baby kami supaya kuat dan terus bertahan. Akhirnya bila berat baby dan cecah 1.8kg, baby kami dibenarkan pulang. (Masa ni raya hari ke-8)

Dalam gembira ada sedihnya sebab ayah saya tidak sempat melihat cucunya yang seorang ni. Pada 10 Ramadhan yang lalu ayah saya telah kembali ke Rahmatullah kerana sakit tua. Emosi saya sangat terganggu masa ni. Macam-macam hal yang berlaku kan. Tapi saya bersyukur sangat sebab sempat jumpa arwah abah. Kalau saya masih di Amerika memang saya tidak berpeluang menemui arwah.

Dan sehingga saat entry ni di tulis saya masih bercuti lagi. Cuti bersalin dah habis. Saya ambil cuti menjaga anak sampai hujung tahun ni. Baby saya terlalu kecil untuk diserahkan kepada orang lain untuk dijaga. Saya tak sanggup nak lepaskan dia dulu. Tunggulah baby besar sikit kan... sekarang ni beratnya dah hampir 3kg. Kalau ikut umur sepatutnya baru sebulan walaupun sudah 3 bulan lahir..

Jom berkenalan dengan mujahid baru keluarga kami Ahmed Al-Amin bin Abd Rahim. semoga menjadi anak yang soleh, dan terus membesar dengan sihat dan sempurna Insya-Allah...










Thursday, March 7, 2013

Corelle Dah Sampai

Assalamualaikum...

Nak maklumkan kepada pelanggan-pelanggan saya barang-barang tempahan untuk bulan Mac dah sampai ye. Sesiapa yang saya  belum hubungi sila hubungi saya semula untuk mendapatkan barang-barang tempahan anda. 

Sekian, harap maklum.

Friday, January 11, 2013

Harapan....

Melalui detik-detik menjadi perantau yang semakin ke penghujungnya menjadikan diriku semakin terdesak. Terdesak dengan penantian yang penuh penyiksaan. Ibarat menanti kekasih hati yang tak kunjung pasti... Setiap jam, setiap hari, setiap minggu aku pasti mengintai waktu dan ketika bilakah kan tiba kemunculannya.

Salji...

Turunlah lebat-lebat sikit ye...

Tak puas rasanya setakat ini merenung kemunculanmu di tepi jendela. Terlalu cepat kau berlalu pergi. Indahnya ciptaanmu Ya Allah.. Subhanallah. 

Turunlah salji... Turunlah lebat-lebat...











P/S : Sorry ye kawan-kawan... mood terdesak ni... nak main salji..


Friday, January 4, 2013

Crochet lagi.

Husband saya balik ke Malaysia...

Tinggal la saya ngan anak-anak kat sini. WAlaupun tak balik tapi tak lah sedih sangat sebab kat sini tengah musim salji sekarang. (Walaupun salji sekali-sekala je turun... huhuhu...)

TAk pe la, bulan lima ni pun dah nak balik terus, jadi saya perlu menikmati sepenuhnya setiap momen yang berlaku di sini.

Selepas buat beanie hari tu saya mengorak langkah seterusnya dalam arena mengait ni (Chewah..) dengan menghasilkan beanie ke dua. YAng kali ni khas untuk Aisyah. Untuk mendapatkan saiz beanie yang kecik sikit ni saya tak pandai nak kurangkan jumlah lingkaran jadi saya pilih guna jarum kait yang saiznya kecil sedikit. Nampaknya idea tukar jarum tu menjadi. So inilah hasilnya...







Lepas siap beanie Aisyah ni saya melilau lagi kat U-tube yang lain so saya terjumpa pattern baru yang macam senang nak buat. JAdi saya pilih pattern tu untuk buat blanket Aisyah pulak. Malangnya saya kehabisan benang jadi tertunggak la kerja menyiapkan blanket ni sampai la abah Aisyah balik dari Malaysia nanti.

Ambik gambar separuh je sebab baru siap separuh... :)


 (Ni gambar pagi semalam.. gunakan blanket ni untuk balut Aisyah masa hantar abangnya pergi sekolah)


Lepas tu saya meneruskan lagi usaha gigih saya mengait blanket seterusnya. Kali ni menggunakan lebihan benang untuk mengait blanket yang tersadai mula-mula tu. Sekarang blanket yang tersadai tu dah tak tersadai lagi sebab saya dah ambil balik benang blanket tu untuk projek baru ni. Pun macam tak dapat disiapkan buat masa ni sebab masalah yang sama .... tak cukup benang...





Emmm.... nampaknya semua kena tunggu hubby balik la...  Abang!!! Cepatla balik!!!! Miss You Very Much!