Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Monday, May 31, 2010

Pemenangnya ialah....


Alhamdulillah... umur ibu saya kini 59 tahun. Semoga ibu saya sentiasa dipelihara oleh Allah s.b.h di dunia dan akhirat, dikurniakan kesihatan yang baik, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan segala-galanya yang terbaik... Amin....




PEMENANG KATEGORI 1


Siapa peserta bertuah yang telah dapat meneka umur ibu saya dengan tepat???? Jeng.. jeng... jeng.... Orangnya ialah







Blogger chan said...

Bleh x teka 2 kali? I teka 59 tahun n 62 tahun... bagilah i betul...i nak giveaway tu....
May 29, 2010 8:15 PM

Tahniah Chan!!!!......


Seterusnya ......  kedua-dua cabutan khas bagi kategori 2 dan 3 dilakukan sendiri oleh ibu saya. Pemenangnya ialah........




PEMENANG KATEGORI 2 : CABUTAN BERTUAH PESERTA GIVEAWAY





Blogger feltralicious said...

saya pun nak join gak. agaknya umur beliau dlm 70 tahun    coz my mum pun around that age.    
May 29, 2010 8:05 PM  
Tahniah feltralicious!!!!.....



PEMENANG KATEGORI 3 : CABUTAN BERTUAH KATEGORI FOLLOWER






Tahniah eyda!!!!



Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang. Berbanyak-banyak terima kasih kepada semua peserta Giveaway yang sudi memeriahkan blog saya dan sekaligus menceriakan ibu saya yang tercinta. Doakan saya dimurahkan rezeki lagi pada masa-masa akan datang untuk bergembira lagi dalam GIVEAWAY-GIVEAWAY (betul ke ni???) yang seterusnya... Insyaallah....

Kepada para pemenang sila e-mailkan nama, alamat dan no. tel ke :

e-mail saya :  izz_dydin@yahoo.com 

atau
smskan sahaja ke no : 013-7729177


Insyaallah semua hadiah akan diposkan pada minggu ini.....






Saturday, May 29, 2010

DIY : PIN CUSHION



1)  Sediakan bahan-bahan seperti gambar di atas; kain felt (dijadikan bentuk bulatan (2 keping) dan segiempat ikut panjang diameter bulatan), benang, gunting  jarum, kapas, dan aksesori untuk hiasan.

2) Jahit semua hiasan terlebih dahulu.

3) Contoh hiasan yang telah siap dijahit dan disulam.



4) Cantumkan bahagian bulatan dengan potongan segiempat tadi dengan jahitan (dalam buku tulis jahitan selimut).

5)  Setelah selesai menjahit bahagian atas, jahit pula bahagian tepinya. Nama jahitan ni saya tak tahu. Jahit suka hati aje, asalkan bercantum. Nampaknya macam jahitan pakar bedah je... hihihi. Seterusnya, cantumkan bulatan yang satu lagi sebagai tapak pin cushion.

6)  Pada bahagian bawah ni jangan jahit habis dulu, sebab kita perlu sumbatkan dengan kapas....



7)  Bila sudah mampat kapas tu, barulah diselesaikan jahitan yang tergendala tadi.

8) Hasil pin cushion yang dah siap.

9) Ketiga-tiga pin cushion ni akan diserahkan kepada peserta giveaway saya dan follower yang bertuah.

Kalau masih belum sertai lagi,,,, masih ada masa. Tinggal satu hari saja lagi. Cepat-cepat tau! Untuk menyertai giveaway saya ni, check post tentang giveaway saya sebelum ni. Jawab soalan pada bahagian komen dan nantikan  keputusannya!!!!!





Pin Cushion


Pin cushion dalam gambar di atas sebenarnya item tambahan khas untuk pemenang-pemenang giveaway saya nanti. Setiap kategori akan dapat satu pin cushion. Seronok buat pin cushion paten ni. Insyaallah dalam post akan datang saya akan buat tutorialnya.



Menyebut tentang giveaway saya yang sedang berlangsung sekarang,... kategori 1 masih belum ada peserta yang dapat menjawab dengan tepat. So peluang masih terbuka luas lagi bagi sesiapa yang ingin mencuba. Bagi yang telah mencuba, ... saya beri peluang sekali lagi untuk meneka umur ibu saya. Kalau selepas ini ada beberapa peserta yang dapat jawab dengan tepat,.. peserta yang mula-mula memberikan jawapan yang betul akan dikira sebagai pemenang. Wah.... saya yang berdebar-debar ni... siapa yang teka betul ye...???  OK sesiapa yang nak cuba, check post giveaway saya sebelum ini dan letakkan jawapan dalam ruangan komen.





