Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Monday, May 24, 2010

Cari Pengalaman...

Kali pertama menyertai Pertandingan Catur Bistari Peringkat Negeri. Memang mengujakan. Banyak pengalaman baru ditimba. Memang tidak mengharapkan kemenangan dalam cubaan kali pertama ini tetapi pengalaman yang diperoleh sangat berharga. Selepas ni boleh buka kelab Catur Bistari di sekolah. 

Pada hari Sabtu saya, cikgu Azfalina, Cikgu Chan, Cikgu Sara, Cikgu Juita dan Cikgu Roslinah telah menghadirkan diri ke Persada Johor untuk menyertai pertandingan Catur Bistari kategori terbuka. Macam-macam pengalaman yang melucukan berlaku pada kami sebab sertai pertandingan peringkat negeri tapi sebenarnya kami blurrrr... tak berapa faham pun permainan ni. Dahlah kami pasukan paling lewat masuk ke Dewan Persada, terus dapat tepukan gemuruh daripada peserta-peserta lain. Siap ada jurugambar tuh... Peh... terasa glamour gitu walaupun tah hape-hape je... Apapun lepas pertandingan kami terus ke Plaza Angsana makan Pizza....


Pada hari Ahadnya pula saya bersama cikgu Zihan membawa rombongan pelajar-pelajar sekolah saya ke Persada atas jemputan JCorp. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada En. Ramli, pihak JCorp dan Bistari Young kerana telah memberikan layanan yang sangat baik. Mudah-mudahan kami dijemput lagi dalam event akan datang.

Peserta yang mewakili sekolah dalam pertandingan Catur Bistari




























2 comments:

chan said...

ni yang nak marah ni... hari ahad i pun ada ikut sama k....

Iyddin said...

hahaha sorry...