Wednesday, May 26, 2010

HADIAH HARI JADI...


Salam... dah joint giveaway saya? Kalau belum check post sebelum ni ye...Semalam dapat e-mail daripada rakan SCRIPTERS. Lawak sangat. Jom baca!

Hasan Jendul nak belikan hadiah hari jadi untuk kekasih barunya, Mek Ayu. So si Hasan ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk temankan dia shopping kat Sogo. Oleh kerana Hasan Jendul dan Mek Ayu baru dua bulan berkawan jadi si Hasan Jendul membuat keputusan untuk membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru saje, supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat.


Adik sepupu Hasan pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru, sebab ada sale hari tu. Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik sepupu Hasan Jendul!


Selepas membayar, Hasan Jendul pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu.


Dan surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie :-


Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu, San pilih hadiah nie kerana Ayu tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab pasal adik sepupu San, San dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembap sangat.

Tapi San tengok adik sepupu San pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak. San pilih warna hitam tu supaya tak nampak kotor. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje. San suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu je. Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka sebab San rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan San.


San harap Ayu akan pakai untuk San hujung minggu nie.


Salam sayang untuk kekasihku, Mek Ayu.


Yang amat menyintai dan menyayangi dirimu...


-Hasan Jendul-


P/S : Kalau Ayu nak pakai, San nampak stail terbaru ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut..


kahkahkah..adeeh. .lalalala~

Monday, May 24, 2010

Giveaway!!!

JOM SERTAI GIVEAWAY SAYA!!! 

Sebagaimana yang telah dijanjikan saya kembali lagi dengan giveaway sempena birthday ibu saya pada 30 Mei ini. Hasrat di hati hadiahnya nak buat sendiri, malangnya masa dan keadaan sangat tidak mengizinkan. Tapi sebab dah janji maka saya dengan semangat yang berkobar-kobar telah menghayun langkah ke Romantika untuk mencari hadiah giveaway kali ni. Kenapa saya pilih Romantika? Sebab... saya suka barang-barang di situ. Suka... sangat... mungkin sebab di kelilingi ros dan PINK. Insyaallah bersama item-item dari Romantika ini nanti saya sertakan sekali little teddy sebagai handmade khas dari saya.

Terbahagi kepada 3 kategori :

Kategori 1 : Teka umur ibu saya.

   
Hadiahnya... apron yang sungguh sweet  + little teddy + pin cushion

Kategori 2 : Cabutan khas untuk mereka yang menyertai Giveaway saya. (Tak kiralah jawapan betul atau salah)

Hadiahnya ... table runner bersulam riben + little teddy + pin cushion
 
Kategori 3 : Cabutan khas untuk follower blog yang amat saya hargai...

Hadiahnya ... misteri.... + little teddy + pin cushion

Bagaimana nak sertai?


Tuliskan jawapan dalam bahagian komen di post Giveaway ini. Tak follow blog saya pun tak apa, tapi tak dapatlah rebut hadiah misteri dalam kategori 3. 

Tarikh tutup penyertaan :
30 MEI 2010
Jam 11.59 malam









Cari Pengalaman...

Kali pertama menyertai Pertandingan Catur Bistari Peringkat Negeri. Memang mengujakan. Banyak pengalaman baru ditimba. Memang tidak mengharapkan kemenangan dalam cubaan kali pertama ini tetapi pengalaman yang diperoleh sangat berharga. Selepas ni boleh buka kelab Catur Bistari di sekolah. 

Pada hari Sabtu saya, cikgu Azfalina, Cikgu Chan, Cikgu Sara, Cikgu Juita dan Cikgu Roslinah telah menghadirkan diri ke Persada Johor untuk menyertai pertandingan Catur Bistari kategori terbuka. Macam-macam pengalaman yang melucukan berlaku pada kami sebab sertai pertandingan peringkat negeri tapi sebenarnya kami blurrrr... tak berapa faham pun permainan ni. Dahlah kami pasukan paling lewat masuk ke Dewan Persada, terus dapat tepukan gemuruh daripada peserta-peserta lain. Siap ada jurugambar tuh... Peh... terasa glamour gitu walaupun tah hape-hape je... Apapun lepas pertandingan kami terus ke Plaza Angsana makan Pizza....


Pada hari Ahadnya pula saya bersama cikgu Zihan membawa rombongan pelajar-pelajar sekolah saya ke Persada atas jemputan JCorp. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada En. Ramli, pihak JCorp dan Bistari Young kerana telah memberikan layanan yang sangat baik. Mudah-mudahan kami dijemput lagi dalam event akan datang.

Peserta yang mewakili sekolah dalam pertandingan Catur Bistari




























Thursday, May 20, 2010

Apa yang kita perlu tahu tentang felt.





Felt merupakan fabrik yang dihasilkan daripada bulu biri-biri (wool). Oleh sebab itu, fabrik jenis ini boleh menarik kehadiran serangga perosak. Sekiranya kain felt yang kita simpan sebagai stok itu diserang serangga perosak ini, rendamkan sahaja di dalam air suam lebih kurang 10 minit bagi membunuh larva yang terdapat di celah-celah fabrik tersebut.



Setelah felt direndam, perah felt dengan lembut untuk mengelakkan felt mengalami regangan yang boleh menyebabkan bentuk dan kualiti felt berubah. Antara tips memerah felt adalah dengan menggunakan tangkupan tuala di atas dan di bawah felt seterusnya digulung perlahan-lahan untuk mengeringkan airnya.






Sekiranya felt terkena kotoran, basuh dengan menggunakan air suam dan gunakanlah pencuci atau detergen seminima mungkin. Jangan sekali-kali menggunakan air panas kerana boleh menyebabkan kain felt mengecut.





Felt juga haruslah dikendalikan dengan teliti kerana fabrik jenis ini mudah regang dan berbulu. Oleh itu, sekiranya kita hendak menghasilkan produk felt untuk kegunaan sehari-hari gunakanlah felt yang lebih tebal. Felt yang telah regang sukar untuk dipulihkan. Tetapi sekiranya produk felt itu fabriknya mulai berbulu dan menggumpal, rapikan sahaja dengan menggunakan gunting yang tajam.



Felt sebenarnya lebih mesra dan mudah dikendalikan dengan jahitan tangan berbanding mesin. Apabila kita hendak menjahit felt, pastikan jarum yang digunakan tidak terlalu besar dan tidak terlalu halus. Apabila kita menggunakan jarum yang terlalu besar, lubang-lubang jarum akan jelas kelihatan pada jahitan kita dan ini akan menjejaskan rupa jahitan. Sebaliknya, apabila jarum yang digunakan terlalu halus, jarum tersebut berkemungkinan besar akan patah. Oleh itu gunakanlah jarum yang sederhana besar.




Antara gam dengan jahitan mana yang lebih baik? Kedua-duanya boleh digunakan. Tetapi sekiranya produk yang digunakan itu digunakan dengan kerap maka lebih baiklah dijahit. Kerana dengan penggunaan gam, lama-kelamaan gam tersebut akan mengeras, rapuh dan fabrik tersebut akan tertanggal. Gam lebih sesuai digunakan untuk menghasilkan produk felt yang digunakan sebagai hiasan semata-mata.







Akhir sekali, jauhkan felt daripada haba yang tinggi kerana felt boleh mencair dan hilang bentuk asalnya.











Catur Bistari

Tengok anak murid buat persediaan untuk pertandingan catur bistari, cikgu-cikgu pun teruja jugak. So kami pakat-pakat nak joint pertandingan Catur Bistari kategori terbuka Sabtu ini di Persada Johor. Aktiviti dalam gambar ni kami buat selepas LDP - Book Review petang tadi. Seronok juga sekali-sekala bersila di lantai. Kalau budak-budak nampak, mesti geleng kepala tengok gelagat kami ni... hihihi


 Sila abaikan pemandangan di sekitarnya....




Ribbons History



Ribbons are useful and decorative fabrics that are almost infinite in their variety, texture, and color. Modern ribbons are manufactured from every kind of fabric, from velvet and satin to synthetics like nylon and rayon. They are patterned, printed, woven, braided, adorned with embroidery, decorated with pearls or sequins, shaped like ric-rac, skillfully made like lace, edged with metal so they can be molded and shaped, and crafted like motif ribbons. Ribbon is classified by the textile industry as a narrow fabric, and it ranges from 1/8 in-I ft (0.32-30 cm) in width. Its uses may most often be thought of as decorative, but ribbons are also materials for making larger fabrics by weaving, crocheting, or knitting them together.

History

Ribbons appeared when civilizations began crafting fabrics. They are among the oldest decorative or adorning materials. People have always looked for ways to personalize their clothing and household goods. When all textiles were handmade, items with the finest threads were the most expensive. But the simplest, most coarse textiles in plain colors could be made more elegant and individual with a bit of ribbon as decoration. In the Middle Ages, peddlers traveled throughout Europe selling exotic ribbons; the tales of Geoffrey Chaucer mention "ribbands" used to adorn garments. Medieval and Renaissance patrons bought ribbons woven with gold and silver thread and made from silk and other rare fabrics from the Orient. The modern ribbon with selvedges (finished edges) came into being by 1500. Ribbons were so identified with luxury that, during the sixteenth century, the English Parliament tried to make the wearing of ribbons a right of only the nobility. They were also identified with certain orders of merit; the Knights of the Garter wear broad blue sashes to this day, and the Knights of Bath wear red. 
By the seventeenth century, ribbons stormed the fashion world. Both men's and women's clothing of this period were extravagant, and every accessory from gloves to bonnets was festooned with ribbons in many forms. A length of ribbon could be given as a gift to decorate clothing, for use in braiding and curling hair, for ornamenting baskets and furniture, or for brightening linens. Ornately patterned household fabrics were further bedecked with ruchings (gathered ribbons), frills, and rosettes. The huge demand for more elaborate ribbons prompted a manufacturing revolution in which Coventry, England, and Lyons, France, became hubs of ribbon design and generation. 
This ribbon industry sprang from the silk trade. Merchants who traveled the "Silk Road" to and from Asia sold raw silk to middlemen in Europe who boiled, cleaned, and dyed the ribbon yarn and sold it in "twists" to weavers. The weavers used specially scaled looms and scores of laborers to weave ribbons on hand-operated looms. The products were sold in the major cities and exported for trade. The enormous demand for ribbon was one of the sparks of the Industrial Revolution. In the 1770s, the Dutch engine loom was developed, and six types of ribbon could be produced simultaneously under the watchful eye of one operator. This development came just in time to decorate the towering wigs in fashion in the courts of Europe. Curiously, in the fledgling colonies in the Americas, ribbons were seldom worn at this time, perhaps due to religious convictions or in opposition to the extravagances of European rulers. 
Peasant costumes of many lands are often distinguished by single or braided ribbons that are dyed bright colors, decorated with lace or beads, or patterned. Unique designs came to characterize cultures. During the Napoleonic Wars early in the nineteenth century, the ribbon industry suffered a major decline because skilled weavers from England and Western Europe were recruited for military service. With the supply restricted, the demand for ribbon was even greater, and ribbons were a popular cargo for smugglers. The next ribbon "boom" occurred in 1813, when picot-edged ribbon (with tiny scallops along the sides) became a fashion must. Ribbon-weavers reaped the benefits for the two years picot-edged ribbon topped the fashion charts. Ribbons often followed fashion trends. Deaths at the courts of Europe stimulated the demand for black ribbon; military tapes, jacquards, and medal ribbons became symbols of military regiments and the highest awards nations could bestow. 
The Victorian Era was the last to see a ribbon boom when the dresses, underclothes, coats and cloaks, and hats of Victorian ladies used yards of ribbon. Trade agreements between European countries killed the English manufacture of ribbon because cheap labor and ever-larger looms could not produce competitively priced products. These manufacturers survived by diversifying and producing braids, cords, fringes, silk pictures, and bookmarks. The development of synthetics and paper fibers for use in making gift wrap quickly extended to the ribbon world in our times, and ribbon became as adaptable to modern living as other fabrics. Many types of ribbon today are colorfast, shrink resistant, and able to be washed or dry cleaned.

Raw Materials

Ribbon can be manufactured from a wide range of materials, and their manufacture is classified by type and texture. The three principle categories of manufacture are cut-edge, woven-edge, and wire-edge ribbons. Woven-edge ribbons are most common to the textile industry; they are narrow pieces of fabric with two "selvedges" or woven edges that can be straight or shaped. These ribbons are usually washable because the woven edges prevent them from fraying. Wire-edge ribbons can be cut from broader strips of cloth with their edges wrapped over thin wires, or the wire can be woven into the fabric along the edges or down the middle. Wire mesh can also be woven to make ribbon with or without the addition of yarns or silks for color. Wire-edge ribbon is versatile because the wire allows it to hold a definite shape, but the material can not be washed. Cut-edge or craft ribbon is the type most often used for gift wrap. The fabric is patterned, printed, or decorated with designs transferred by heat then cut to the needed width. The product is then treated with a stiffener that prevents the edges from unraveling. High quality cut-edge ribbon is made of acetate, a thermoplastic, which is cut by a hot knife that fuses the edge instantly. 
Ribbon used for decorating fabrics is typically made of fabric. Rayon, velvet, silk, and satin ribbon may be the most common types of fabric ribbon; but cotton, wool, and other synthetics can be processed in ribbon form. Various surface treatments can also be used to change the appearance of cloth ribbon or modify its performance characteristics. The six broad categories of ribbon textures include organdies, satins, velvets, grosgrains, metallics, and natural fibers. Organdies are delicate products made of very fine woven yarns, and they often have metal edges to provide shape. Satins are popular because of their shiny finish (either single- or double-face), their bright and bold colors, and their variety of edges and surface patterns. Velvet ribbon has soft pile, usually on one face only, and can be printed, flocked, or backed with satin. Grosgrains are woven, and the weave usually shows clearly in ribs. Grosgrains are made of cotton, polyester, or fiber blends, and they are very durable. Traditionally, grosgrains were used to decorate ladies' bonnets, but modern techniques give them a range of finishes, including patterns and pleats. Metallics are woven from lurex or other metallic yarns and are favored for their sparkle. Natural fibers include the whole range of paper ribbons, cotton tapes, jute, and linen. Jacquards are a specialized type of ribbon developed in France and 
After the particular thread for ribbon has been spun, dyed, and 
treated, it is rolled on bobbins. The bobbins are placed on a ribbon 
loom that consists of a series of miniature looms, each with its own 
shuttle and warp sized to produce the desired width of ribbon. The woven
 product emerges on rollers that carry it forward for further processing
 such as adding glues, stiffeners, or fabric treatments. A winder then 
places the ribbon on spools for packaging and sale.

After the particular thread for ribbon has been spun, dyed, and treated, it is rolled on bobbins. The bobbins are placed on a ribbon loom that consists of a series of miniature looms, each with its own shuttle and warp sized to produce the desired width of ribbon. The woven product emerges on rollers that carry it forward for further processing such as adding glues, stiffeners, or fabric treatments. A winder then places the ribbon on spools for packaging and sale. 
overlapping several textural types. Jacquards are prized for elaborate design woven into the ribbon, and they are very expensive to manufacture. 
The desired behavior of the ribbon often dictates the material and any surface treatments used. Curling ribbon, for example, is bathed in glue that is pressed thin by rollers and dried. The glue gives the ribbon its curling properties. Other raw materials include ink for printing on finished ribbon, and paper and plastics if the ribbon manufacturers also make their own spools and packaging.

Design

Ribbons are designed in much the same way as fabrics. Colors are chosen depending on fashion trends, seasons, and intended uses. Materials are selected based on use, wearability, cleaning requirements, and fabric trends that the ribbons must match. Sales records are also considered because ribbons go in and out of fashion and are sometimes discontinued. 
The width and pattern of the ribbon must also be designed. As narrow fabrics, ribbons are 1/8 in-1 ft (0.32-30 cm) wide, although the ribbon industry has adopted the French "ligne" as its unit of measure. The ligne is about 1/11 inch (0.67 mm) wide. Many patterns and designs can be woven into the ribbon, and ribbon can be printed or ornamented by virtually any type of printing method so the pattern or trim, such as sequins, appears on one side.

The Manufacturing Process

  1. The process of manufacturing a particular kind of thread can vary widely, from the spinning of silk to the carding and processing of wool. After the particular thread for ribbon has been spun, dyed, and treated, it is rolled on bobbins. The bobbins are placed on a ribbon loom that consists of a series of miniature looms, each with its own shuttle and warp (lengths of yarn) sized to produce the desired width of ribbon. The ribbon loom may weave as many as 144 pieces of fabric simultaneously. Today's ribbon looms can be very elaborate and computerized to produce detailed designs like jacquards less expensively than the looms or weavers of the past. The threads leading from the bobbins are guided by a series of eye hooks that hold the position of each thread and raise and lower it as the fabric is woven. The bobbins (also called cheeses) control the warp and are a major difference between ribbon loom and a fabric loom, which uses a warp beam to raise and lower the warp and cloth. The bobbins may also be curved to save space on the machine. The tension of the warp thread on a ribbon loom is maintained by a series of pulleys. A rack and pinion mechanism is used to adjust the lay (flatness or slope) of the loom. 
  2. To produce fancy effects, ingenious devices, selection of fabrics, and weaving techniques are used. Threads of different colors or multiple fibers can be woven together. Odd color effects can be achieved because the fibers may take dye differently. The woven product emerges on rollers that carry it forward for further processing such as adding glues, stiffeners, or fabric treatments. Machines equipped with pairs of rollers press and dry the treated ribbon, and large reels are used to collect the treated product.
  3. As the ribbon is wound onto spools, the tension is maintained by a governor so the ribbon does not fall slack on the spools. If the ribbon is to be printed or embossed, it is then processed through a calendar that smoothes the surface to be printed and through a printing or stamping machine. A winder then places the ribbon on spools for packaging and sale.

Quality Control

The machines used to process one type of ribbon, but perhaps multiple varieties or colors of it, are arranged in a series and in a layout so that one operator can monitor one ribbon loom producing many ribbons in a series. Careful attention is paid to the detail in the ribbon, and the operators control the quality of the product as well as maintain the machines.

Byproducts/Waste

Ribbon mills produce some fabric waste at the start and end of each ribbon production, and this is disposed. Ribbon mills usually produce a range of other ornamental products as well, such as braid, cord, and ric-rac.

The Future

Ribbon manufacturers seem to have guaranteed the future of their product by the variety and ingenuity of their output. While fashion trends may cause particular types of ribbon to fade in and out of favor, the outcasts are quickly replaced by new products. Computer techniques have enhanced both design and manufacturing processes. They allow infinite combinations to be generated on screen, and intricate procedures that were previously cost-prohibitive may be possible with computer-controlled manufacturing.

Tuesday, May 18, 2010

Dapat hadiah lagi!!

Meriah betul minggu ni. Hari ni pagi-pagi lagi dapat hadiah hamper sebab semalam dapat naib johan pertandingan bowling berkumpulan. Selesai perhimpunan, bila sampai di bilik guru saya lihat di atas meja ada lagi hadiah yang diletakkan oleh pelajar-pelajar saya. Warma pink pulak tu. Warna kegemaran saya. Hadiah-hadiah ni saya terima daripada Kelab SPBT, Raihana pelajar tingkatan 2E dan bekas pelajar saya tahun 2008 Iszuan. Terima kasih atas ingatan kalian semua...


Monday, May 17, 2010

Terima Kasih Pelajar-Pelajarku....

Sempena sambutan hari guru di sekolah hari ini, saya menerima beberapa cenderamata daripada pelajar-pelajar saya. Terharu sangat rasanya. Saban tahun pun macam ni juga. Ayah saya dulu juga seorang guru dan telah pun berpencen sekarang ini. Semasa saya kecil-kecil dulu ayah saya akan bawa balik hadiah yang dia dapat sempena hari guru untuk kami adik-beradik buka di rumah. Kini, amalan tu saya masih teruskan. Saya bawa balik dan anak saya yang akan buka hadiah-hadiah tu. Seronok sangat tengok anak saya begitu teruja membuka satu persatu hadiah yang saya terima. Sampai katanya, dah besar nanti dia pun nak jadi cikgu juga...

Hadiah yang paling membahagiakan saya  sebenarnya ialah kejayaan pelajar-pelajar saya. Tak kiralah kejayaan dalam bentuk apa pun. Dalam pelajaran, dalam kehidupan, dalam sahsiah dan sebagainya. Jadi pada kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada semua pelajar-pelajar saya dan bekas pelajar saya atas ingatan, doa dan hadiah yang diberikan kepada saya. Semoga kalian semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin...





Hadiah cabutan bertuah...

Bungkusan yang ditunggu-tunggu dah sampai. Jeng... jeng... jeng... saje bagi alamat sekolah nak bagi jeles kat kawan-kawan.. hihihi.

Tak sangka saya menang cabutan follower bertuah giveaway zhaneezcraft. Apa pun saya anggap ini rezeki Hari Guru yang disambut di sekolah saya hari ini. Terima kasih zhaneez. Craft yang Zhaneez hasilkan memang kreatif. Suka sangat dapat gift yang comel-comel ni. Bila kita jadi crafter selalunya kita tak buat craft unbtuk diri sendiri sebab mengutamakan permintaan orang lain dulu. Jadi saya memang tak sempat nak buat keychain untuk diri sendiri. Keychain yang saya buat masa mula-mula berjinak-jinak dengan felt craft dah hampir lunyai dah. So bila dapat hadiah dari Zhaneez ni ibarat orang mengantuk disorongkan bantallah ni. Yeay!!!!







Sunday, May 16, 2010

Dekorasi Hadiah Hari Guru

Sempena Hari Guru pada tahun ini saya telah menyediakan dua cenderamata khas untuk guru kelas anak saya. Untuk dekorasi cenderamata ini saya mengaplikasikan teknik lipatan ros dan ikatan riben. Saya hanya menggunakan tiga warna riben sahaja. Kalau ditambah aksesori lain pasti lagi menawan. Tetapi saya kesuntukan masa hari ni sebab cuti satu hari sahaja. Macam-macam benda nak diuruskan. Semoga dekorasi ini memberi ilham kepada rakan-rakan semua.






Selamat Hari Guru !!!!

Kepada semua rakan-rakan guru, walau di mana sahaja berada Selamat Hari Guru.... Tidak dilupakan buat guru-guruku yang pernah berjasa mendidikku iaitu  cikgu sekolah rendah (Sek. Keb. Parit Sulong Batu Pahat, Sekolah Keb. Ayer Hitam Batu Pahat, Sek. Agama Ayer Hitam, Sek Keb Tunku Mahmood 2 Kluang dan Sek Agama Bandar Kluang) Guru-guru sekolah menengahku (Sek Arab Kluang, SMART J Kluang, Sek Agama Maahad Muar, dan Sekolah Tinggi Kluang)... Budi kalian tetap ku kenang...

Kad di bawah ini ditujukan khas untuk rakan-rakan guru di sekolah-sekolah yang saya pernah berkhidmat iaitu guru-guru SMK Naning - Melaka, guru-guru SMK Engkilili - Sri Aman Sarawak,  Guru-guru SMK Senai - Johor dan sekolah tempat ku berkhidmat sekarang - SMK Seri Lalang-Kluang Johor. Juga kepada rakan-rakan blogger yang bergelar guru ; jue (meja siring), chan, ejal (meja hujung), ewan, kak Zihan, lia, sekamar rindu, norazlan ahmad, rakan-rakan blogger yang bergelar guru yang saya terlepas pandang serta rakan-rakan guru dalam facebook serta dimana jua berada.Selamat Hari Guru!






Saturday, May 15, 2010

Kursus Keusahawanan Tunas Bistari

Minggu ini memang sangat tidak produktif berblog. Sibuk menyiapkan kertas periksa untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun yang akan bermula 19 Mei ini. Minggu ni juga merupakan minggu Inovasi untuk bidang Teknik dan Vokasional. Saya ni guru tiga alam. Saya mengajar bahasa (Bidang Bahasa), Sejarah (Bidang Kemanusiaan) dan juga Perdagangan (Bidang Teknik & Vok). Jadi kalau guru lain menghadiri satu atau dua mesyuarat untuk bidang masing-masing, saya terpaksa menghadiri tiga mesyuarat yang sama isi kandungannya.

Pada 14 hingga 15 Mei pula saya ke Sekolah Menengah Tun Fatimah Johor Bharu bersama-sama dengan rakan saya cikgu Zihan dan lima orang pelajar untuk menghadiri Kursus Keusahawanan. Memang banyak ilmu dan pengalaman kami dapat melalui kursus ini. Terima kasih banyak-banyak kepada en. Ramli yang terlalu prihatin dan mengambil berat tentang kumpulan kami ni. Mula-mula tiba di JB kami sesat kerana tersalah jalan. Di JB kami ditempatkan di bangunan MPC untuk bermalam sebab kami satu-satunya peserta dari luar JB. Insyaallah pada minggu hadapan 23hb. sekali lagi kami dijemput ke Karnival Keusahawanan yang bertempat di Persada Johor dan bertanding dalam pertandingan Catur Bistari. 

Bergambar bersama En. Ramli dan Dr. Uwais
Bergambar di tempat penginapan khas yang disediakan 
untuk kami. Bangunan MPC.



Pelajar-pelajar saya sedang berbincang untuk pembentangan kumpulan


 Saya dan Cikgu Zihan